PAKISTAN BERJAYA MEMBALAS DENDAM |
Memandangkan Pakistan kematian
141 rekrut kanak-kanak sekolah dan penyerang 5 orang mati dibunuh di sekolah
tentera Pakistan Peshawar, supaya nampak kehebatan tentera maka diseranglah
sesiapa sahaja yang wajar diserang untuk tujuan membalas dendam, lalu
dikhabarkan tentera Pakistan membunuh 77 militan Taliban.
Suatu balas dendam yang dilakukan
oleh penyerang-penyerang yang telah mati ketika berhadapan dengan tentera di
sekolah tentera Pakistan
itu. Ditujukan kepada pejuang-pejuang yang masih hidup. Perulangan serangan dan
persekongkolan pengganas-pengganas akan terus berlaku kerana tentera Pakistan
sukar membezakan antara pengganas-pengganas, pengganas merentas sempadan, pengganas
warganegara Pakistan, pengganas warganegara bermastautin di sempadan Pakistan,
bapa pengganas, ibu pengganas, abang adik pengganas, datuk pengganas dan
golongan dajal yang bertepuk tangan kerana berjaya mengalihkan tugas-tugas
mereka kepada Pakistan .
Suatu tragedi yang tidak diambil
ingatan oleh Pakistan adalah
kematian Presiden Pakistan
era Jeneral Zia Ul Haq ketika terlibat dengan tragedi Helikopter, meletup di
udara. Sehingga kini cerita tragedi tersebut disembunyikan bersama senyapnya
golongan rasuah dan komplot pengganas-pengganas merentas sempadan.
Jeneral Zia Ul Haq terkenal
dengan keberaniannya berhadapan dengan musuh dalam negara dan komplot dajal
yang ingin melihat Pakistan
menurut telunjuk, negara terkongkong dan kebebasan ahli-ahli politik senentiasa
berwaspada.
Adalah menjadi amat tragedis
apabila Pakistan mengambil
penasihat-penasihat dari kalangan pengganas-pengganas yang menggunakan duit dan
ugutan mengekang kebebasan aktiviti rakyat disempadan sehingga terbawa-bawa
menyusup di kawasan Pakistan .
Pakistan akan terus ditimpa oleh pelbagai masalah-masalah dalaman kerana
bersekongkol dengan pengganas bagi menghadapi pejuang-pejuang Taliban yang
diceroboh oleh Amerika Syarikat pada 2001 dengan alasan bangunan WTC Washington
DC diserang oleh rakyat Amerika Syarikat, menggunakan peralatan dan pelan
perancangan dan akal Amerika Syarikat lalu membuat tuduhan dilakukan oleh
agen-agen al-Qaeda, maka Afghanistan negara miskin diceroboh kerana enggan
menyerahkan Osama Laden kepada Amerika Syarikat.
Jika Amerika Syarikat menggunakan
alasan tersebut, maka ia boleh juga menggunakan alasan bahawa penyusutan harga
minyak mentah global disebabkan oleh
peranan teknokrat-teknokrat minyak Amerika Syarikat kerana ada sesuatu
yang hendak dicapai. Siapa yang patut dipersalahkan sudah tentulah Israel kerana menyerang Gaza untuk kali kedua dalam tempoh gencatan
senjata. Siapakah penasihat Israel
tentulah Amerika Syarikat? Apakah alasannya kerana berkomplot melakukan
kerosakan di muka bumi?
Individu cerdik memahami komplot
dajal, dajal bermain dibelakang tabir. Rasuah tetap rasuah, ia akan memakan
diri sendiri.
No comments:
Post a Comment