NASIHAT LUKMAN HAKIM: "WAHAI ANAKKU, TIADA AMALAN SOLEH TANPA KEYAKINAN DENGAN ALLAH TAALA. SESIAPA YANG MEMPUNYAI KEYAKINAN YANG LEMAH MAKA AMALANNYA JUGA MENJADI CACAT."

Blogger Widgets Blogspot Tutorial

Wednesday, 22 October 2014

MH370: JASAMU DIKENANG



MH370 melambai-lambai ditindih oleh jin-jin Lautan Hindi. Jin-jin itu pula jahat menguasai lautan terpencil sebab itu MH370 dan penumpang-penungnya dikunci mati. Dimangga. Dilock. Tetapi jin-jin itu dipuji kerana menjaga kebajikan insan-insan mulia. Mereka melambai-lambai kerana mendengar perkhabaran tentang pencarian fasa baru bagi memuktamadkan keliatan dajal-dajalnya. Fasa lama memenatkan. Tak jumpa jejak langsung. Aktivitinya dihentikan. Stop.

Fasa baru membuka tirainya. Disytihar dan diuar-uarkan perlaksanaannya. Kepada pencarian fasa lama diucapkan selamat tinggal dan jasamu dikenang. 

Kepada mereka yang prihatin seperti dalam pencarian sibuta dalam gelap. Tiada jejak kerana Allah s.w.t. telah membutakan mata manusia yang celik. Memekak dan membisukan manusia-manusia yang digelar OKU yang boleh ditauliahkan oleh Jabatan kebajikan Masyarakat Malaysia dikongsi bersama oleh golongan kekal sifatnya seperti mereka yang buta, pekak dan bisu.

Pencarian fasa lama jika dicongak-congak, terlihat di sana rupa-rupanya telah lahir satu generasi yang akan mengingati kisah-kisah silap mata yang direka khusus untuk diingati kerana ketua penyelaras sedang berhadapan dengan pejuang-pejuang singa yang melahirkan manusia-manusia suci akalnya, bersih darahnya dari makanan-makanan haram sebab itu keyakinan mereka kepada Allah s.w.t. sukar untuk dijelaskan ketepatannya kerana manusia yang berkomplot kedajalan akan melakukan sesuatu dengan pelbagai alasan untuk menunjukkan bahawa kerja-kerja yang mereka lakukan itu seiring dengan kerja-kerja yang dilakukan oleh iblis. Maka lahirlah keturunannya beranak-pinak.

Ketika pencarian MH370 melalui jalan buntu, ketika fasa lama kabur dalam pencarian kerana pakar-pakar pemetaan dan pemilik teknologi meneropong mendiamkan diri. Jiran-jiran pula memperlihatkan proaktif mereka dalam kegelapan malam 8 Mac 2014 kerana pada petang Jumaat itu ada kes dibicarakan tentang perangai kaum Nabi Lut a.s. Golongan yang terlibat dalam komplot kaum Nabi Lut a.s. itu semuanya mati ditelan oleh bumi termasuk isteri Nabi Lut a.s. yang terlibat bersubahat dalam perkara-perkara yang telah diberi peringatan oleh Allah s.w.t. dan Nabi Muhammad s.a.w.. Kita mohon kepada Allah s.w.t. menjauhkan diri kita daripada laknat yang dikenakan kepada golongan yang terlaknat.

Golongan-golongan dajal menjuling-juling 360 darjah, walaupun julingan itu hanya  boleh dilakukan oleh seseorang yang normal tanpa mengerak-gerakkan kepala mereka pada kedudukan 180 darjah sahaja. Tetapi, mereka, golongan-golongan dajal itu boleh melakukannya kerana  dajal berada pada pelbagai kedudukan; di hadapan, kanan, kiri dan belakang. Maknanya mereka boleh melihat dari pelbagai arah sudut termasuklah melihat ke atas dan ke bawah seperti CCTV.

