NASIHAT LUKMAN HAKIM: "WAHAI ANAKKU, TIADA AMALAN SOLEH TANPA KEYAKINAN DENGAN ALLAH TAALA. SESIAPA YANG MEMPUNYAI KEYAKINAN YANG LEMAH MAKA AMALANNYA JUGA MENJADI CACAT."

Blogger Widgets Blogspot Tutorial

Thursday, 18 December 2014

KETUA-KETUA PENGAWAL



KETUA-KETUA PENGAWAL MELULUSKAN PERUNTUKAN
Ketua pengawal adalah individu-individu yang terlibat dalam mengawasi aktiviti-aktiviti pentadbiran, operasi dan hubungan antara agensi-agensi dibawah pengawasannya dengan agensi lain dalam dan luar negara. Mereka pula adalah individu-individu yang bergerak aktif supaya agensi-agensi tersebut mematuhi polisi-polisi yang telah ditetapkan yang diluluskan oleh mereka sendiri. Kadang-kadang polisi-polis tersebut terpaksa dilanggar kerana mengekang pergerakan-pergerakan aktiviti-aktiviti dan kelulusan duit-duit diluar dari prosedur-prosedur biasa, sama ada yang melibatkan duit jumlahnya satu sen atau sehingga kepada berbilion ringgit. 

Masyarakat kurang mengambil tahu dan tiada kepentingan kepadanya menyebabkan mereka tidak tahu perkara-perkara terhadap aset-aset dan  aliran wang tunai yang dibelanjakan oleh agensi-agensi kerajaan dan swasta. Mereka pula membiarkan perlakuan-perlakuan tersebut kerana beranggapan bahawa Ketua Pengawal itu telah menjalankan kerja-kerjanya mengikut peraturan piawaian yang telah ditetapkan. Kerana tanggungjawabnya memegang amanah umat ini.

Kadang-kadang terdengar ada agensi-agensi membayar gaji yang melibatkan puluhan ribu tentera tetapi tentera-tentera tersebut tidak wujud, manakala bayaran untuk agensi-agensi itu berterusan sehingga terbongkar apabila bertukarnya Ketua Pengawal pentadbiran atau suatu penyiasaan dilakukan.

Terdapat juga agensi-agensi membuat bayaran kepada ratusan sekolah-sekolah dengan guru-gurunya ribuan orang, ia berterusan dibayar kerana Ketua Pengawal telah meluluskan peruntukan-peruntukan perbelanjaan tersebut, ia terbongkar apabila bertukar gantinya Ketua-Ketua Pengawal atau ada penyiasataan kerana ada isu-isu berbangkit.

Kita juga mendengar peruntukkan ratusan juta diberikan kepada individu-individu dari kalangan rakan keluarga yang telah diperaku oleh Ketua Pengawal kerana aktif melakukan kerja-kerja kebajikan kerana masyarakat lain dungu-dungu tiada keupayaan melakukan kerja-kerja kebajikan itu. Ia belum terbongkar kerana insan-insan mulia lebih bersikap senyap daripada proaktif.

Ada juga tiupan angin memberitahu aliran kelulusan untuk pinjaman kepada rakan-rakan dan keluarga yang melibatkan jutaan ringgit  yang diluluskan oleh ketua Pengawal atas dasar kapasitinya membantu rakan-rakan berniaga kerana masyarakat yang tidak tahu menyapu sampah tidak layak menerima pinjaman rundingan terus. Mereka hanya layak untuk pinjaman ketekunan.

Berita yang sampai kesahihannya belum dibuktikan tentang ada agensi mengeluarkan baucar bayaran atau invois tuntutan tetapi spesifikasi kerja tidak dilakukan. Bayaran berdasarkan perakuan Ketua Pengawal dan terdapat kes membuat kerja menggunakan nama orang lain seolah-olahnya kerja-kerja tersebut dilakukan oleh nama-nama tersebut, berselindung dengan nama orang lain. Perkara seumpama ini sukar diselongkar jika Ketua Pengawal berpakat dengan dajal seperti yang dinyatakan dalam laporan ketua Audit Negara peningkatan barang yang tidak munasabah sehingga berlaku ketirisan.

Dalam senario lain pula dikhabarkan satu golongan dituduh sebagai  ‘Bughah’ di negeri utara Semenanjung Malaysia dikenali sebagai Memali telah diserang hendap sehingga membunuh belasan individu tidak berdosa dan bersalah termasuk anggota pasukan keselamatan tertembak atau ditembak dengan senjata M16. Selepas beberapa tahun terbongkar rahsia tersebut bahawa Ketua Pengawal berada di dalam negeri tetapi memalingkan kuasanya kepada Ketua Pengawal lain  bukan melancong di negara China seperti yang dikhabarkan oleh media massa ketika itu. 

Rentetan dari peristiwa ‘Bughah’ tersebut bertali arus perlakuan-perlakuan mendajal merompak khazanah umat untuk dijadikan tahi-tahi yang membusuk. 


