NASIHAT LUKMAN HAKIM: "WAHAI ANAKKU, TIADA AMALAN SOLEH TANPA KEYAKINAN DENGAN ALLAH TAALA. SESIAPA YANG MEMPUNYAI KEYAKINAN YANG LEMAH MAKA AMALANNYA JUGA MENJADI CACAT."

Blogger Widgets Blogspot Tutorial

Tuesday 18 August 2015

ZAAIM REDHA ABDUL RAHMAN – PENGLIPUR LARA MH370



Tempiasan mendajal Amerika Syarikat kepada golongan dungu-dungu yang disenyapkan menurut skrip drama adalah suatu yang dirangka oleh pengarah-pengarah yang berwawasan mendajal.  Moga-moga Zaaim Redha Abdul Rahman tidak terpalit kedajalan tersebut memindahkan penceritaan penglipur lara untuk menyedapkan telinga mereka yang mendengarnya dalam ilusi-ilusi kehidupan.

---------------------------------------


MH370 tenggelam dalam ‘bentuk asal’ – Pakar
13 Ogos 2015 1:35 AM
Keratan Utusan Malaysia 6 Ogos 2015


KUALA LUMPUR 12 Ogos - Pesawat MH370 yang hilang dipercayai sebahagian besarnya masih berada dalam ‘bentuk asal’ dan terdampar di dasar kawasan selatan Lautan Hindi, menurut pakar komunikasi satelit tempatan, Zaaim Redha Abdul Rahman.

Teori beliau menyatakan kemungkinan bahawa pesawat itu ‘terapung untuk seketika’ sebelum tenggelam dalam kejadian malang pada hari pesawat itu jatuh.

“Saya percaya pesawat itu telah kehabisan minyak, menjunam ke lautan dengan daya tujah perlahan... dengan demikian, saya berfikiran bahawa badan pesawat kekal seperti asal,” kata Zaaim Redha yang, selepas MH370 dilaporkan hilang, segera membantu untuk membaca dan membuat kesimpulan mengenai bacaan data penerbangan tersebut yang diperoleh daripada satelit dikendalikan oleh Inmarsat, sebuah firma komunikasi satelit bumi yang berpangkalan di United Kingdom.

Dalam satu temu bual dengan Bernama baru-baru ini, Zaaim Redha berkata, bahawa teori beliau yang menyatakan pesawat itu menjunam ke dalam laut disokong oleh penemuan flaperon sepanjang dua meter baru-baru ini, di Pulau Reunion yang terletak di Lautan Hindi, disahkan sebagai bahagian daripada pesawat MH370 yang hilang.

“Flaperon tersebut hanya mengalami sedikit kerosakan dan hanya diselaputi teritip. Keadaannya menunjukkan bahawa ia tidak terpisah daripada badan pesawat secara kasar... malah bekas tanggalan pada serpihan itu kelihatan seolah-olah terpisah dengan baik di bahagian tepian sayap,” jelas beliau.

Zaaim Redha, yang kini perunding utama di Zeta Resources Sdn. Bhd. - yang menyediakan, antara lain, perkhidmatan perunding komunikasi satelit dan kejuruteraan. Beliau pernah menjadi sebahagian daripada pasukan perintis di Measat yang bertanggungjawab membangunkan dan melancarkan satelit pertama Malaysia.

Ketika berkhidmat dengan NEC Jepun, beliau mengetuai pasukan multinasional untuk mereka bentuk dan membangunkan sistem komunikasi satelit Inmarsat-P ICO System (Generation 4).

Mengulas lanjut mengenai saiz serpihan bencana udara didapati konsisten dengan impak kemalangan, Zaaim Redha memberi contoh kemalangan pesawat Germanwings Flight 9525 di Alps Perancis pada Mac tahun ini, di mana tidak ada serpihan yang melebihi satu kaki (kira-kira 0.3 meter) panjang disebabkan oleh kesan terhempas yang kuat.

“Jika MH370 telah terhempas dengan kuat, kita akan mendapati banyak serpihan kecil daripada pesawat itu terapung di atas air sebaik saja selepas kemalangan itu berlaku. Tambahan pula, flaperon yang dijumpai (dari Pulau Reunion) tidak mungkin akan berada dalam bentuk kepingan besar... kita mungkin hanya menemui serpihan-serpihan kecilnya sahaja,” kata beliau.

