NASIHAT LUKMAN HAKIM: "WAHAI ANAKKU, TIADA AMALAN SOLEH TANPA KEYAKINAN DENGAN ALLAH TAALA. SESIAPA YANG MEMPUNYAI KEYAKINAN YANG LEMAH MAKA AMALANNYA JUGA MENJADI CACAT."

Blogger Widgets Blogspot Tutorial

Monday, 1 December 2014

MH370 DALAM PENGAWASAN JIN-JIN LAUTAN HINDI


MH370 DALAM PENGAWASAN JIN-JIN LAUTAN HINDI
MH370 masih dalam pengawasan jin-jin Lautan Hindi. Mereka adalah jin-jin yang bersiap siaga 24 jam. Mereka berbuat sedemikian kerana ada habuan untuk mengenyangkan perut-perut mereka. Supaya buncit. Kelibat-kelibat mereka sukar dikenal pasti kerana mereka sama seperti pejuang-pejuang ninja yang sukar dikenal pasti. Bezanya mereka seperti semut hitam bergerak waktu malam. Apabila waktu siang mereka melakukan aktiviti seperti manusia normal. Bila menjelang malam mereka menjadi jin-jin Lautan Hindi.

Tentera-tentera Amerika Syarikat pula tidak memakai ninja kecuali apabila berlaku demontrasi di St. Louis, Ferguson  atau mereka adalah anggota-anggota SWAT. Mereka dikenal pasti kerana tidak memakai ninja. Apabila tentera-tentera Amerika Syarikat  atau pemberi-pemberi maklumat menjadi pengintip-pengintip dan melakukan kerja-kerja kebajikan kemanusiaan mudah dikenali kerana pejuang-pejuang ninja Khilafah Islamiyah ramai dari kalangan warga Amerika Syarikat. Mereka mengenali tentera Amerika Syarikat tetapi sebaliknya tentera Amerika Syarikat tidak mengenali pejuang-pejuang ninja Khilafah Islamiyah dari warga Amerika Syarikat. Mereka hanya dikenali apabila membuat perakuan secara terbuka dan membuka pakaian ninja mereka.

Kehebatan penyamaran mereka itu menyebabkan Amerika Syarikat tidak akan memenangi peperangan di wilayah Daulah Islamiyah. Amerika Syarikat mesti berhati-hati menghadapi manusia-manusia yang bergabung dengan Khilafah Daulah Islamiyah. Kesukaran Amerika Syarikat menangani pejuang-pejuang ninja itu kerana mereka adalah pejuang-pejuang warga Amerika Syarikat.

Dalam kumpulan jenis darah: Darah jenis A sepadan dengan darah jenis A, darah jenis B sepadan dengan darah jenis B, darah jenis AB sepadan dengan darah jenis AB,darah jenis A akan menolak darah jenis B dan demikian juga darah jenis B akan menolak darah jenis A. Darah jenis AB dan O pula boleh menderma kepada semua darah jenis A, B, AB dan O. Jika dibuat perbandingan; darah jenis AB dan O itu adalah pejuang-pejuang ninja Khilafah Islamiyah kerana pelbagai warga negara dari seluruh negara anggota PBB menjadi pejuang-pejuang Khilafah Islamiyah tanpa menerima elaun dan imbuhan-imbuhan manakala anggota pengaman PBB menerima pelbagai ganjaran apabila diarah bertugas di negara-negara bergolak. Wilayah Daulah Islamiyah menerima sesiapa sahaja yang mengabungkan diri bersama-sama dengan mereka seperti darah jenis AB atau darah jenis O.

Dalam dunia strategik, pembangunan teknologi adalah suatu kemestian supaya mudah memantau dan mempercepatkan proses kerja. Cepat dapat duit dan mempercepatkan masa berlalu. Antara teknologi yang terkini boleh membantu meneropong MH370 adalah satelit. Rusia dan China memiliki satelit-satelit itu. Mereka sedang mengintip-intip meneropong. Manakala satelit-satelit Amerika Syarikat dan British seperti main sorok-sorok, sembunyi dan cari. Satelit-satelit negara anggota-anggota PBB yang lain akan berbisik-bisik terlebih dahulu sebelum mendedahkannya, jika mereka menemui MH370.

Kenapakah MH370 belum ditemui? kerana jin-jin Lautan Hindi merancang untuk masa hadapan dan permainan silap mata yang berlaku pada waktu malam kelam. Ringkasnya, perkongsian strategik belum dimuktamadkan.

Jika kita berada pada zaman Nabi Sulaiman a.s., kita boleh meminta bantuan kepada ahli nujumnya, seorang yang saleh untuk mengangkat MH370 supaya terapung di ruang udara Kuala Lumpur Internasional Airport (KLIA) atau diparkirkan di sana, sebagaimana ahli nujum Ashif telah mengangkat dan mengalihkan istana Ratu Balqis sebelum mata Nabi Sulaiman a.s. berkerdip, istana tersebut telah berada dihadapan Baginda a.s.. Walaupun Ashif tidak bersama kita tetapi Allah s.w.t. melalui Junjungan Besar Rasulullah s.a.w. telah menunjuk jalan kepada orang-orang beriman. Sesiapa yang berpegang teguh dan menuruti ajaranya tidak akan sesat sampai bila-bila iaitu berpegang teguh dengan  al-Quran dan As-Sunnah.

Kita pula tidak boleh mengharapkan bomoh yang beraksi di KLIA dengan buah kelapa dan buluh yang mereka bawa khusus untuk mendemontrasikan supaya individu-individu berakal meneliti secara kritis bayangan-bayangan yang cuba dilontarkan supaya mereka yang melihatnya berfikir jika pun tidak benar aksi-aksi mereka itu tetapi sekurang-kurangnya mereka telah memberikan perlambangan tentang ilusi-ilusi yang mereka fikirkan yang dilakukan oleh golongan-golongan dajal berkomplot itu.

Kita juga langsung  tidak menerima dari perakuan-perakuan golongan dungu yang mendungu-dungukan diri mereka sendiri bagi menunjukkan plot-plot dan cerita-cerita Pak Pandir, Pak Kadok, Pak Belalang, Lebai Malang dan Si-Lunchai dalam cerita-cerita panglipurlara. Atau mendengar cerita-cerita hasil imajinasi-majinasi yang telah difilemkan melalui cerita-cerita tahyul, hantu jadian atau ilusi-ilusi yang terpasak di otak yang tidak dipandu oleh hikmah. 

Anggaplah cerita-cerita tersebut sebagai cereka-cereka menghiburkan hati yang lara kerana hukuman akan dijatuhkan kepada dajal-dajal yang kerap mendajal. Mereka pula belum bertaubat.

Ambillah pelajaran daripada kisah-kisah Abu Nawas dalam hikayat yang terkenal dalam cerita 'seribu satu malam'.

Hiduplah sebagai seorang insan yang dilahirkan oleh ibu-ibu merdeka.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Nasihat Lukman Al-Hakim: “Anakku, apabila sesiapa datang kepada kamu dengan aduan bahawa si anu telah mencabut kedua-dua biji matanya dan kamu lihat dengan mata kepala sendiri bahawa kedua-dua biji matanya tercabut, namun janganlah kamu sampai kepada sesuatu kesimpulan sebelum kamu mendengar pihak yang lain. Tidak mustahil orang membuat aduan itulah yang mula-mula mencabut mata orang lain, boleh jadi sebelum kehilangan kedua-dua biji matanya dia telah mencabutkan empat biji mata orang lain.”