Pertempuran hebat sedang berlaku di wilayah Daulah
Islamiyah iaitu di Kobane, persekitaran Damascus dan Baghdad. Pertempuran melibatkan pejuang-pejuang Khilafah Islamiyah dengan tentera
bersekutu pimpinan Amerika Syarikat yang menghadirkan
benteng-bentengnya terdiri daripada tentera Iraq, pejuang-pejuang
Syiah, tentera Iran, pejuang-pejuang Kurdis, Peshmerga dan
penasihat tentera diimport khas dan
agen-agen pengintipan.
Manakala berhampiran Damascus bertempur dengan tentera Bashar Assad.
Manakala berhampiran Damascus bertempur dengan tentera Bashar Assad.
Kobane adalah simbol pertahanan di bahagian timur Syria untuk pusat
laluan pakatan bersekutu menggempur wilayah Daulah Islamiyah di
Syria. Tentera bersekutu sengaja menggunakan kawasan tersebut untuk
mengheret Turki terlibat dalam kompleks yang lebih mencabar pada masa
akan datang.
Pakatan bersekutu tidak menggunakan sempadan Lubnan, Bukit Golan
yang di tawan Israel, Arab Saudi dan Jordan, atas faktor-faktor
keselamatan untuk negara-negara tersebut, tetapi sebaliknya Turki
diasak oleh Amerika Syarikata-NATO menunjukkan komitmennya dalam
menentang pengganasan yang kini mendapat perhatian masyarakat
antarabangsa dan disokong pula oleh pejuang-pejuang yang bertebaran
di seluruh pelusuk alam.
Sehingga kini pakar-pakar strategik meletakkan pejuang-pejuang
Khilafah Islamiyah dalam keadaan selesa dan memenangi diplomasi
psikologi menghadapi musuh-musuhnya.
Memandangkan kawasan-kawasan yang menjadi sasaran tentera udara dan
peluru berpandu berhubung kait dengan strategik di medan lapangan,
maka, wajar diserang kawasan Kobane untuk mempastikan pejuang-pejuang
Kurdis dilumpuhkan supaya kawasan tersebut tidak lagi digunakan
sebagai laluan masuk memeranginya. Jika aktif juga selepas
pengunduran ke kawasan negara jiran memberi petunjuk bahawa negara
jiran terlibat secara terbuka menyediakan tempat untuk
pejuang-pejuang Kurdis bertapak dan melancarkan serangan-serangan
dari kawasan mereka. Ia membahayakan rakyatnya sendiri.
Jika semasa pemerintahan Bashar Assad pejuang-pejuang Kurdis itu
sukar dilumpuhkan, selepas ini pejuang-pejuang Khilafah Islamiyah
tidak sukar bagi mereka mengatasinya walaupun pejuang-pejuang kurdis
disokong melalui serangan udara oleh pakatan bersekutu. Semasa
pimpinan Basar Assad sukar dilumpuhkan dan menembusi kawasan tersebut
tetapi dengan pejuang-pejuang Khilafah Islamiyah mudah sahaja.
Selepas ini Bashar Assad akan merasa lega.
Selepas persenjataan pejuang-pejuang Kurdis dapat dilumpuhkan nanti,
ia pasti akan membantutkan penghantaran bantuan melalui lalui Kobane
di timur Syria kepada tentera-tentera pakatan bersekutu khususnya
pejuang-pejuang Kurdis yang dilatih oleh pakatan. Tentera bersekutu
boleh mencari ikhtiar supaya mencari kawasan lain untuk mendaratkan
kelengkapan ketenteraan bagi menyerang Daulah Islamiyah dalam pelbagai
penjuru. Tetapi ingat, sebelum pakatan lengkap membuat penghantaran
keperluan ketenteraan, tiba-tiba pejuang-pejuang Khilafah Islamiyah
telah berada berhampiran. Begitulah hebatnya pejuang-pejuang itu.
Pertempuran yang kini telah memasuki beberapa hari, ada tanda-tanda
bahawa pejuang-pejuang telah mara jauh ke kawasan pakatan bersekutu
di kobane dan strategik penyerangan mereka pula dilakukan melalui
tiga penjuru; timur, selatan dan barat. Pada waktu yang sama
serangan bertalu-talu dari pakatan bersekutu terus memuntahkan
bom-bom mereka di kawasan-kawasan yang dikenal pasti di wilayah
Daulah Islamiyah dan sekitar pertempuran di Kobane.
Di Ukraine pula pejuang-pejuang Donetsk terus mempertahankan wilayah kekuasaan mereka daripada serangan-serangan dari ketumbukan
tenteran Ukraine dengan diperhatikan oleh NATO dan Rusia. Kebaikan
pejuang-pejuang Donetsk itu mereka tidak melakukan penggempuran di luar kawasan, hanya
bertahan sahaja. Jika saya sebagai panglimanya saya akan melakukan
penggempuran di luar kawasan supaya tentera-tentera Ukraine tidak memasuki wilayah
mereka. Jangan bertahan dalam rumah sahaja, ajak ia bertempur di luar.
Selepas ini tauke-tauke pembuat bom-bom dan persenjataan akan
mendapat habuan tetapi walaupun mereka mendapat habuan, mereka juga
tidak kedekut, akan memberi komisen kepada sesiapa sahaja yang berurusan memberi
kontrak pembelian-pembelian barangan mereka. Jika mereka berpeluang
untuk membuat penjualan lagi, pasti mereka akan menjualkan barangan
mereka lagi kepada sesiapa sahaja yang penting barangannya laku. Ada bayaran. Sale! Sale! Sale!.
No comments:
Post a Comment