NASIHAT LUKMAN HAKIM: "WAHAI ANAKKU, TIADA AMALAN SOLEH TANPA KEYAKINAN DENGAN ALLAH TAALA. SESIAPA YANG MEMPUNYAI KEYAKINAN YANG LEMAH MAKA AMALANNYA JUGA MENJADI CACAT."

Blogger Widgets Blogspot Tutorial

Monday 3 August 2015

MENARA II BUKIT AMAN DISERANG API



Pada 11 September 2001 (Selasa), jam 8.45 pagi, bangunan World Trade Center (WTC), New York City, Amerika Syarikat diserang oleh pesawat berteknologi tinggi. 

Puncanya kerana Amerika Syarikat akan menyerang Afghanistan sebuah negara miskin yang terletak di kawasan pergunungan. Lokasinya strategik dari segi ketenteraan. 

Ia boleh dijadikan pusat pesawat pengebom dan peluncuran peluru perpandu antara benua ke benua.  

Dari  sana juga ia boleh menghalakan persenjataannya itu ke pelbagai penjuru alam 360 darjah kerana ia berada pada titik pusat lingakaran  musuh-musuh Amerika Syarikat.

Pada 29 Julai 2015 (Rabu), sekitar jam 5.20 petang, Menara II Bukit Aman, Kuala Lumpur, Malaysia, lumpuh diserang oleh api yang sifatnya membakar, belum ada penjelasan mengenai peristiwa tersebut. Puncanya kerana Muhyiddin Yassin sebagai TPM dipecat daripada jawatannya bersama lima menteri yang lain.  Manakala Peguam Negara tersedar dari tidur diberhentikan daripada jawatan tersebut, direhatkan sebelum tempoh perkhidmatannya berakhir atau bersara wajib pada 9 Oktober 2015.  Alasannya sebab-sebab kesihatan.

Serentetan daripada dua peristiwa tersebut, kini api-api yang dahulunya menjadi kawan telah mula menunjukkan taringnya. Barangkali ia sebagai isyarat bahawa sesuatu kebakaran yang berskala besar bermula daripada api yang berskala kecil, dahulu berkawan kini berlawan, sebagaimana gempa bumi dimulai dengan tanda-tanda gempa kecil kemudian disusuli menjadi gempa besar seterusnya menyusut.

Apabila kita bertanya kepada jurutera Jabatan Kerja Raya (JKR) bolehkah atau tidak boleh ditentukan tempoh masa lampu jalan bertukar warna sama ada menjadi warna hijau, warna kuning dan warna merah kemudian mengulanginya semula warna-warna tersebut? 

Barangkali dalam tempoh yang sama selepas ditetapkan tempoh-tempoh jangkamasa  lampu-lampu itu menyala, bertukar ganti berhenti dan menyala seterusnya.

Atau apabila bil-bil Astro, telefon, internet dan komputer ditentukan tamat tempoh penggunaannya maka ia pun berdetik berhenti menyebabkan ia tidak berfungsi langsung ‘perkhidmatan ditamatkan’, sepertimana ilusi-ilusi TV Astro dalam salam aidilfitri kosong-kosong.

Maka benarlah promosi, iklan dan bisikan-bisikan TV Astro itu kosong-kosong kepada TPM, lima menteri yang lain dan Peguam Negara itu. Selepas ini akan menyusul pula nama-nama yang berbangkit kemudiannya kerana pertuduhan dilakukan mendahului, bukti-bukti menyusul kemudian sebagaimana pesawat besi karat ditemui setelah ilusi-ilusi kedajalan dimuktamadkan eposidnya untuk abad ke-21.

Puncannya kerana World Trade Center (WTC) diserang dan Menara II Bukit Aman juga diserang. Modus operandinya berbeza tetapi maksudnya sama ‘diserang’;  WTC diserang oleh pesawat dan Menara II Bukit Aman diserang oleh api.

Atau barangkali Menara II Bukit Aman merajuk kerana Menara I Bukit Aman lebih mesra pelanggan. Ia pula hampir-hampir dipinggirkan kerana tapaknya sentiasa terhakis apabila hujan turun tanpa henti menyebabkan tanah-tanah pinggirannya terhakis. Ia boleh membahayakan penghuninya dan kawasan persekitarannya. Ruang-ruangnya pula sepi.

Beruntunglah mereka yang memahami maksud serangan itu.













No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Nasihat Lukman Al-Hakim: “Anakku, apabila sesiapa datang kepada kamu dengan aduan bahawa si anu telah mencabut kedua-dua biji matanya dan kamu lihat dengan mata kepala sendiri bahawa kedua-dua biji matanya tercabut, namun janganlah kamu sampai kepada sesuatu kesimpulan sebelum kamu mendengar pihak yang lain. Tidak mustahil orang membuat aduan itulah yang mula-mula mencabut mata orang lain, boleh jadi sebelum kehilangan kedua-dua biji matanya dia telah mencabutkan empat biji mata orang lain.”