NASIHAT LUKMAN HAKIM: "WAHAI ANAKKU, TIADA AMALAN SOLEH TANPA KEYAKINAN DENGAN ALLAH TAALA. SESIAPA YANG MEMPUNYAI KEYAKINAN YANG LEMAH MAKA AMALANNYA JUGA MENJADI CACAT."

Blogger Widgets Blogspot Tutorial

Tuesday, 28 October 2014

BAHASA MELAYU BERKUMANDANG DI PBB



Maal Hijrah 1436H memberi makna yang amat besar kepada kegemilangan Malaysia. Membawa bersamanya keazaman dan kehebatan rakyatnya, walapun MH370 tersorok kerana golongan dajal masih juga belum bertaubat sekalipun telah diperingatkan beberapa kali; diperingatkan di halaman ini, diperingatkan juga melalui khutbah Jumaat dan kuliah-kuliah oleh guru-guru yang tidak meminta upah hasil nasihat-nasihat mereka terutamanya tentang kehidupan manusia selepas kewafataan seseorang. Diangkat bersama-sama roh dan amalan-amalan kerja-kerja kebajikan ketika hayat mereka. 

Membawa bersamanya obor penerang kepada seantero alam melalui bahasa yang mudah difahami untuk dikumandangkan dipentas antarabangsa.

Sebagai menyahut seruan-seruan supaya memartabatkan umat Malaysia, dijulang, diangkat dan dipraktikkan bahasa Melayu di arena antarabangsa khususnya dikumandangkan di Bangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dimana Malaysia telah diangkat menjadi ahli jawatankuasanya untuk tempoh dua tahun.

Bahasa Melayu - Bahasa Kebangsaan bukan sahaja berkumandang di bangunan tersebut tetapi dialihbahasakan bahasa tersebut kepada bahasa-bahasa negara bangsa yang kurang memahami bahasa Melayu sebelum menjadi bahasa pertuturan penghantar di PBB pada masa akan datang, supaya bahasa itu benar-benar menjadikan cogankata: Bahasa Jiwa Bangsa menjadi realiti di PBB.

Melalui kempen-kempen Bulan Bahasa yang dilakukan setiap bulan Oktober, dan setiap hari dipertuturkan oleh rakyat negara ini wajar diangkat makamnya. Bahasa Kebangsaan yang bertaraf dunia seperti diuar-uarkan sebelum ini akan meletakkan bahasa Melayu dipersada antarabangsa. Berligar-ligar di seluruh alam dan menjadi mercunya berkumandang di PBB untuk peringkat dunia.

Agak-agaknya siapakah panglima yang akan memahat namanya di PBB itu? Setelah melalui imbasan ada tiga individu yang boleh mengangkat Bahasa Kebangsaan itu, antaranya; Perdana Menteri, Menteri Luar dan Menteri Pelajaran. Lain-lain menteri menyokong dari belakang.

Pada tahun 2015 kerajaan melalui Kementerian Pelancungan dan Kebudayaan mensasarkan pelancung-pelancung yang melawat negara ini beranggaran 29.4 juta orang. Ia hampir-hampir menyamai penduduk Malaysia.  Jika saban tahun kerajaan dapat merekrut pelancung-pelancung itu berbahasa Melayu di samping pelajar-pelajar asing yang menuntut di negara ini separa fasih berbahasa Melayu maka persidangan-persidangan yang bertaraf antarabangsa wajar diuar-uarkan menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa utamanya dan menghadirkan penterjemah-penterjemah beraksi dipentas-pentas persidangan-persidangan, forum-forum dan perjumpaan yang dikendalikan oleh rakyat negara ini sebagai menyahut hasrat kerajaan memperkasa Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa dunia. Perkara ini wajar ditekankan kerana ramai insan-insan mulia mengutarakan tentang kehebatan sesuatu perkara itu dengan istilah: bertaraf dunia kerana yang bercakap itu, pada ketika ia bercakap berada di alam lain pada alam keduniaan. Hebat. Hebat.

