NASIHAT LUKMAN HAKIM: "WAHAI ANAKKU, TIADA AMALAN SOLEH TANPA KEYAKINAN DENGAN ALLAH TAALA. SESIAPA YANG MEMPUNYAI KEYAKINAN YANG LEMAH MAKA AMALANNYA JUGA MENJADI CACAT."

Blogger Widgets Blogspot Tutorial

Thursday 27 August 2015

MH17: RUSIA TUDUH BELANDA SOROK MAKLUMAT



MH17: Rusia tuduh Belanda sorok maklumat
26 Ogos 2015 1:23 AM

MOSCOW 25 Ogos – Menteri Luar Rusia, Sergei Lavrov menuduh Belanda menyembunyikan hasil siasatan membabitkan nahas pesawat Malaysia Airlines (MH17) yang ditembak jatuh di timur Ukraine daripada pengetahuan negara itu, lapor agensi berita TASS, semalam.

“Kami berusaha mendapatkan satu siasatan yang adil bagi tragedi itu, namun fakta utama masih disembunyikan daripada kami,’’ kata Lavrov pada forum belia Terra Scientia, jelas laporan yang dipetik dari portal Moscow Times.

Lavrov berkata, pasukan siasatan yang dikendalikan perkhidmatan keselamatan Belanda ada bertemu dengan Rusia baru-baru ini dan Moscow sempat bertanyakan beberapa soalan kepada mereka.

“Sebagai contoh, mengapa pengumuman tentang wujudnya elemen peluru berpandu BUK hanya dibuat pada bulan Ogos, sedangkan mereka menemukannya beberapa bulan sebelum itu dan kami meminta mereka menunjukkan serpihan berkenaan kepada kami, namun mereka enggan berbuat demikian,’’ kata Lavrov.

Pesawat MH17 terhempas di kawasan yang dikuasai oleh pemberontak pro-Rusia pada Julai tahun lepas yang menyaksikan semua 298 penumpang dan anak kapal terbunuh.

Penyiasat daripada negara-negara asal mangsa termasuk Belanda, Malaysia, Belgium, Australia, dan Ukraine menyiasat kejadian tersebut.

Pakar dan negara-negara Barat menuduh pemberontak pro-Rusia menembak jatuh pesawat penumpang tersebut dengan peluru berpandu BUK.

Bagaimanapun, Rusia pula menyatakan pesawat MH17 ditembak jatuh jet pejuang Ukraine.













No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Nasihat Lukman Al-Hakim: “Anakku, apabila sesiapa datang kepada kamu dengan aduan bahawa si anu telah mencabut kedua-dua biji matanya dan kamu lihat dengan mata kepala sendiri bahawa kedua-dua biji matanya tercabut, namun janganlah kamu sampai kepada sesuatu kesimpulan sebelum kamu mendengar pihak yang lain. Tidak mustahil orang membuat aduan itulah yang mula-mula mencabut mata orang lain, boleh jadi sebelum kehilangan kedua-dua biji matanya dia telah mencabutkan empat biji mata orang lain.”