NASIHAT LUKMAN HAKIM: "WAHAI ANAKKU, TIADA AMALAN SOLEH TANPA KEYAKINAN DENGAN ALLAH TAALA. SESIAPA YANG MEMPUNYAI KEYAKINAN YANG LEMAH MAKA AMALANNYA JUGA MENJADI CACAT."

Blogger Widgets Blogspot Tutorial

Wednesday 12 August 2015

GOLONGAN YANG DIBERKATI ITU …



Golongan yang diberkati itu senentiasa berwirid di bibirnya dengan ucapan-ucapan kalimah-kalimah membesarkan Allah Taala, mengagung-agungkan Penciptanya,  dan memohon segala hajat hanya kepada Tuhan Pencipta Alam Semesta, yang tidak beranak dan tidak diperanakan, ia Esa dan berdiri dengan sendirinya, kekal abadi selama-lamanya.  Ucapan-ucapan itu pula bukan hanya dilafazakan melalui mulut tetapi meresap sehingga bersemadi di dalam hati dan akal. Kesan daripadanya membawa kepada kepecayaan dan tindakan yang mutlak kepada Tuhan Rabbal Alamin.

Allah Taala merakamkan dalam Al-Quran, munajat seorang hamba kepada Tuhannya melalui surah Al-Furqaan ayat 74-76:


A074
A075
A076


“Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.

Mereka itu semuanya akan dibalas dengan mendapat tempat yang tinggi di Syurga disebabkan kesabaran mereka, dan mereka pula akan menerima penghormatan dan ucapan selamat di dalamnya,

Mereka kekal di dalam Syurga itu; amatlah eloknya Syurga menjadi tempat penetapan dan tempat tinggal.”


Manusia yang diberkati itu apabila mereka berjalan di muka bumi dengan rendah hati dan apabila golongan jahil menyapa mereka, mereka mengucapkan dengan kata-kata yang baik. Manakala individu-individu yang melalui malam hari dengan bersujud dan berdiri untuk Tuhan mereka  kerana mengerjakan salat tahajud semata-mata kerana Allah Taala.

Maka berkatalah orang-orang yang beriman:


“Ya tuhan kami,  jauhkan azab jahanam  dari kami, sesungguhnya azabnya itu adalah kebinasaan yang kekal. Sesungguhnya jahanam itu seburuk-buruk tempat menetap dan tempat kediaman.”


Golongan yang diberkati itu apabila membelanja (harta), mereka tidak berlebih-lebihan, dan tidak (pula) kikir, dan adalah (perbelanjaan itu) di tengah-tengah antara yang demikian.

Golongan yang diberkati itu adalah orang-orang yang tidak menyembah tuhan yang lain beserta Allah Taala dan tidak membunuh jiwa yang diharamkan Allah Taala (membunuhnya) KECUALI dengan (alasan) yang benar, dan tidak berzina, barangsiapa yang melakukan demikian itu, nesaya dia mendapat (pembalasan dosa (nya);

Golongan yang diberkati itu akan terhindar daripada azab pada hari kiamat, di mana golongan yang diazab itu kekal dalam azab, dalam keadaan terhina.

Golongan yang diberkati itu adalah orang-orang yang bertaubat dan mengerjakan amal saleh, maka sesungguhnya dia bertaubat kepada Allah Taala dengan taubat yang sebenar-benarnya.

Golongan yang diberkati itu adalah orang-orang yang tidak memberikan persaksian palsu, dan apabila mereka bertemu dengan (orang-orang) yang mengerjakan perbuatan-perbuatan yang tidak berfaedah, mereka lalui (saja) dengan menjaga kehormatan dirinya.
Golongan yang diberkati itu adalah orang-orang yang apabila diberi peringatan dengan ayat-ayat Tuhan mereka, mereka tidaklah menghadapinya sebagai orang-orang yang tuli dan buta.

Sesunggunhnya orang-orang yang tuli dan buta kekal dan mereka yang sengaja melakukan sifat-sifat tersebut adalah golongan orang kurang upaya (OKU).










No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Nasihat Lukman Al-Hakim: “Anakku, apabila sesiapa datang kepada kamu dengan aduan bahawa si anu telah mencabut kedua-dua biji matanya dan kamu lihat dengan mata kepala sendiri bahawa kedua-dua biji matanya tercabut, namun janganlah kamu sampai kepada sesuatu kesimpulan sebelum kamu mendengar pihak yang lain. Tidak mustahil orang membuat aduan itulah yang mula-mula mencabut mata orang lain, boleh jadi sebelum kehilangan kedua-dua biji matanya dia telah mencabutkan empat biji mata orang lain.”