1436H adalah tahun untuk mengangkat martabat umat; mengangkat dari kealfaan-kealfaan, kedajalan-kedajalan, pembohongan-pembohongan supaya keyakinan dapat dibina berdasarkan ketelusan, keyakinan dan kebenaran. Jangan memerangkap kawan-kawan, membuat tuduhan-tuduhan menggunakan proksi-proksi, jika tidak sebulu dengan kawan-kawan dan berlaku penyusunan sebahagian organisasi maka wajarlah dinasihatkan berundur secara terhormat atau diberhentikan dengan faedah yang wajib diterima oleh mereka. Jangan aibkan mereka seolah-olah kita bersih dari dosa-dosa yang kita sembunyikan. Jangan buat lagi. Sebagai contoh; pegawai-pegawai diaibkan, atau Suami/isteri saling mengaibkan dan kawan-kawan saling mengaibkan di antara mereka.

Malaysia wajib mengorak langkah untuk mendepani pelbagai isu-isu antarabangsa menggunakan Bahasa Kebangsaan sebagaimana pihak pemerintah berhempus pulas memartabatkan bahasa asing di negara ini. Jadikan Maal Hijrah 1436H sebagai asas untuk  menampil diri dan melonjatkan Bahasa Kebangsaan itu. Berkawan dengan semua pihak sama ada dari pihak Utara, Selatan, Timur dan Barat kerana apabila dunia tanpa sempadan kerana bersifat global, maka maklumat-maklumat mudah dicapai, aksi-aksi manusia pula kerap berubah-ubah disebabkan oleh isu-isu yang kecil. Kadang-kadang kawan menjadi lawan dan pihak bermusuhan menjadi kawan. Akhirnya kita terperangkap dengan ilusi-ilusi yang dicipta sendiri. Contoh: MH370 tersorok.

Kempen-kempen dan promosi-promosi Bahasa Jiwa Bangsa menjulang martabat umat, akan terhasil membina kekuatan, bangkitkan diri; duduk sama rendah, berdiri sama tinggi. Jika kita boleh berkempen menjulang bahasa asing kenapa kita tidak boleh berkempen memartabatkan Bahasa Kebangsaan diperingkat antarabangsa.

Selepas ini kita hendak melihat anak jantan yang mana satu berusaha mengangkat martabat Bahasa Kebangsaan sebagaimana negara boleh mengangkat bahasa asing dan menjadi kewajiban kepada remaja-remaja yang mengikuti pengajian di Institusi Pengajian Tinggi mewajibkan mereka mengambil subjek bahasa asing sebagai syarat untuk pengijazahan. Jika degil tidak mengambil bahasa asing berstatus gagal. Sampai mampus pun tidak akan mendapat ijazah.

Jika budaya mengagungkan bahasa asing boleh memahat akal, takkanlah memartabatkan bahasa sendiri kurang diberi perhatian. Barangkali Bahasa Kebangsaan ungkapannya: Bahasa kebangsaan bahasa dunia, dan bahasa pertuturan di PBB.

Selepas itu tidak berbangkit lagi bahasa asing menyaingi Bahasa Kebangsaan kerana duduk sama rendah, berdiri sama tinggi.

Jadilah manusia yang dikenang bukan dicaci.



































No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Nasihat Lukman Al-Hakim: “Anakku, apabila sesiapa datang kepada kamu dengan aduan bahawa si anu telah mencabut kedua-dua biji matanya dan kamu lihat dengan mata kepala sendiri bahawa kedua-dua biji matanya tercabut, namun janganlah kamu sampai kepada sesuatu kesimpulan sebelum kamu mendengar pihak yang lain. Tidak mustahil orang membuat aduan itulah yang mula-mula mencabut mata orang lain, boleh jadi sebelum kehilangan kedua-dua biji matanya dia telah mencabutkan empat biji mata orang lain.”