NASIHAT LUKMAN HAKIM: "WAHAI ANAKKU, TIADA AMALAN SOLEH TANPA KEYAKINAN DENGAN ALLAH TAALA. SESIAPA YANG MEMPUNYAI KEYAKINAN YANG LEMAH MAKA AMALANNYA JUGA MENJADI CACAT."

Blogger Widgets Blogspot Tutorial

Tuesday, 30 December 2014

PASPORT PENGGANASAN DIAKHIRI



PASPORT PENGGANASAN DIAKHIRI
Biasa didengar pengganas-pengganas sesama pengganas kejar-mengejar sehingga  berlaku tembak-menembak di antara mereka untuk menyelesaikan pengganasan yang bermaharajalela di kalangan mereka. Dilihat kepada trend pengganasan itu tembak-menembak dilakukan di jalanan kawasan terpencil, kawasan-kawasan jin bertandang dan jauh dari suara-suara kanak-kanak.

Suatu pengganasan yang dilakukan oleh pihak yang beruniform selalu menjadi tajuk utaman media massa, walau bagaimanapun, perkara seperti itu dinafikan oleh mereka apabila perkara-perkara tersebut didedahkan oleh media massa dan menjadi bualan masyarakat.

Pelajar-pelajar Mexico diculik oleh pihak beruniform sehingga berlaku demontrasi berterusan yang mengundang kepada penglibatan keluarga, sahabat handai dan masyarakat setempat bersuara mendesak pihak kerajaan. Mereka melakukan demontrasi itu dengan tujuan mendesak pihak beruniform membebaskan dan  melepaskan pelajar-pelajar sekolah seramai 40 orang yang ditahan oleh mereka. Tetapi tetap tidak diendahkan oleh pihak beruniform.

Pihak beruniform mengekang pergerakan pelajar-pelajar pengajian tinggi yang dikecualikan daripada memakai pakaian beruniform  kerana dibisik-bisikkan oleh golongan dewasa. Motifnya adalah calon-calon yang menjadi pentadibir-pentadbir Hong Kong mestilah melalui tapisan yang dilakukan oleh pihak berkuasa China.

Pihak beruniform mengadakan komplot huru-hara di dalam penjara  dengan tujuan-tujuan tertentu dan untuk menyelesaikan huru-hara tersebut lalu diangkat M16 menembak banduan-banduan tersebut walapun banduan-banduan yang berada dibarisan hadapan itu telah tunduk dan mohon perlindungan. Tetapi ketua penjara tidak menghiraukannya menghabiskan satu magazein kelopak peluru yang ada di dalamnya.

Ada juga pihak beruniform mengejar kenderaan pengganas yang enggan berhenti lalu mengejarnya sambil mengangkat senjata dihalakan kearah kenderanan yang memecut laju itu. Penembakan bertalu-talu tanpa menoleh ke kiri dan kanan lagi telah menyelesaikan masalah. Setelah tembakan mengenai sasaran lalu kenderaan yang dipandu pengganas itu terbabas di tepi jalan dan berhenti. Apabila diperiksa di dapati di dalam kenderaan itu seorang pelajar yang telah terkulai mati. Menurut pasukan beruniform di dalam kenderaan itu terdapat senjata

Berlaku juga intipan di kawasan tol ketika suspek menghampiri kawasan tol maka pasukan penembak yang telah bersedia itu menaburkan beberapa das  tembakan kepada suspek. Apabila kenderaan suspek diperiksa di dapati terdapat senjata di dalamnya walaupun  kenyataan pihak beruniform itu dinafikan oleh kelurga suspek yang ditembak mati itu. Suspek pula telah mati tidak dapat berkata-kata menjawab pertuduhan kepadanya.

Seorang ketua menteri telah melalui sekatan jalan dan apabila diselongkar bonet kenderaannya di dapati senjata jenis M16 terdapat di dalamnya sehingga kini tiada maklumat mengenainya. Ketua menteri itu sudah tidak aktif berpolitik lagi.

Terdapat juga pihak beruniform melakukan tahanan reman kepada individu, pada keesokan harinya keluarga suspek diminta menuntut mayat mangsa dihospital kerana mangsa mati mengejut.

Ada juga pasukan beruniform telah didatangi oleh mangsa kerana diarah datang untuk membuat laporan tentang isu-isu yang berbangkit. Beberapa jama selepas itu mangsa didapati tertiarap di bahagian bangunan yang didatanginya itu, manakala pintu tingkap pula ternganga. Setelah dibuat perbicaraan sehingga di peringkat rayuan, maka Mahkamah Persekutuan mengarahkan penyiasan semula dilakukan untuk mengetahui punca kematian mangsa kerana ada laporan kesan-kesan lebam dan luka dalam kepada mangsa.

Ada juga pasukan beruniform yang mengawal suasana setempat lalu mengadakan rondaan sebagai ‘rutain’ mengawal keadaan tetapi sayang mereka ditembak hendap ketika perjalanan balik ke pangkalan.

Terdapat juga pasukan beruniform menggunakan peluru hidup berpesta menembak para demontrasi kerana menentang rampasan tentera oleh tentera Mesir.

Pasukan beruniform Israel melakukan aksi-aksi brutal menembak menggunakan peluru hidup kepada para peserta demontrasi kerana menghalang pasaukan beruniform menghalau mereka dari kampong halam tercinta.

Terkini pasukan bukan beruniform menyerang sekolah tentera Pakistan di Pesawar yang beruniform. Mereka melakukan kontra kepada aksi-aksi yang dilakukan oleh pasukan beruniform diseluruh alam.

Termasuk juga seorang awam telah melakukan penembakan kepada pasukan beruniform ketika berada dalam kenderaan. Pasukan beruniform itu ditembak mati di dalam kenderaan mereka.

Perlakuan-perlakuan kejadian yang dirakamkan itu adalah sebahagian dari ribuan kes-kes yang melibatkan penembakan dan kematian kejadian sebenarnya, ia diceritakan semula dengan olahan-olahan berbeza dengan cerita-cerita sebenarnya.











No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Nasihat Lukman Al-Hakim: “Anakku, apabila sesiapa datang kepada kamu dengan aduan bahawa si anu telah mencabut kedua-dua biji matanya dan kamu lihat dengan mata kepala sendiri bahawa kedua-dua biji matanya tercabut, namun janganlah kamu sampai kepada sesuatu kesimpulan sebelum kamu mendengar pihak yang lain. Tidak mustahil orang membuat aduan itulah yang mula-mula mencabut mata orang lain, boleh jadi sebelum kehilangan kedua-dua biji matanya dia telah mencabutkan empat biji mata orang lain.”