NASIHAT LUKMAN HAKIM: "WAHAI ANAKKU, TIADA AMALAN SOLEH TANPA KEYAKINAN DENGAN ALLAH TAALA. SESIAPA YANG MEMPUNYAI KEYAKINAN YANG LEMAH MAKA AMALANNYA JUGA MENJADI CACAT."

Blogger Widgets Blogspot Tutorial

Thursday 20 August 2015

IBU-IBU DIBERKATI ILHAMNYA SUKAR DIKENALPASTI



Ibu-ibu yang keazamannya mengatasi kehendak-kehendak nafsu, perasaan dan tindakan-tindakan bagi membina pertumbuhan-pertumbuhan sihat zuriat-zuriat mereka yang sifatnya diberkati sepanjang kehidupan. 

Puncanya kerana menjadikan Islam sebagai panduan hidup.

Mereka pula tidak takut dengan celaan orang-orang yang mencela.

Anak-anak yang didoakan oleh ibu-ibu tersebut sentiasa berada dalam pengawasan para malaikat dan dipayungi dengan rahmat Allah Taala. Mereka juga senentiasa didoakan oleh makhluk-makhluk di langit dan di bumi.

Tindakan-tindakan, ikrar dan sifat-sifat mereka meyakinkan masyarakat yang melihatnya.


Zuriat-zuriat yang diberkati itu pula kadang-kadang tergelincir daripada landasannya sebagaimana kadang-kadang keretapi tergelincir daripada landasannya. Mereka pula bukan sahaja tergelincir tetapi kadang-kadang terjebak terperosok dalam bisikan-bisikan kedajalan. Akibatnya golongan dajal berkomplot merentas sempadan melambai-lambai mereka dan membisik-bisikan kaedah terbaik menyedut sedut duit-duit amanah bangsa. Zuriat-zuriat itu pula dibisik-bisik dan disentuh lembut dalam bilik makmal menyegarkan dan kawasan-kawasan terpancil.

Golongan kedajalan akan mengugut, merayu, memohon simpati, menanam bisikan-bisikan mengasyikkan dengan menutup-nutup persekongkolan kedajalan dengan duit-duit upah daripada satu sen ditambah dengan satu sen lagi supaya menjadi dua sen. Kadang-kadang upahnya dilipatgandakan bersen-sen supaya bisikan-bisikan akal terpaut padanya. Maka, bisikan-bisikan terpahat kepada akal dan perasaan anak-anak itu akibat bisikan-bisikan yang mendodoi-dodoi oleh kedajalan itu menghijabkan doa-doa ibu-ibu yang diberkati itu.

Zuriat-zuriat yang dilahirkan oleh ibu-ibu diberkati itu sukar dikenalpasti doa-doa ibu-ibu kepada zuriat-zuriat mereka itu, sama ada:


  1. Diberkati lagi.

  1. Tertangguh hembusannya.

  1. Terawang-awang doa-doanya.

  1.  Tunggu ajal keputusannya.















No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Nasihat Lukman Al-Hakim: “Anakku, apabila sesiapa datang kepada kamu dengan aduan bahawa si anu telah mencabut kedua-dua biji matanya dan kamu lihat dengan mata kepala sendiri bahawa kedua-dua biji matanya tercabut, namun janganlah kamu sampai kepada sesuatu kesimpulan sebelum kamu mendengar pihak yang lain. Tidak mustahil orang membuat aduan itulah yang mula-mula mencabut mata orang lain, boleh jadi sebelum kehilangan kedua-dua biji matanya dia telah mencabutkan empat biji mata orang lain.”