NASIHAT LUKMAN HAKIM: "WAHAI ANAKKU, TIADA AMALAN SOLEH TANPA KEYAKINAN DENGAN ALLAH TAALA. SESIAPA YANG MEMPUNYAI KEYAKINAN YANG LEMAH MAKA AMALANNYA JUGA MENJADI CACAT."

Blogger Widgets Blogspot Tutorial

Saturday 15 August 2015

KHUTBAH: SERANGAN TENTERA AHZAAB



Sinopsis: Musuh Islam sentiasa beusaha memusnahkan Islam dengan pelbagai cara. Mereka bergerak dan bekerja dalam pasukan dan kumpulan. Pasukan dan kumpulan inilah yang telah lama disebutkan sebagai Ahzab. DSTG Presiden PAS berkhutbah mengenainya pada 7 Ogos 2015 :

Wahai hamba-hamba Allah, bertakwalah kamu kepada Allah ( dengan mengikut segala perintahnya dan meninggalkan segala larangannya ). Carilah bekalan, maka sesungguhnya sebaik-baik bekalan ( bagi kehidupan dunia sehingga hari akhirat ) ialah bertakwa kepada Allah. Maka sesungguhnya berjaya dan selamatlah orang-orang yang bertakwa.


Saudara muslimin yang dirahmati Allah,

Kita masih lagi berada di bulan Syawal, bulan umat Islam. Di zaman Rasulullah s.a.w. diuji dengan peristiwa Al-Ahzaab. Ia berlaku apabila orang-orang Yahudi golongan Ahli Kitab yang mengetahui kedatangan Nabi Muhammad s.a.w., mengetahui tanda-tanda yang ada pada jasadnya dan tanda-tanda yang ada pada para sahabatnya serta perkara yang disebut di dalam kitab yang diwahyukan kepadanya, namun kerana hasad dengki mereka diambilnya langkah menentang Islam habis-habisan, termasuk juga  di kalangan mereka yang diizinkan  oleh Rasulullah s.a.w. bersama masyarakat, di dalam masyarakat umat Islam, masyarakat majmuk,  berbilang agama dan kaum berada di bawah pemerintahan Islam supaya mereka dapat melihat hukum-hukum Allah yang adil, rahmat kedatangan Nabi Muhammad s.a.w., perkara-perkara yang disebut di dalam Al-Quran Al-karim banyak persamaan di dalam kitab Taurat, Injil dan kitab-kitab yang diwahyukan kepada rasul-rasul yang terdahulu. Al-Quran yang diturunkan  di Makkatul Mukaramah, nabi yang diutuskan  buta huruf dalam masyarakat yang buta huruf untuk membuktikan Al-Quran sebenarnya Kitab Allah, buka ciptaan manusia.

Namun mereka menentang Islam juga kerana hasad dengki terhadap Islam dan kerana fanatik kaum Yahudi yang sangat  tebal. Berbagai-bagai langkah diambil untuk merosakkan umat Islam sejak zaman Rasulullah s.a.w.. mereka memecahkan perpaduan umat Islam di kalangan Muhajirin dan Ansar, di kalangan Aus dan Khazraj,  masyarakat yang berperang di zaman jahiliah kerana semangat kabilah disatukan dengan semangat Islam dengan persaudaraan iman yang dijalin oleh Allah s.w.t.. Namun orang-orang Yahudi merancang berbagai-bagai cara untuk memecahkan umat Islam, memfitnah Rasulullah s.a.w. dengan syair dan sajak yang dicipta yang merupakan media zaman itu serta merancang untuk membunuh, menyihir dan meracun Rasulullah s.a.w..

Yang lebih dahsyat mereka merancang peristiwa Ahzaab apabila pemimpin-pemimpin mereka datang ke Mekah menemui pemimpin-pemimpin masyarakat memberi semangat untuk menentang Nabi s.a.w. dan Islam yang dibawanya.

Oleh kerana orang-orang musyrikin melihat mereka adalah golongan Ahlul Kitab yang merupakan ulama-ulama yang tahu kitab menambahkan semangat untuk menentang Islam. Digabungkan kabilah-kabilah Arab yang besar jumlahnya.  Bala tentera yang lengkap bersenjata 10,000 anggota, lebih besar daripada jumlah umat Islam  pada masa itu dicampur lelaki perempuan, orang tua-tua, kanak-kanak dan yang cacat tidak mencapai angka 10,000 orang jumlah bala tentera Ahzaab itu. Mereka datang untuk mengepong Madinah. Allah s.w.t. merakamkan peristiwa itu di dalam  Al-Quran Al-Karim dalam surah yang dinamakan surah Al-Ahzaab mengambil sempena peristiwa itu dan Allah menyebut Al-Ahzab itu di dalam Al-Quran Al-Karim dengan firman-Nya:


A022
A023


“Dan pada masa orang-orang yang beriman melihat tentera Al-Ahzaab, berkatalah mereka:" Inilah yang telah dijanjikan Allah dan RasulNya kepada kami dan benarlah (apa yang telah dijanjikan) Allah dan RasulNya". Dan (angkatan tentera musuh yang mereka lihat) itu tidak memberi sebarang kesan kepada mereka selain daripada menambahkan iman dan penyerahan diri mereka bulat-bulat kepada Allah.

