NASIHAT LUKMAN HAKIM: "WAHAI ANAKKU, TIADA AMALAN SOLEH TANPA KEYAKINAN DENGAN ALLAH TAALA. SESIAPA YANG MEMPUNYAI KEYAKINAN YANG LEMAH MAKA AMALANNYA JUGA MENJADI CACAT."

Blogger Widgets Blogspot Tutorial

Sunday 23 August 2015

SYAITAN-SYAITAN PENOLONG KESYAITANAN



Syaitan tidak mempunyai kuasa. Ia makhluk dicipta. Ia dicipta sebagaimana makhluk-makhluk lain dicipta, seperti penciptaan manusia, malaikat, binatang dan tumbuh-tumbuhan. Tetapi malangnya manusia mengambil tuhan-tuhan selain daripada Allah Taala untuk tujuan penyembahan, mengabdi diri dan memohon sesuatu, menjadikan mereka pemimpin-pemimpin kehidupan, tuhan-tuhan yang tidak mencipta apapun-tiada kuasa, bahkan ia sendiri dicipta dan tiada kuasa melakukan sesuatu sama ada menolak sesuatu kemudaratan dari dirinya,  tidak pula untuk mengambil sesuatu kemanfaatanpun,  tidak ada kuasa mematikan, menghidupkan dan tidak pula membangkitkan. Begitu juga pengikut-pengikut syaitan yang menyembah kepadanya mencipta dongengan-dongengan kedajalan supaya bisikan-bisikan pembohongan meresap dalam akal mereka mendendang-dengang menurut nafsu. Ia berterusan berlaku kerana isme-isme ketahyulan telah meresap dalam akal, mengalir keseluruh anggota badan melalui aliran darah yang telah sebati dengannya.


Orang-orang kafir tabiatnya menyanggah sesuatu kebenaran, apabila disebutkan kepadanya ayat-ayat Allah Taala, namun dalam perkara-perkara kedajalan otaknya mudah menerima teori-teori yang mengumpan akal mereka terbuai-buai sehingga masa hidupnya berlalu bersama ilusi-ilusi kedajalan yang dipaksakan kepadanya. Ia menerimanya cerita-cerita kedajalan itu seperti ia terlibat di dalam perlakuan-perlakuannya dan menolak kebenaran walaupun terpampang di hadapan matanya bencan-bencana yang menimpa dirinya. Ia terpesona, tergamam, tercengang sehingga mata dan wajahnya memandang kehadapan tanpa berkerdip ke suatu arah sambil senyum, manakala akalnya menerawang mencari sesuatu igauan yang tidak kesampaian. Apabila  tersentak dari lamunan, baharu ia sedar rupa-rupanya ia sedang berkhayal melihat ciptaan Allah Taala seperti dalam suatu mimpin yang datang dan pergi  daripadanya dan hilang bersama-sama impian-impian menghiburkan yang melayang-layang.

Golongan kekufuran akan membawa cerita-cerita pembohongan dengan bukti-bukti kepalsuan. Mengolah-olah berita-berita terkini dengan senario yang berlaku sebelumnya, memadan-madankan cerita berbangkit dengan plot cerita-cerita usang disegarkan, dikembang mekapkan dengan warna-warni mempersonakan,  mendedahkan maklumat-maklumat palsu menurut sentimen pemikiran dan daya fikir khalayak-khalayaknya  bersumberkan fakta-fakat ditokok tambah dan disesuaikan dengan situasi semasa bagi membangkitkan perasaan emosi, gaya berfikar dan tindakan yang munasabah daripada pandangan kedajalan kepada suatu pandangan umum diterima pakai oleh kedajalan mereka. Golongan dungu-dungu pula menerimanya kerana unsur-unsur kebatilan mengakar dalam kehidupannya sebagaimana sumber-sumber halal dan haram bercampur-baur berpadu bersekutu dalam tubuhnya meresap disedut-sedut oleh akar-akar itu untuk membina kehidupan.

Puncanya kerana cerita-cerita kesyaitanan itu meresap kepada MH370 terperosok di Laut Hindi. Pengganasan Lahad Datu dikunci dengan perintah berkurung kerana hukuman-hukuman belum ditetapkan kepada komplot kedajalan. IS-IS pula telah berkubur bersama kedajalan.

Suatu dialog menarik antara Allah Taala dengan golongan yang sesat yang dihimpunkan bersama apa yang mereka sembah selain Allah, walaupun ringkas dialognya tetapi pengertiannya amat mendalam kepada kita yang menegakkan kebenaran dan menafikan kepalsuan dalam kedajalan, sebagaimana golongan kedajalan membisik-bisikkan kepada golongan dungu-dungu supaya membisu dan menulikan  episod-episod tentang MH370 bersama ilusi-ilusi kedajalan walaupun Allah Taala mengurniakan kepada mereka kesempurnaan akal, lidah dan hati namun tetap menuruti kesyaitanan kerana Amerika Syarikat telah menguasai urat nadi mereka, antara dialog tersebut;


Allah: “Apakah kamu yang menyesatkan hamba-hamba-Ku itu, atau mereka sendirikah yang sesat dari jalan (yang sebenar)?”


Mereka yang disembah itu menjawab: “Maha Suci Engkau, tidaklah patut bagi kami mengambil selain Engkau (untuk menjadi pelindung), akan tetapi Engkau telah memberi mereka dan bapa-bapa mereka kenikmatan hidup, sampai mereka lupa mengingati (Engkau), dan mereka adalah kaum yang binasa.”


Allah: “Maka sesungguhnya mereka (yang disembah itu) telah mendustakan kamu tentang apa yang kamu katakan maka kamu tidak akan dapat menolak (azab) dan tidak (pula) menolong (dirimu), dan barangsiapa di antara kamu yang berbuat zalim, nesaya Kami rasakan kepadanya azab yang benar. Dan Kami tidak mengutus  rasul-rasul sebelummu (wahai Muhammad), melainkan mereka sungguh memakan makanan dan berjalan dipasar-pasar. Dan Kami jadikan sebahagian kamu cobaan bagi sebahagian yang lain. Mahukah kamu bersabar?, dan adalah Tuhanmu Maha Melihat.”


Allah: “ Dan hamba-hamba Tuhan Yang Maha Penyayang itu (ialah) orang-orang yang berjalan  di atas bumi dengan rendah hati dan apabila orang-orang jahil menyapa mereka, mereka mengucapkan kata-kata yang baik. Dan orang yang melalui malam hari dengan bersujud dan berdiri untuk Tuhan mereka.”


Orang-orang yang beriman: “Ya Tuhan kami, jauhkan azab jahanam  dari kami, sesungguhnya azabnya itu adalah kebinasaan yang kekal. Sesungguhnya jahanam itu seburuk-buruk tempat menetap dan tempat kediaman.”












No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Nasihat Lukman Al-Hakim: “Anakku, apabila sesiapa datang kepada kamu dengan aduan bahawa si anu telah mencabut kedua-dua biji matanya dan kamu lihat dengan mata kepala sendiri bahawa kedua-dua biji matanya tercabut, namun janganlah kamu sampai kepada sesuatu kesimpulan sebelum kamu mendengar pihak yang lain. Tidak mustahil orang membuat aduan itulah yang mula-mula mencabut mata orang lain, boleh jadi sebelum kehilangan kedua-dua biji matanya dia telah mencabutkan empat biji mata orang lain.”