NASIHAT LUKMAN HAKIM: "WAHAI ANAKKU, TIADA AMALAN SOLEH TANPA KEYAKINAN DENGAN ALLAH TAALA. SESIAPA YANG MEMPUNYAI KEYAKINAN YANG LEMAH MAKA AMALANNYA JUGA MENJADI CACAT."

Blogger Widgets Blogspot Tutorial

Wednesday, 24 December 2014

BELASUNGKAWA TAN SRI DR. ANI AROPE



Mantan panglima Tenaga Nasional Berhad Tan Sri Dr. Ani Arope telah kembali ke rahamtullah pada 20 Disember 2014 (Sabtu).

Kenangan yang sukar dilupakan ketika hayat beliau adalah memimpin Tenaga Nasional Berhad berhadapan dengan golongan dajal yang menggelapkan seluruh Semananjung untuk tempoh semalaman kerana persekongkolan untuk menghentikan aliran elektrik di rumah-rumah yang ada ibu-ibu menyusukan bayi-bayi dan anak-anaknya sepatutnya menerima bekalan tersebut.  Kini bayi-bayi itu telah menjadi pemuda-pemuda gagah.

Akibat dari peristiwa tersebut Allahyarham Tan Sri Dr. Ani Arope telah mengambil tanggungjawab mengundurkan diri dari agensi tersebut kerana ketua-ketua yang lebih atas enggan bertanggungjawab di atas tragedi tersebut. Masing-masing mengelak, bagi memuktamadkannya, Allahyaram telah memikul tanggungjawab tersebut. Mereka nampak duit tapi Allahyarham melihat kebesaran Allah s.w.t. mengambil tanggungjawab. Suatu keistimewaan yang dimiliki oleh Tan Sri Dr. Ani Arope tetapi tidak dimiliki oleh golongan dajal mendajal bertopengkan kebajikan.


Semoga jasa-jasa dan amal baik yang telah dilakukan oleh Allahyarahm Tan Sri Dr. Ani Arope, mendapat pahala yang berpanjangan, dicucuri rahmat roh Allahyarham dan digolongkan bersama orang-orang yang beriman. Al-Fatihah.


-------------

Najib ucap takziah kepada keluarga Allahyarham Ani Arope

20 Disember 2014 12:58 PM

KUALA LUMPUR 20 Dis. - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga bekas Pengerusi Eksekutif Tenaga Nasional Berhad (TNB), Tan Sri Dr. Ani Arope yang meninggal dunia pagi ini.

“Takziah kepada keluarga TS Ani Arope yang pulang ke rahmatullah pagi tadi. Semoga Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. Al-Fatihah,” katanya menerusi catatan di laman Twitter beliau.

Ani, 82, yang sebelum ini menerima rawatan bagi penyakit kanser prostat, meninggal dunia sebelum Subuh tadi di Pusat Perubatan Subang Jaya.

Dilahirkan pada 17 Mei 1932 di Sungai Bakap, Seberang Prai, Pulau Pinang, Allahyarham meninggalkan seorang isteri Puan Sri Saenah Ahmad dan tiga anak selain anak angkat.

Jenazah dibawa ke Balai Islam TNB di Bangsar untuk diuruskan dan dijangka dikebumikan selepas solat Zuhur di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21 Shah Alam.

Allahyarham merupakan pengerusi eksekutif TNB dari 1992 hingga 1996 selain pernah menerajui beberapa syarikat swasta, institusi pengajian tinggi dan pelbagai organisasi. – BERNAMA








No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Nasihat Lukman Al-Hakim: “Anakku, apabila sesiapa datang kepada kamu dengan aduan bahawa si anu telah mencabut kedua-dua biji matanya dan kamu lihat dengan mata kepala sendiri bahawa kedua-dua biji matanya tercabut, namun janganlah kamu sampai kepada sesuatu kesimpulan sebelum kamu mendengar pihak yang lain. Tidak mustahil orang membuat aduan itulah yang mula-mula mencabut mata orang lain, boleh jadi sebelum kehilangan kedua-dua biji matanya dia telah mencabutkan empat biji mata orang lain.”