NASIHAT LUKMAN HAKIM: "WAHAI ANAKKU, TIADA AMALAN SOLEH TANPA KEYAKINAN DENGAN ALLAH TAALA. SESIAPA YANG MEMPUNYAI KEYAKINAN YANG LEMAH MAKA AMALANNYA JUGA MENJADI CACAT."

Blogger Widgets Blogspot Tutorial

Saturday 6 December 2014

TPM TERIMA IJAZAH DOKTOR KEHORMAT MENGEMBANGKAN BAHASA MELAYU MERENTASI SEMPADAN ASIA TENGGARA



TPM TERIMA IJAZAH DOKTOR KEHORMAT DARI BFSU

TIMBALAN Perdana Menteri, Y.A.B. Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin, menerima anugerah Ijazah Kehormat Doktor Persuratan dari Universiti Pengajian Antarabangsa Beijing (BFSU) di Beijing pada 2 Disember 2014. Anugerah itu diberikan bagi menghargai peranan beliau dalam bidang pendidikan serta meningkatkan kerjasama antara Malaysia dan China di samping Pengembangan Bahasa Melayu di Republik Rakyat China. Anugerah disampaikan oleh Presiden BFSU, Professor Peng Long sempena lawatan Timbalan Perdana Menteri ke BSFU di Beijing, hari itu.

Memartabatkan Bahasa Melayu bukan sahaja diperkasakan oleh penutur-penutur bahasa tersebut di kawasan Asia Tenggara tetapi sehingga merentasi sempadan di negara pahlawan legenda Laksamana Cheng Ho di Beijing, China.

Jika pihak Pusat Pengajian Melayu China, Universiti Pengajian Antarabangsa Beijing, sanggup menganuggerahkan Ijazah Kehormat Doktor Persuratan kepada Timbalan Perdana Menteri, maka ia telah memberi isyarat bahawa pemerkasaan Bahasa Melayu bukan sahaja di terima di negara tersebut  (BFSU) tetapi wajar dikumandangkan di Bangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, digemakan suaranya gemerlapan di dewan persidangan tersebut.

Semua keperluan-keperluan yang sewajarnya disediakan untuk menjayakan perkara tersebut berada di tangan tokoh-tokoh yang berwibawa, terpulanglah kepada kita sama ada meniatkan untuk melonjatkan bahasa jiwa bangsa atau  bersaing dengan memartabatkan Muet. Kepelbagai etnik yang mewarnai sesebuah negara wajar ditunjangi oleh bahasa ibunda negara itu sendiri supaya pematuhan kepada jati diri masyarakatnya terus gemilang sepanjang zaman.


----------------

SELASA, 2 DISEMBER 2014 @ 10:15 AM
Muhyiddin terima Ijazah Kehormat Doktor Persuratan BFSU

Daripada Junita Mat Rasid di China



BEIJING: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menerima anugerah Ijazah Kehormat Doktor Persuratan dari Universiti Pengajian Antarabangsa Beijing (BFSU).

Anugerah itu diberikan bagi menghargai peranan beliau dalam bidang pendidikan.

Anugerah disampaikan oleh Presiden BFSU, Professor Peng Long sempena lawatan Muhyiddin ke BSFU.

Muhyiddin turut merasmikan Program Pengembangan Bahasa Melayu di Republik Rakyat China.

Beliau turut mengucapkan penghargaan yang tinggi kepada BFSU dan pemerintah China yang bermurah hati mengurniakan ijazah kehormat berkenaan.

"Saya dengan rendah hati menerima kurniaan ini dan menyambutnya sebagai tanda persahabatan antara dua negara sahabat," katanya.

Turut hadir, Duta Besar Malaysia ke China, Datuk Iskandar Sarudin; Pengarah Pusat Pengajian Melayu China BFSU, Professor Wu Zong Yu dan Ketua Pengarah DBP Datuk Dr Awang Sariyan.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Nasihat Lukman Al-Hakim: “Anakku, apabila sesiapa datang kepada kamu dengan aduan bahawa si anu telah mencabut kedua-dua biji matanya dan kamu lihat dengan mata kepala sendiri bahawa kedua-dua biji matanya tercabut, namun janganlah kamu sampai kepada sesuatu kesimpulan sebelum kamu mendengar pihak yang lain. Tidak mustahil orang membuat aduan itulah yang mula-mula mencabut mata orang lain, boleh jadi sebelum kehilangan kedua-dua biji matanya dia telah mencabutkan empat biji mata orang lain.”