Di antara orang-orang yang beriman itu, ada yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah (untuk berjuang membela Islam); maka di antara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid), dan di antaranya ada yang menunggu giliran; dan mereka pula tidak mengubah (apa yang mereka janjikan itu) sedikitpun.” ( Al-Quran, surah Al-Ahzaab ayat 22-23 )

Dengan kekuatan iman yang ada dalam diri para sahabat r.a. yang dididik oleh rasulullah s.a.w. walaupun Madinah dikepong oleh bala tentera Ahzaab,  di dalam Madinah ada orang-orang Yahudi yang berjanji telah mungkir janji. Di dalam Madinah ada orang-orangmunafik yang berpura-pura menjadi orang Islam yang mengaku Islam berpura-pura, bila diuji dengan peristiwa  Ahzaab mereka mendedahkan diri mereka yang sebenar. Allah s.w.t. menjadikan peristiwa itu untuk memberi kemenangan kepada umat Islam.

Peristiwa ini disambut di dalam Al-Quran Al-Karim. Al-Quran adalah kitab mukjizat sehingga hari kiamat. Ini menunjukkan bahawa cerita dan peristiwa di dalam Al-Quran adalah peristiwa yang tidak  selesai dan habis di zaman itu sahaja, bahkan ia berpanjangan  sehingga hari kiamat.

Di sepanjang sejarah, umat Islam menyaksikan peristiwa Ahzaab yang berulang kali. Di zaman muktahir ini, bala tentera Ahzaab di kalangan kumpulan penjajah telah berjaya meniupkan semangat perkauman dan fanatik mazhab yang memecahkan umat Islam. Mereka berjaya menjatuhkan kerajaan Islam, menakluk tanah air umat Islam dan membahagi-bahagikan tanah air dan bangsa umat Islam di kalangan kuasa-kuasa penjajah.

Namun Allah s.w.t. tidak mengizinkan cahaya Islam dipadamkan sekali-kali. Allah telah berjanji di dalam Al-Quran Al-Karim:


A008


“Mereka sentiasa berusaha hendak memadamkan cahaya Allah (agama Islam) dengan mulut mereka, sedang Allah tetap menyempurnakan cahayaNya, sekalipun orang-orang kafir tidak suka (akan yang demikian).” ( Al-Quran surah As-Saff ayat 8 )
 
Sehingga hari ini kita melihat banyak negara umat Islam sudah dibebaskan daripada penjajahan asing. Walaupun pemikiran mereka masih dijajah dengan fahaman-fahaman asing. Kini kembali semula zaman kebangkitan umat Islam untuk kembali kepada Islam. Kebangkitan umat Islam di zaman kini sedang menghadapi cabaran baharu daripada tentera Ahzaab melalui media, melalui berbagai angkatan mengepong kebangkitan Islam, sama ada dengan memecahkan perpaduan umat Islam sendiri atau melalui berbagai-bagai operasi politik, ekonomi dan ketenteraan untuk tidak mengizinkan umat Islam kembali semula memimpin dunia.

Percahaya bahawa Allah s.w.t. akan tetap memelihara cahaya agama-Nya sebagaimana dijanjikan di dalam Al-Quran al-Karim.


A033


“Dia lah yang telah mengutus RasulNya (Muhammad) dengan membawa petunjuk dan agama yang benar (agama Islam), untuk dimenangkan dan ditinggikannya atas segala agama yang lain, walaupun orang-orang musyrik tidak menyukainya.” (Al-Quran, surah At-Taubah ayat 33 )

  




   
 



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Nasihat Lukman Al-Hakim: “Anakku, apabila sesiapa datang kepada kamu dengan aduan bahawa si anu telah mencabut kedua-dua biji matanya dan kamu lihat dengan mata kepala sendiri bahawa kedua-dua biji matanya tercabut, namun janganlah kamu sampai kepada sesuatu kesimpulan sebelum kamu mendengar pihak yang lain. Tidak mustahil orang membuat aduan itulah yang mula-mula mencabut mata orang lain, boleh jadi sebelum kehilangan kedua-dua biji matanya dia telah mencabutkan empat biji mata orang lain.”