NASIHAT LUKMAN HAKIM: "WAHAI ANAKKU, TIADA AMALAN SOLEH TANPA KEYAKINAN DENGAN ALLAH TAALA. SESIAPA YANG MEMPUNYAI KEYAKINAN YANG LEMAH MAKA AMALANNYA JUGA MENJADI CACAT."

Blogger Widgets Blogspot Tutorial

Thursday, 25 December 2014

IKLAN-IKLAN YANG MENYINDIR



IKLAN-IKLAN YANG MENYINDIR
Suatu iklan di Astro Awani melalaui pautan Bisnes Awani telah memaparkan  kepada penonton tentang tokoh-tokoh utama negara diletakan  di barisan bawah berbanding dengan ketua CEO yang dilantik atas ihsan diletakkan di atas sebagai lambang status kuli. Tidak pasti sama ada iklan yang dipaparkan itu direka khas seperti itu atau  memang dibuat seperti itu kerana ada agenda tertentu untuk memberitahu kepada umum bahawa CEO itu diletakkan di atas, kemudian gambar-gambar pemimpin-pemimpin utama negara di belakangnya.

Dalam iklan-iklan, keutamaan tidak diberikan kepada pemimpin utama negara ia adalah suatu yang mendukacitakan terutamanya yang melibatkan iklan-iklan yang berulang-ulang ditayang.  Sepatutnya pemimpin-peminpin yang mengendalikan media massa hendaklah peka dengan iklan-iklan yang merendah-rendahkan martabat pemimpin utama negara ini.

Sewajarnya kepimpinan utama negara diutamakan dari segi pemberitaan kecuali terdapat isu-isu semasa yang memerlukan pemaparan berita utama.

Kepada pengarah-pengarah berita dan iklan sila beri keutamaan disiplin pemberitaan.

Walaupun iklan-iklan itu direka khusus dibayar tetapi sila hentikan menyindir pemimpin-pemimpin utama negara. Jangan ulangi lagi.








No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Nasihat Lukman Al-Hakim: “Anakku, apabila sesiapa datang kepada kamu dengan aduan bahawa si anu telah mencabut kedua-dua biji matanya dan kamu lihat dengan mata kepala sendiri bahawa kedua-dua biji matanya tercabut, namun janganlah kamu sampai kepada sesuatu kesimpulan sebelum kamu mendengar pihak yang lain. Tidak mustahil orang membuat aduan itulah yang mula-mula mencabut mata orang lain, boleh jadi sebelum kehilangan kedua-dua biji matanya dia telah mencabutkan empat biji mata orang lain.”