Beliau yakin bahawa selepas menjunam ke dalam lautan, pesawat MH370 itu ‘terapung untuk seketika’ sebelum tenggelam ‘dalam bentuk asalnya’.

Menurut beliau, adalah tidak mus­tahil juga untuk sebuah kapal terbang terapung di permukaan air seperti dibuktikan oleh US Airways Flight 1549, yang terpaksa membuat pendaratan cemas di Sungai Hudson selepas bertembung sekumpulan be­bu­rung sehingga menyebabkan kedua-dua enjin jetnya gagal, pada Januari 2009.

“Terdapat juga kemungkinan bahawa pesawat (MH370) pesawat telah tenggelam jauh ke dasar lautan untuk beberapa lama sebelum flaperon (sebahagian daripada sayap pesawat) itu tertanggal.

Mengenai kemungkinan jika flape­ron itu telah terapung di permukaan air selama lebih 4,000 kilometer sebelum berakhir di Pulau Reunion, Zaaim Redha berkata, keadaan itu adalah munasabah berdasarkan keadaan arus semasa lautan tersebut. – bernama

“Berdasarkan corak bumi berputar, besar kemungkinan sekeping pesawat boleh terapung (lebih jauh) kerana arus lautan boleh menjadi sangat kuat.

“Kuasa arus lautan memang sukar dijangkakan... umpamanya baru-baru ini, seorang wanita Rusia yang merupakan seorang penerjun bebas terhebat sepanjang zaman, gagal untuk timbul selepas menyelam di Mediterranean dan dikhuatiri berdepan dengan arus dasar laut yang kuat ketika di dalam air.” – bernama

Baru-baru ini pada 29 Julai, sebahagian daripada sayap pesawat, dirujuk sebagai flaperon, ditemui di pantai Pulau Reunion di bawah pentadbiran Perancis yang terletak di Lautan Hindi.

Pada 6 Ogos, Najib mengumumkan bahawa pakar-pakar antarabangsa mengesahkan bahawa kesan materi penyelenggaraan pada bahagian pesawat itu sepadan dengan yang ada pada pesawat MH370.

Pasukan penyiasat yang melakukan pencarian di pesisiran pantai pulau berkenaan selepas penemuan itu turut menemui beberapa serpihan lain termasuk kusyen tempat duduk, bingkai tingkap, serta sisa-sisa sebuah beg pakaian dan botol kosong.

Bagaimanapun, penemuan tinggalan berkenaan masih belum dikenal pasti sebagai sebahagian daripada pesawat yang hilang itu.- BERNAMA









4 comments:

  1. https://www.youtube.com/watch?v=ZQHl5SmA08A
    https://www.youtube.com/watch?v=Dmw0evr6uvI

    Salam Tuan Perkim Pantai,
    Saya rasa tuan tidak faham mengenai apa yang diterangkan dalan Keratan Utusan Malaysia bertarikh 6 Ogos 2015 di atas. Sekarang teori yang sama yang diterbitkan oleh pakar tempatan telah disebut-sebut oleh pakar-pakar lain di seluruh dénia. Dalam video youtube di atas, Senior air crash investigator, Mr. Larry Vance, menerangkan teori yang sama kepada Australia Channel 9’s 60 Minutes programme.

    ReplyDelete
  2. Tuan Perkim Pantai, Islam melarang menuduh seseorang saudara islam terpalit dengan kedajalan sebegitu tanpa sebarang bukti yang sahih.

    ReplyDelete
  3. It was this local expert of ours who was the first to notice that the mangled trailing edge of the flaperon was actually caused when it got dragged off upon impact. And now, people all over are looking back into his theory published about a year ago. He is one of the few who can read satellite data where he concluded it was a “glide” as opposed to “dive". With all due respect sir, I think you are the real “penglipur lara” here for not understanding the article.

    ReplyDelete
  4. Wise men talk because they have something to say; Fools, because they have to say something

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Nasihat Lukman Al-Hakim: “Anakku, apabila sesiapa datang kepada kamu dengan aduan bahawa si anu telah mencabut kedua-dua biji matanya dan kamu lihat dengan mata kepala sendiri bahawa kedua-dua biji matanya tercabut, namun janganlah kamu sampai kepada sesuatu kesimpulan sebelum kamu mendengar pihak yang lain. Tidak mustahil orang membuat aduan itulah yang mula-mula mencabut mata orang lain, boleh jadi sebelum kehilangan kedua-dua biji matanya dia telah mencabutkan empat biji mata orang lain.”