NASIHAT LUKMAN HAKIM: "WAHAI ANAKKU, TIADA AMALAN SOLEH TANPA KEYAKINAN DENGAN ALLAH TAALA. SESIAPA YANG MEMPUNYAI KEYAKINAN YANG LEMAH MAKA AMALANNYA JUGA MENJADI CACAT."

Blogger Widgets Blogspot Tutorial

Wednesday 19 August 2015

WANITA DAN GANGGUAN SEKS



Ketuaan adalah gangguan utama seks kepada wanita. Apatah lagi apabila berlaku pemberhentian kitaran haid pada kebanyakan wanita sekitar umur 40 tahun hingga 50 tahun. Penghentian tersebut akibat oleh kegagalan ovari menghasilkan estrogen dan progesteron. Ia menyebabkan kelenjar pituitari menjadi lebih aktif dan menghasilakn hormon perangsang folikel dan hormon pengluteinan dengan jumlah yang besar.

Walau bagaimanapun, banyak situasi dianggap bersifat sebagai masalah ginekologi primer mempunyai implikasi yang lebih luas. Amenorea primer, umpamanya dapat memberi petunjuk yang penting tentang adanya gangguan sistematik. Ia mungkin disebabkan oleh anomali kromosom seperti  sindrom Turner atau mungkin disebabkan oleh tindak balas autoimun ke atas antigen yang dikongsi oleh sel penghasil steroid di ovari di korteks adrenal. Hermafroditisme boleh berpresentasi sebagai amenorea.  Jika hiperplasia adrenal kongenital pada kanak-kanak tidak disedari dan tidak dirawat, tumor pituitari dan gangguan perkembangan di saluran genital semuanya memerlukan penaksiran ginekologi dan endokrin dengan sepenuhnya untuk diagnosis yang tepat.

Amenorea sekunder  juga memerlukan penyiasatan lanjut tetapi keadaan ini kerapnya menjadi ciri pelbagai keadaan sehingga dengan sendirinya, keadaan mempunyai nilai diagnosis yang kecil. Hiperprolaktinemia mesti dipertimbangkan sebagaimana perlunya amenorea yang berkait dengan kehilangan berat badan seperti pada anoreksia nervosa.

Paras kematian yang rendah berkait dengan semua kaedah kesuburan yang normal dan pengawalan kesuburan kepada yang mempunyai simptom-simptom berisiko yang berbalik dan penting termasuk kontrasepsi oral (KO). Ia mengurangkan berbanding dengan risiko kematian berikut kehamilan dan pelahiran pada wanita yang tidak menggunakan keadah pengawalan kesuburan, penggunanan KO dapat dikaitkan dengan penyakit arteri koronari, hipertensi, kemalangan serebrovaskular, thrombosis vena dalam, embolisme paru-paru,  neoplasia serviks uterus dan karsinoma kelenjar mamari. Risiko-risiko ini berbeza-beza di antara seseorang.

Kesan segera yang tidak diingini dapat mempengaruhi penerimaan pesakit terhadap KO termasuklah pertambahan berat badan, jaundis, pendarahan yang berlaku semasa dalam rawatan dan kegagalan haid di antara tempoh rawatan. Aduan-aduan lain termasuklah kemurungan, hirsutisme dan penggunaan libido.  Insiden kesemua gejala  ini  berkurangan apabila  dos estrogen dalam konstrasepsi oral yang sering digunakan dikurangkan.


Gangguan menopaus

Seseorang wanita berbeza-beza  menyesuaikan dirinya terhadap perubahan-perubahan berikut menopaus. Pada setengah-setengah wanita kehilangan kebolehan pembiakan berkait dengan gejala psikologi; sementara yang lain menyesuaikan diri dengan mudah dan tidak disertai dengan reaksi emosi. Pada kumpulan pesakit yang terganggu oleh gejala-gejala tadi, aduan yang selalu kedengaran adalah:

1.       Keresahan

2.       Ketidakstabilan emosi

3.       Iritabiliti

4.       Insomnia

5.       Hot flushes

6.       Peluh sejuk

7.       Kemurungan  selalu terjadi dan kadang-kadang  keadaan ini  begitu teruk sehingga timbul kecenderungan membunuh diri.

8.       Kegemukan akan mula kelihatan, jika telah sedia gemuk, kegemukan itu bertambah

9.       Hirsutisme, terutama kehadiran bulu  di atas bibir dan dagu bukan perkara luar biasa.

10.   Osteoporosis selalunya terdapat untuk pertama  kalinya di tahun-tahun awal sesudah menopaus sebelumnya berserta dengan sakit belakang.

11.   Keadaan ini lebih sering pada wanita yang mengalami menopaus pramatang dan tidak diberi estrogen.

12.    Pruritus vulva merupakan komplikasi yang sering berkait dengan perubahan di membran mukosa saluran genital.

13.   Leukoplakia vulva boleh terbentuk, dan jika tidak dirawat bole melarat menjadi karsinom.

14.   Vaginitis senil boleh menyebabkan distress daripada dispareunia di suria dan discaj vagina terutamanyajika dikomplikasikan oleh infeksi sekunder.


Langkah-langkah perlu dilakukan

1.  Rawatan yang penting berupa penerangan tentang sifat kejadian ini berserta dengan rawatan khas ke atas komplikasinya.

2. Ciri-ciri berkaitan dengan kekurangan estrogen memerlukan rawatan penggantian dengan estrogen sintetik seperti etinilestradiol.

3.   Dos yang diperlukanuntuk menindas gejala menopaus berbeza-beza

4.  Pesakit mesti diberi amaran bahawa rawatan ini mungkin  diikuti dengan pendarahan vagina, seperti pendarahan haid biasa.

5.   Rawatan obesiti jika diperlukan.

6. Kemurungan pada menopaus respons  dengan baik terhadap rawatan psikiatri.






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Nasihat Lukman Al-Hakim: “Anakku, apabila sesiapa datang kepada kamu dengan aduan bahawa si anu telah mencabut kedua-dua biji matanya dan kamu lihat dengan mata kepala sendiri bahawa kedua-dua biji matanya tercabut, namun janganlah kamu sampai kepada sesuatu kesimpulan sebelum kamu mendengar pihak yang lain. Tidak mustahil orang membuat aduan itulah yang mula-mula mencabut mata orang lain, boleh jadi sebelum kehilangan kedua-dua biji matanya dia telah mencabutkan empat biji mata orang lain.”