NASIHAT LUKMAN HAKIM: "WAHAI ANAKKU, TIADA AMALAN SOLEH TANPA KEYAKINAN DENGAN ALLAH TAALA. SESIAPA YANG MEMPUNYAI KEYAKINAN YANG LEMAH MAKA AMALANNYA JUGA MENJADI CACAT."

Blogger Widgets Blogspot Tutorial

Friday 21 August 2015

PESURUHJAYA PAS SARAWAK MENINGGAL DUNIA



Pesuruhjaya Pas Sarawak Meninggal Dunia Akibat Serangan Angin Ahmar


Adam Ahid (Gambar laman web Pas Sarawak)KUCHING, 17 Ogos (Bernama) -- Pesuruhjaya PAS Sarawak Adam Ahid, 66, meninggal dunia pada 3.20 pagi ini di Kota Samarahan akibat serangan angin ahmar.


Pengerusi Lajnah Penerangan PAS Sarawak Muhamad Shokri Ahmad Fauzi berkata jenazah akan dikebumikan di tanah perkuburan Islam Semariang di sini sebelum Zohor.


Beliau berkata kehilangan Allahyarham amat dirasai seluruh anggota PAS khususnya di Sarawak, kerana sebelum ini Allahyarham gigih bersama-sama anggota kepimpinan parti mengatur strategi persiapan PAS menghadapi pilihan raya Sarawak.


Menurutnya Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang kebetulan berada di sini, sempat melawat Allahyarham di Institut berkenaan lewat malam tadi.


Allahyarham, pernah bertanding pada pilihan raya Sarawak pada 2011 di kawasan Dewan Undangan Negeri Sebuyau dan tewas kepada calon Barisan Nasional Datuk Julaihi Narawi.


Allahyarham meninggalkan seorang isteri dan empat orang anak.


 BERNAMA
















No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Nasihat Lukman Al-Hakim: “Anakku, apabila sesiapa datang kepada kamu dengan aduan bahawa si anu telah mencabut kedua-dua biji matanya dan kamu lihat dengan mata kepala sendiri bahawa kedua-dua biji matanya tercabut, namun janganlah kamu sampai kepada sesuatu kesimpulan sebelum kamu mendengar pihak yang lain. Tidak mustahil orang membuat aduan itulah yang mula-mula mencabut mata orang lain, boleh jadi sebelum kehilangan kedua-dua biji matanya dia telah mencabutkan empat biji mata orang lain.”