NASIHAT LUKMAN HAKIM: "WAHAI ANAKKU, TIADA AMALAN SOLEH TANPA KEYAKINAN DENGAN ALLAH TAALA. SESIAPA YANG MEMPUNYAI KEYAKINAN YANG LEMAH MAKA AMALANNYA JUGA MENJADI CACAT."

Blogger Widgets Blogspot Tutorial

Monday 10 August 2015

KATA-KATA KETUA DHPP YANG PERLU DIAMBIL IKTIBAR



Kata-kata Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS Yang perlu Di Ambi Iktibar
Posted on Monday, August 03 @ 22:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol


Baca dn nilai kenyataan dan pendirian Ketua Dewan Himpunan Penyokong Pas....lebih baik dari kenyataan dn pendirian pimpinan GHB yg kecewa akibat kalah... yg kebuloq jawatan dn fulus...


#1 Saya masih ingat ketika mula-mula bertemu Tok Guru Nik Aziz, beliau berkata kepada saya, “Bala, kalau kamu mahu harta dan kekayaan, pergilah kepada MIC. Tapi kalau mahu bersama kebenaran, marilah kepada kami.” Maka saya memilih kekal bersama PAS ke hari ini kerana PAS memperjuangkan Islam dan berada di pihak yang benar.

#2 Berada di dalam PAS, saya telah banyak belajar tentang Islam. Saya boleh datang ke masjid. Kalau saya dalam MIC, pastinya Umno tak akan ajak saya ke masjid dan saya tidak akan faham kebaikan Islam. Tapi apabila saya bersama PAS, saya diajak ke masjid, saya belajar dengan para ulamak dan saya dapak mengenali Islam dan hukum Islam dengan lebih baik.

#3 Lapan tahun lalu ketika mula menyertai PAS, ketua kami yang banyak memberikan bimbingan dan tunjuk ajar ialah saudara Dr Mujahid. Apabila Pak Lah perkenalkan Islam Hadhari, Mujahid dengan tegas berkata, Islam hanya satu sahaja tiada yang lain. Islam Hadhari bukan dari Islam. Islam adalah Islam. Tapi malangnya hari ini saya lihat Dr Mujahid membawa Islam baru yang diberi nama Islam Progresif.

#4 Di dalam PAS lah saya belajar mengenali hukum Hudud dan saya dapati ia adalah hukum yang benar. Sepatutnya apabila Lim Guan Eng memfitnah Presiden PAS dan hukum Hudud, semua pimpinan PAS hendaklah perjelaskan kepada Cina itu hal yang sebenar dan terangkan kepada dia kebaikan hukum Hudud. Malangnya ada yang mempertahankan Guan Eng dan menghentam Presiden PAS. Saya memilih untuk menyokong Hudud kerana inilah ajaran yang betul sedangkan dia (Guan Eng) tidak betul.

#5 ...Hari ini Dr Hamzah sudah jadi orang No 1 dalam Harapan Baru. Bahkan dia menelefon saya untuk mengajak saya keluar dari PAS dan menyertai Harapan Baru. Saya jawab, doktor yang perkenalkan PAS kepada saya hingga akhirnya saya temui kebenaran. Bila saya sudah berada di jalan yang benar ini, tiba-tiba doktor mahu ajak saya ke jalan yang sesat?

Saya tiada sebarang kepentinganpun dalam PAS. Doktor sudah 3 kali diberi penghormatan oleh PAS untuk bertanding dalam pilihanraya. Saya tidak pernahpun bertanding. Dan saya tidak pernahpun minta dengan PAS untuk bertanding. Bahkan saya tidak ada masalahpun jika tidak dipilih menjadi calun. Cukuplah bagi saya berada di atas jalan yang benar bersama dengan para ulamak.


N BALASUBRAMANIAM
Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS

‪#‎PIHAK 3.0
#01 OGOS 2015
‪#‎PAHANG








No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Nasihat Lukman Al-Hakim: “Anakku, apabila sesiapa datang kepada kamu dengan aduan bahawa si anu telah mencabut kedua-dua biji matanya dan kamu lihat dengan mata kepala sendiri bahawa kedua-dua biji matanya tercabut, namun janganlah kamu sampai kepada sesuatu kesimpulan sebelum kamu mendengar pihak yang lain. Tidak mustahil orang membuat aduan itulah yang mula-mula mencabut mata orang lain, boleh jadi sebelum kehilangan kedua-dua biji matanya dia telah mencabutkan empat biji mata orang lain.”