PEPERANGAN TANPA PENGISYTIHARAN |
Islam apabila melaksanakan sesuatu perkara akan diberi peringatan dan
amaran terlebih dahulu kepada semua golongan; umat Islam atau kafir. Setelah
diberi peringatan dan amaran tetapi melakukan kedajalan juga maka jatuh hukum
akan dikenakan. Hukuman dijalankan dan dikuatkuasakan. Mereka yang belum sampai
peringatan dan amaran tersebut akan terlepas dari hukuman. Berbeza
dengan golongan dajal, mereka berkomplot, bersekongkol, berpakat, melakukan
sesuatu kedajalan. Contohnya menyorok MH370. Tembak MH17.
Peperangan tidak semestinya
melibatkan pertempuran. Menggunakan alat-alat membunuh, peralatan perang,
kimia, bom atom, nuklear, perang saraf, saling berjaga-jaga disempadan, bersiap
siaga dari ancaman dan berlaku pertempuran. Perkara itu diistilah sebagai
peperangan terbuka. Perang bersemuka.
Peperangan jug berlaku disebalik
tabir; menghantar virus Ebola, rumput miang Mexico, meruntuhkan ekonomi orang
lain secara senyap, membuat tuduhan-tuduhan palsu, memulakan sekatan dengan
alasan pelbagai, beraksi dibelakang negara-negara yang bersengketa, beraksi
sebagai proksi-proksi yang kabur seperti MH370 disorok, melengah-lengahkan kes
penembakan MH17, memainkan peranan menaikkan sesuatu barangan supaya sukar
dibeli, menyekat pengeluaran barangan supaya bekalannya terputus, melambak-lambakkan
barangan keluaran supaya harganya merudum, menahan barangan untuk dipasarkan
supaya tiada dalam pasaran, menuduh orang lain dan bersubahat bersahabat dengan
musuh yang dituduh atau bersifat munafik, mengawal harga pasaran-memonopoli dan
tidak jelas ciri-ciri permusuhan mereka seperti api dalam sekam, barah dan
diabetes dalam badan. Ia hanya diketahui setelah parah.
Umat Islam telah diperingatkan
oleh Rasulullah s.a.w.. Mereka tidak akan terperangkap oleh anasir-anasir
jahat. Komplot-komplot dan persekongkolan. Jika terkena juga kerana ada sesuatu
pakatan. Ia sukar dielakkan kerana dilakukan oleh orang dalam.
Bagaimana hendak menghapuskan
penjenayah yang mengetahui rahsia-rahsia besar negara. Mereka adalah individu
yang dipercayai, pemimpin yang disayangi rakyat, mempunyai wawasan yang
bombastik, semua jentera dibawah telunjuknya, tetapi sayang ada pemimpin
dibawah telunjuk isteri mereka.
Menurut pengalaman orang
dungu-dungu dikatakan kerana termakan nasi kangkang atau memakan kangkangan.
Itu adalah implikasi daripada makan nasi kangkang.
Apabila pemimpin telah termakan
nasi kangkang, sukar untuk dijelaskan tentang kehebatan pemimpin-pemimpin
tersebut berhadapan dengan musuh-musuh rakyat. Mereka tegas dengan musuh-musuh
politiknya, walaupun ditegur untuk diperingatkan tetapi dengan pemberi nasi
kangkang pijak semut pun tak mati. Pemimpin yang telah menunaikan haji
sewajarnya mereka melihat kehebatan bangsanya, serlah bahasa jiwa bangsanya,
utamakan bahasa syurganya setelah memuhasabahkan diri di hadapan Kaabah Allah.
Jika belum juga berubah ‘conform’ diakuri jelas pasti bahawa nasi kangkangan sebati
dengan darah mencair di dalam badan mereka.
Serangan tanpa sedar kepada
ekonomi beberapa negara telah melonjatkan jumlah hutang yang sukar disusutkan.
Hutang yang membebankan. Jangan jadikan hutang-hutang itu sebagai komisen
kepada golongan dungu-dungu. Sebagai perbandingan, apabila harga minyak mentah
dunia merudum kerana dinilai menurut pasaran harga global yang dikawal oleh
Amerika Syarikat.
