NASIHAT LUKMAN HAKIM: "WAHAI ANAKKU, TIADA AMALAN SOLEH TANPA KEYAKINAN DENGAN ALLAH TAALA. SESIAPA YANG MEMPUNYAI KEYAKINAN YANG LEMAH MAKA AMALANNYA JUGA MENJADI CACAT."

Blogger Widgets Blogspot Tutorial

Thursday, 23 October 2014

MENGHARGAI NIKMAT ALLAH S.W.T.



Sempena Maal Hijrah 1436H yang akan disambut esok maka marilah kita insafi dosa-dosa yang dilakukan.

"Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)?"

( Al-Quran, surah Ar-Rahmaan ayat 13 )


Bagai meyakinkan diri tentang nikmat Allah s.w.t. yang bertebaran di alam ini wajar dipautkan supaya kenikmatan nikmat-nikmat yang ada itu disyukuri dan tidak menerima kekecewaan pada kemudiaan harinya.

Banyak nikmat-nikmat Allah s.w.t., antaranya:-


1.    Nikmat Islam.

2.    Nikmat kehidupan. Ingat bahawa esok akan mati, tua, nyanyuk, sakit; maka hargailah nikmat yang ada.

3.    Nikmat akhlak. Jangan menipu diri, keluarga, anak cucu dan rakyat.

4.   Nikmat alam. Bersyukur dengan yang ada, manfaatkan sumber negara semaksimumnya, jangan mendajal. Hidup untuk dingati bukan dicemuh.

5.  Nikmat ketenangan. Hargai keamanan, jangan bersekongkol dengan dajal, penceroboh dan membunuh insan mulia.


Rakyat awam walaupun mereka kais pagi makan pagi, kais petang makan petang dapat menginsafi nikmat-nikmat yang dirasai. Mereka menikmatinya dengan penuh kesyukuran. Tidak tamak.

Para cerdik pandai melihat pemberian-pemberian nikmat-nikmat itu dengan pandangan-pandangan yang meyakinkan  dan pihak pemerintah wajib menggalas amanah-amanah nikmat-nikmat itu  dengan kesyukuran yang lebih lagi daripada kesyukuran rakyat awam. Jangan menyeleweng.

Pemerintah-pemerintah yang prihatin akan berusaha menyelidiki perasaan dan kehidupan terbaik kepada rakyat-rakyat dibawah pimpinannya. Menyediakan alat-alat terbaik yang boleh mengerunkan musuh-musuh negara. Jangan berpakat untuk mengambil komisen, mengagih-agihkan harta awam dalam urusniaga untuk kepentingan diri. Jadikan komisen-komisen itu sebagai diskaun-diskaun untuk dikembalikan kepada tabungan awam. Hidupkan semula jual beli yang ada harga potongan jualan, bukan meningkatkan harga jualan dengan alasan-alasan bahawa kos-kos semasa yang sedang meningkat. 

Jangan sampai pada suatu ketika nanti masyarakat tidak meyakini tindak tanduk pemegang amanah awam. Jadilah manusia yang dikenang sepanjang zaman bukan bersekongkol dengan puak-puak dajal.

"Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)?"

Syukuri nikmat Allah s.w.t.










No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Nasihat Lukman Al-Hakim: “Anakku, apabila sesiapa datang kepada kamu dengan aduan bahawa si anu telah mencabut kedua-dua biji matanya dan kamu lihat dengan mata kepala sendiri bahawa kedua-dua biji matanya tercabut, namun janganlah kamu sampai kepada sesuatu kesimpulan sebelum kamu mendengar pihak yang lain. Tidak mustahil orang membuat aduan itulah yang mula-mula mencabut mata orang lain, boleh jadi sebelum kehilangan kedua-dua biji matanya dia telah mencabutkan empat biji mata orang lain.”