Antaranya:

1. Semenanjung Malaysia bergelap semalaman kerana serangan dajal melumpuhkan aktivitri-aktiviti perniagaan pada malam tersebut dengan menghentikan aliran arus elektrik dari pusat penjana elektrik ke pencawang-pencawangnya.

2. Pembelian-pembelian barangan terbuang keretapi dengan dinilai mengikut harga pasaran telah melumpuhkan agensi tersebut dan untuk melengkapkan plot ceritanya dijual tanah-tanah bernilai berpotensi sepanjang laluannya termasuk tanah di Tanjung Pagar, sehingga hari ini Keretapi Tanah Melayu terpaksa menggemis kepada tanah-tanah miliknya  yang dipaksa jual itu, ia menjadi penyewa tegar.

3. Kehebatan Radio dan Televisyen Malaysia (RTM) yang pada suatu ketika dahulu amat dikagumi, kini hanya  tayangan umum. Ia tidak diaktifkan untuk membelah pemikiran umat zaman ini dan bersaing dipasaran terbuka supaya memercu kegemilangan umat terserlah. Untuk merakyatkan penduduk 30 juta wajar bahasa jiwa bangsa diperkasa bagi mengatasi bahasa-bahasa pesaingnya. Ia diletakkan di atas mereka, memayungi bahasa-bahasa asing itu. Ia akan menjayakan wawasan 2020 menjadikan penduduk 70 juta jiwa.

4. Pengganas melakukan rompakan kem tentera di Grik Perak dalam tempoh lima minit selori senjata dan peluru canggih telah dilarikan. Satu keistimewaan pengganas itu kerana mereka berkubu 100m dari tepi Sekolah Rendah Kebangsaan Jenalek, Sauk, Kuala Kangsar Perak kerana Allah s.w.t. menetapkan dalam akal pengganas-pengganas itu supaya berkubu di situ jangan pergi jauh-jauh menyebabkan panglima gagah apabila menziarahi mereka tergetar-ketar pengganas-pengganas tersebut terus menyerah diri. Senjata M16 yang diacukan kepada panglima pula hanya ditepis sahaja. Tetapi kesian dua anggota keselamatan mati di lokasi kejadian dan tiga pengganas dihukum gantung sampai mati walaupun terketar-ketar melihat panglima datang menziarahi mereka.

5. Pengganasan Lahad Datu amat menarik kerana pengganas-pengganas itu memilih masa untuk melakukan komplot empat bulan sebelum pilihanraya umum dan menghilangkan diri dua bulan sebelum pengundian dijalankan. Pengganas-pengganas Lahad Datu itu barangkali belajar dari pengganasan WTC Washington DC pada 11 September 2001, dua bulan selepas pengganasan WTC itu, Afghanistan sebuah negara miskin diserang ceroboh untuk dijadikan pusat strategik di Asia Tengah oleh Amerika Syarikat. Tetapi kesian kepada para prajurit negara mereka ditembak mati ketika masuk waktu salat Isyak bagi kawasan Lahad Datu dan kawasan-kawasan yang sama waktu dengannya. Allahu Akhbar.


Berikut adalah susun lapis Ketua-Ketua Pengawal yang kuasa-kuasa mereka itu diturun menurunkan bagi memudahkan pelaksanaan aktiviti-aktiviti kelulusan perbelanjaan harta-harta negara, susun lapis ini barangkali ada kekurangannya atau berlebihan. Ia hanya sebagai contoh susunan ketua-ketua pengawal pentadbiran awan dan swasta di seluruh dunia:-


1.       King.
2.       Presiden.
3.       Timbalan Presiden.
4.       Perdana Menteri.
5.       Timbalan Perdana Menteri.
6.       Menteri Pertahanan Dan Keselamatan
7.       Menteri Kewangan
8.       Ketua Setiausaha.
9.       Timbalan Ketua Setiausaha.
10.     Menteri (Mengetuai agensi-agensi kerajaan).
11.     Timbalan Menteri.
12.     Ketua Setiausaha Kementerian.
13.     Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian.
14.     Ketua Pengarah
15.     Ketua-Ketua Agensi/Ketua Pegawai Eksekutif.
16.     Pengarah.
17.     Timbalan Pengarah.
18.     Ketua Penolong Pengarah.
19.     Pegawai Pentadbiran.
20.     Pegawai Keselamatan Maklumat( Penghantar Surat).







No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Nasihat Lukman Al-Hakim: “Anakku, apabila sesiapa datang kepada kamu dengan aduan bahawa si anu telah mencabut kedua-dua biji matanya dan kamu lihat dengan mata kepala sendiri bahawa kedua-dua biji matanya tercabut, namun janganlah kamu sampai kepada sesuatu kesimpulan sebelum kamu mendengar pihak yang lain. Tidak mustahil orang membuat aduan itulah yang mula-mula mencabut mata orang lain, boleh jadi sebelum kehilangan kedua-dua biji matanya dia telah mencabutkan empat biji mata orang lain.”