Harga minyak mentah global yang
sepatutnya dikawal oleh OPEC tidak berlaku pengawalan ke atasnya oleh
negara-negara anggota OPEC itu. Bukan sahaja tidak mengawal pengeluaran minyak
mereka tetapi terus melipat gandakan pengeluarannya sehingga diberitakan Arab Saudi enggan
mengekang dan menghadkan pengeluaran minyaknya supaya harganya tidak terkawal
dan berlambakan dipasaran. Akhirnya, harga minyak mentah global jatuh menjunam
seperti MH17 ditembak oleh pesawat pejuang MIG-29 milik Ukraine seperti yang diberitahu
oleh Rusia.
Dalam alam ini, umat Islam yang
cerdik akan memenangi peperangan. Dan yang dungu-dungu suka berkomplot dengan
dajal. Golongan dungu-dungu itu suka dibelenggu dan terbelenggu oleh
ilusi-ilusi yang dicipta oleh mereka sendiri. Jati dirinya lemah, jiwa
merdekanya merudum. Awasi permainan dajal, termasuklah menyorok MH370.
Ingat, jangan makan nasi
kangkangan. Jangan mendajal. Bebaskan diri dari belenggu dajal.
Senario harga minyak yang semakin
menyusut adalah suatu peperangan tanpa
pengisytiharan. Jangan seronok harga minyak mentah global turun kerana
peperangan baru bermula. Pejuang-pejuang Daulah Islamiyah pula memalukan
golongan dajal di arena antarabangsa, manakala peluru-peluru berpandu Rusia
diletakakan dalam keadaan bersiap siaga dan demikian juga peluru-peluru
berpandu Korea Utara.
Kerana peperangan tanpa
pengisytiharan.
Kesan nyata dari penurunan harga
minyak mentah global itu apabila pejuang-pejuang Daulah Islamiyah dapat
mengawal beberapa telaga minyak yang berpotensi untuk melumpuhkan ekonomi
global. Pemerintah Daulah Islamiyah juga telah mengisytiharkan urusniaganya
menggunakan dinar emas dan dirham perak. Maka bermulalah minyak mentah global
menyerap merudum secara sistematik.
Persenkongkolan Amerika Syarikat,
NATO/EURO dan sekutu-sekutunya berusaha menyerang pejuang-pejuang Daulah
Islamiyah, ada kaitan dengan penurunan harga minyak mentah pada peringkat
global itu. Impaknya terkena kepada Rusia.
Selepas ini kita hendak melihat
siapa yang cerdik antara kumpulan Amerika Syarikat NATO/EURO dan sekutunya,
atau kumpulan BRICS atau/dan pejuang-pejuang Daulah Islamiyah yang sedang merintis
selangkah demi selangkah menebas halangan-halangan
bagi menjulang kegemilanganya semula.
Memandangkan pengeluaran minyak mintah
global dikawal oleh teknokrat-teknokrat minyak, mereka pun licik juga
memanipulasikan harga pasaran, penghantaran dan eksport importnya. Melalui
urusniaga seperti itu akan melonjatkan keuntungan berlipat ganda yang telah
dijangkakan. Mereka tidak kisah hutang-piutang orang lain walaupun adik-beradik,
yang penting pelan jangka panjang, ruang peluang terdedah dimanfaatkan seperti
perancangan disepakati. Negara-negara yang berpaut dengan ekonomi minyak dan menurut
harga pasaran minyak mentah global akan menerima kesan langsung dari penurunan
harga minyak mentah itu. Ia adalah suatu permainan yang pernah berlaku sebelum
ini. Orang dungu-dungu terbelenggu oleh bisikan-bisikan dajal.
Peperangan tanpa pengisytiharan
juga berlaku bukan sahaja melalui
minyak, tetapi juga dengan air, udara, tanah, laut, ekonomi dan sabotaj.
Jika perlu kepada pembuktian akan
didedahkan kemudian melalui halaman ini secara anekdot. Untuk perinciannya perlulah kepada kajian dan dibentangkan tesis yang dihasilkan oleh anak-anak watan bangsa ini bagi menjelaskan
susur-galurnya.
Sesungguhnya Allah s.w.t. bersama orang-orang yang beriman.
Sesungguhnya Allah s.w.t. bersama orang-orang yang beriman.
Bersedialah menghadapi peperangan
tanpa pengisytiharan.
No comments:
Post a Comment