DAUN-DAUN KERING GUGUR |
Menggunakan sidang siaran langsung dari lokasi-lokasi terpilih terutamanya cerdik-cerdik pandai dari Amerika Syarikat dipanggil memberikan pandangan supaya para pendengar akan terbuai-buai sambil minum kopi atau bagi mereka yang suka minum arak bersama ketulan aisnya, bukan menunjukkan dari lokasi kapal-kapal pencari yang sukar dipertanggungjawabkan sebagaimana plot cerita-cerita kehilangan MH370 bermula pada pukul 12.41 tengah malam pada pagi 8 Mac 2014 sehingga mengalami tragedi di Lautan Hinda sukar dipertanggungjawabkan. Kesahihannya zero. Budak-budak sekolah rendah pun faham cerita-cerita panglipurlara.
Sebulan dua ini senyap kisah
MH370. Barangkali memberi laluan kepada isu penembakan MH17 kerana MH370 dan
MH17 adalah adik-beradik sekandung dari ibu bapa yang sama. Tetapi cerita MH17
malap, seperti menurut telunjuk. Dalam
kes MH17 macam pesawat MAS itu bukan milik negara, ia lebih dimonopoli oleh
Amerika Syarikat, Belanda dan Kesatuan Eropah. Supaya difahami bahawa MH17
ditembak di Grabovo, Donetsk .
Senyapnya kisah MH370 itu kerana
sukarnya untuk menyelesaikan masalah-masalah teknikal dan taktikal yang
melibatkan binatang sumpah-sumpah. Bacaan surah al-Fatihah di radio dan
televisyen juga turut senyap. Senyap bersama perginya puting beliung yang
melanda beberapa kawasan negeri-negeri di negara ini.
Dajal-dajal penembak MH17 pula
telah dikenal pasti tetapi masih lagi mendapatkan bukti-bukti sahih sebagaimana
diberitahu oleh kerajaan Malaysia ,
ia memerlukan setahun lagi untuk melengkapkan siasatan.
Begitu juga kisah lembu betina
pada zaman Nabi Musa a.s. Pelbagai dalih digunakan bagi membuktikan bahawa yang
melakukan pembunuhan kepada Pak Ciknya itu orang lain buka diri pengadu. Pelbagai
alasan dikemukakan. Anak saudara pula tamak sanggup membunuh Pak Ciknya untuk
mewarisi harta-harta itu. Kerana simati mewarisi
harta yang banyak. Jika zaman ini barangkali harta peninggalan tersebut bernilai
berjuta-juta jumlahnya. Lalu dicarilah perkara-perkara yang wajar dicari dan
diusul satu demi satu. Dipendekkan ceritanya, akhirnya kebenaran terbukti juga
apabila saksi-saksi memberitahu siapakah pembunuhnya, bagaimana cara ia dibunuh
dan kenapa ia dibunuh? Kes-kes MH370 dan MH17 juga akan terbongkar kerana zaman
akan berubah. Jika mereka yang terlibat juga senyap akan disumpah menjadi binatang
sumpah-sumpah dan dibisikkan ditelinga mereka:
“Wahai pesakit psikiatri, ambillah ketenangan dari bisikan-bisikan dari
makhluk yang membisik-bisik, taubatlah kerana pejuang-pejuang ninja akan
mengajar penceroboh-penceroboh dan pembunuh-pembunuh termasuk yang berkomplot
mendajal menyorok MH370. Taubatlah. Taubatlah. Taubatlah. Jangan sampai nyawa
sudah dihujung halkum pada ketika itu tiada maaf bagimu sebagaimana
pengintip-pengintip, penceroboh-penceroboh dan mereka yang dungu-dungu bersekongkol
apabila ditawan oleh pejuang-pejuang Daulah Islamiyah tiada ampunan bagi mereka
lagi, kerana telah diberi amaran dan
peringatan, sebelum jatuh hukum. Beringatlah.”
CEO MAS telah gugur. Diganti
dengan CEO anak watan yang berkaliber. Suatu keistimewaan CEO MAS dahulu ketika
menghadiri sidang akhbar beliau gugup dan sukar untuk melontarkan pandang
kerana semua sumber yang diketahuinya sukar diluahkan kerana beliau hanya
pegawai yang dilantik: ‘saya yang menurut perintah’. Pada suatu peringkat
beliau hanya dijadikan hiasan sahaja berdiri tanpa bercakap. Begitulah nasib
individu yang ikhlas akan dipergunakan kebaikan-kebaikannya oleh golongan dajal.
Apabila khidmat beliau tidak
diperlukan lagi maka berlakulah episod-episod untuk memantapkan MAS supaya
menjulang mercu namanya pada masa akan datang. Sebenarnya anak-anak watan yang
berkaliber amat ramai di negara ini. Memandangkan anak-anak watan itu tidak
pandai menyapu cat rumah, pendidikan mereka pula dalam negara sahaja, Muet
mereka dibawah band 4 dan hubungan akrab mereka dengan masyarakat kurang mesra
menjadikan nama-nama mereka menjadi pemain simpanan sahaja. Mereka pula akan kekal
menjadi pemain simpanan sampai bila-bila, walaupun nama-nama mereka
kadang-kadang dibisik-bisikkan bagi memaling-malingkan isu sebenarnya.
Dalam kes kehilangan MH370 ada
beberapa individu yang bersuara:-
1. PM
- Enggan berjumpa dengan waris-waris.
2. Pemangku
Menteri Pengangkutan - Jurucakap sehingga berbuih-buih mulut.
3. CEO DCA - Menjadi ketua panglipurlara.
4. KPN-Bercakap
sambil senyum, tidak serius.
5. CEO
AirAsia - Mengulas mendahului sidang akhbar Menteri.
6. CEO
MAS - Menjadi mangsa keadaan.
Selepas ini kita hendak melihat
betapa kukuhnya ikatan besi yang dipateri. Sekeras-kerasnya apabila terkena
embun dan matahari sampai saatnya ia akan berkarat dan merelaikan besi-besi
tersebut.
Menjadilah emas tulen, jangan
menjadi emas tiruan yang kerap dicelup untuk menggilapnya.
No comments:
Post a Comment