NASIHAT LUKMAN HAKIM: "WAHAI ANAKKU, TIADA AMALAN SOLEH TANPA KEYAKINAN DENGAN ALLAH TAALA. SESIAPA YANG MEMPUNYAI KEYAKINAN YANG LEMAH MAKA AMALANNYA JUGA MENJADI CACAT."

Blogger Widgets Blogspot Tutorial

Wednesday, 15 October 2014

BOT CB204 NELAYAN DIPUKUL OMBAK



Angin kencang, laut bergelora, cuaca gelap telah membawa bot tempur CB204 dipukul hanyut sehingga terdampar di Pulau Mengalum di perairan Kota Kinabalu, Sabah. Kehilangan itu mencemaskan pihak keselamatan setelah keputusan hubungan antara CB204 dengan pusat kawalan di Wilayah Laut 2 di Sepanggar.

Kurang 24 jam apabila CB204 tidak dapat dikesan, pihak pemerintah Wilayah Laut 2, telah mengarahkan aset-aset bersiap siaga untuk misi  pencarian lingkungan terakhir sebelum terputus hubungan dengan CB204.

Kecemasan, keresahan dan pencarian walaupun dalam keadaan cuaca yang buruk tetapi untuk mempastikan anggota pasukan dapat dibantu dengan kadar segera.

Kebiasaannya pengalaman para nelayan apabila mereka menghadapi angin kencang dan laut bergelora, mereka akan mencari perlindungan disebalik pulau-pulau yang terhadang oleh tiupan angin bagi mengurangkan risiko pukulan ombak.

Jika berkesempatan, mereka akan bergegas balik ke pangkalan dengan segera tetapi jika keadaan membahayakan maka mereka akan berusaha mencari tempat-tempat perlindungan di kawasan-kawasan yang berhampiran yang telah dikenal pasti, pulau-pulau yang berhampiran.

Walau bagaimanapun, ada kes-kes bot nelayan semasa melakukan penangkapan ikan tiba-tiba muncul angin kencang dan laut bergelora. Maka ketika itu, para nelayan akan mencari perlindungan sebagai awasan. Dalam keadaan seperti itu, ada nelayan telah kehabisan minyak  atau kekurangan minyak untuk balik ke pangkalan, dan tidak kurang juga para nelayan menghadapi masalah kerana enjin bot mereka rosak.

Sebelum bekalan habis, mereka akan berusaha berdayung untuk menghampiri pulau-pulau yang berhampiran bagi memudahkan mendapat bantuan atau menunda bot mereka.

Kes-kes seperti itu melibatkan bot-bot kecil jenis pemancaing ikan pesisir pantai.

Kebiasaannya nelayan-nelayan pesisir pantai memahami selok-belok pulau-pulau disekitar kawasan pemancingan mereka. Mereka juga mengetahui kawasan-kawasan  tumpuan ikan (lubuk ikan). Tidak menghairankan jika para nelayan itu mendapat hasil tangkapan laut dari spesis yang sama kerana menangkap di lubuk yang sama.

Suatu yang menarik kepada para nelayan pesisir pantai, mereka kurang mengeluh tentang mata pencarian mereka sebaliknya meluahkan kekesalan kerana kebanyakan kawasan tangkapan pesisir pantai, dirosakkan oleh nelayan-nelayan yang menggunakan pukat harimau. Akhirnya kawasan pemancingan mereka beransur-ansur ikan-ikannya berkurangan kerana habitat-habitat ikan itu telah dimusnahkan. Jika berterusan berlaku seperti itu maka ikan-ikan kawasan tersebut akan pupus.

Saya berkesempatan bertemu beberapa nelayan pesisir pantai dan bertanyakan kisah-kisah menjadi orang laut membadai ombak. Banyak perkara-perkara menarik diceritakan. Jika hendak dicatatkan dan dijadikan nobel barangkali beberapa buah nobel boleh dihasilkan dengan pelbagai cerita dan tajuk tentang asam garam kehidupan seorang nelayan. Mungkin tajuk-tajuk yang sesuai, antaranya: Seorang nelayan tua, Nelayan dan tangkapannya, Pancing sumber rezeki, Laut punca pencarian, Nelayan dan subsidi minyak, Nelayan dan elaun pencarian, Nelayan senja dan pelbagai nama-nama lagi.

Pengalaman bot canggih dan rekacipta  khas CB204 mengharungi suasana laut, angin kencang, laut bergelora, membadai ombak laut, arus deras dan angin adalah pengalaman-pengalaman yang mendewasakan nelayan-nelayan pesisir pantai diharungi sama oleh perwira-perwira gagah.

Begitulah yang berlaku kepada nelayan-nelayan pesisir pantai dirasai juga oleh bot canggih tempur CB204 aset pertahanan negara bila menghadapi suasana seperti yang telah mereka tempohi.

Beruntunglah mereka yang hidup memahami keadaan perasaan orang lain.











































No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Nasihat Lukman Al-Hakim: “Anakku, apabila sesiapa datang kepada kamu dengan aduan bahawa si anu telah mencabut kedua-dua biji matanya dan kamu lihat dengan mata kepala sendiri bahawa kedua-dua biji matanya tercabut, namun janganlah kamu sampai kepada sesuatu kesimpulan sebelum kamu mendengar pihak yang lain. Tidak mustahil orang membuat aduan itulah yang mula-mula mencabut mata orang lain, boleh jadi sebelum kehilangan kedua-dua biji matanya dia telah mencabutkan empat biji mata orang lain.”