Tetapi dalam pencarian MH370 sesi lama semua yang terlibat mencari-cari perkara yang tidak diketahui dicari dimana. Nasib juga ada peristiwa-peristiwa lain yang berlaku untuk  menangguh-nagguh pencarian yang tidak diketahui di mana MH370 tersorok. Pencarian itu seperti satu teori yang dikemukakan Teori Ahad: Teori Mencari Pesawat MH370, beberapa hari selepas kejadian MH370 tidak dapat dikesan, berbunyi:

Teori Ahad: Teori ini  menjelaskan bahawa sebelum pencarian, telah dilakukan penandaan di kawasan tertentu, tempoh tertentu dan jarak tertentu, maka semasa pencarian orang yang terlibat keletihan kerana kawasan yang ditandakan banyak dan luas sedangkan benda yang dicari telah dialih atau tiada di situ.

Dunia ini pelik-pelik. Peliknya kerana orang hidup diisytiharkan mati dan orang mati diisytiharkan hidup. Seperti penumpang-penumpang MH370 diisytiharkan mati tetapi tiada bukti kematian mereka, ISIL diisytiharkan diperangi oleh pakatan sekutu yang diketuai oleh Amerika Syarikat sedangkan pada 29 Jun 2014 telah diisytiharkan pemansuhannya dan disahkan oleh Abu Bakar al-Baghdadi. Sama seperti seorang mualaf yang menukar namanya kepada nama baru dan telah melalui proses penukaran nama tersebut dengan negaranya dan beliau telah memaklumkan kepada orang ramai tentang pengislamannya, maka tidak berbangkit lagi nama lamanya disebut-sebut.  Contoh mualaf: Cat Stevens menjadi Yusuf Islam atau Peter Edward Kassig menjadi Muhammad Abdul Rahman.

Dunia ini juga pelik kerana ucapan-ucapan, ulasan-ulasan, pencerahan-pencerahan, ujikaji-ujikaji, analisis-analisis yang dipelajari di universiti-universiti dipertikaikan. Mereka pula mendapat ijazah, master dan Phd. Seolah-olahnya ilmu-ilmu itu dipelajari disekolah rendah kerana sukar untuk dipertanggungjawabkan bagi meyakinkan anak-anak yang belajar di sekolah rendah. Nasib baik anak-anak yang belajar di tadika dan di taman asuhan jagaan, tidak memahami cerita-cerita televisyen. Jika mereka memahaminya, faham-fahamlah ya. Sayugia dinasihatkan supaya golongan-golongan dewasa jangan berbohong, menipu dan mengelirukan masyarakat. Mereka faham tetapi dalam keadaan senyap.

Jangan sampai pada suatu peringkat orang awam tidak lagi mempercayainya. Dan jangan sampai juga teori-teori pembohongan itu dirasai oleh  anak cucu dan keturunan sendiri. Impaknya amat berat.

Pepatah Melayu berbunyi: Siakap sinohong gelama ikan duri, bercakap bohong lama-lama mencuri.

Sebagai menghargai sumbangan-sumbangan dan kebaikan-kebaikan yang pernah dilakukan oleh MH370 dan penumpang-penumpangnya kepada negara dan keluarga, sempena kelahiran generasi sulung dan pencarian fasa baru, dengan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan: JASAMU DIKENANG







No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Nasihat Lukman Al-Hakim: “Anakku, apabila sesiapa datang kepada kamu dengan aduan bahawa si anu telah mencabut kedua-dua biji matanya dan kamu lihat dengan mata kepala sendiri bahawa kedua-dua biji matanya tercabut, namun janganlah kamu sampai kepada sesuatu kesimpulan sebelum kamu mendengar pihak yang lain. Tidak mustahil orang membuat aduan itulah yang mula-mula mencabut mata orang lain, boleh jadi sebelum kehilangan kedua-dua biji matanya dia telah mencabutkan empat biji mata orang lain.”