NASIHAT LUKMAN HAKIM: "WAHAI ANAKKU, TIADA AMALAN SOLEH TANPA KEYAKINAN DENGAN ALLAH TAALA. SESIAPA YANG MEMPUNYAI KEYAKINAN YANG LEMAH MAKA AMALANNYA JUGA MENJADI CACAT."

Blogger Widgets Blogspot Tutorial

Thursday, 4 December 2014

CERITA-CERITA PENDATANG



CERITA-CERITA PENDATANG
Kecerdikan berpolitik dan kegeligaan memahami sesuatu isu memercu kejayaan umat untuk terus gemilang sepanjang zaman. Sejarah melukiskan tentang beberapa negara bangsa yang berjaya dibangunkan kerana golongan-golongan pendatang berhijrah di kawasan-kawasan yang strategik itu. Mereka datang dengan pelbagai maksud dan tujuan. Jika maksudnya baik maka akan bertambah baiklah kawasan tersebut. Sebaliknya jika tujuannya kerana ada sesuatu hajat untuk kepentingan diri dan kelompoknya maka ia akan memperolehinya juga seperti yang dihajatinya. 

Walau bagaimanapun ia bergantung kepada penerimaan penduduk pribumi setempat dan golongan yang datang ke kawasan pribumi tersebut.

Berikut adalah anekdot tentang cerita-cerita pendatang yang menguasai sesuatu wilayah.


  1. Negara Bangsa Madinah

Madinah
Bangsa Madinah dibangunkan oleh insan yang mulia. Semulia-mulia insan di muka bumi. Ia dibangkitkan untuk menghapuskan kedajalan dan kefasadan supaya keharmonian dapat diwujudkan kepada masyarakat sejagat. Golongan Ansar penduduk asal Madinah  mengalu-alukan kehadiran golongan Muhajirin untuk tinggal bersama mereka. Semua keperluan para Muhajirin itu dipenuhi hajat mereka termasuk tempat tinggal, makanan dan dijodohkan mereka itu dengan anak-anak tempatan. Mereka adalah bangsa yang  dimuliakan oleh Allah s.w.t., dan dimuliakan oleh makhluk di langit dan bumi. Kehebatan golongan itu kerana setelah  diberi amaran dan peringatan kepada golongan Yahudi tetapi  masih berkomplot melakukan kedajalan  lalu mereka  dihalau dari Madinah dengan cara terhormat. Akhirnya bangsa Yahudi menjadi pelarian sepanjang zaman.


  1. Negara Bangsa Amerika Syarikat

Amerika Syarikat
Bangsa Amerika Syarikat dibangunkan dengan hasil pencerobohan dan pembunuhan  kepada penghuni pribumi  negara tersebut iaitu ‘etnik Red Indian. Mereka terpaksa disingkirkan untuk memudahkan pembangunan-pembangunan di tanah-tanah yang subur dan hutan belukar yang terbentang luas itu untuk memudahkan ditebas diusahakan tanah-tanahnya. Halangan-halangan kearah kejayaan dapat diatasi walaupun terpaksa membunuh jutaan warga Red Indian seramai satu juta orang dalam tempoh satu bulan. Pemcerobohan-pencerobohan dan pembunuhan-pembunuhan itu adalah suatu pengorbanan untuk membunuh warga pribumi Amerika Syarikat untuk kejayaan kepada generasi warga Amerika Syarikat pada hari ini. Ia adalah suatu kejahatan membunuh anak pribumi kerana untuk mengambil harta karun yang tertanam di buminya. 

.

  1. Negara Bangsa Filipina

Filipina
Sepanyol telah mendarat di kepulauan kesultanan Sulu bagi merangka suatu perancangan pelan untuk melebarkan kawasan jajahan yang akan memberi peluang dan pulangan kepada negara mereka. Menjadi kebiasaan mana-mana kuasa penjajah yang datang untuk mendapatkan hasil mahsul bumi tersebut maka akan di angkatnya bersama-sama mereka rakyat atau penduduk dari luar kawasan tersebut. Apa yang terjadi kepada kesultanan Sulu adalah suatu manifestasi dari dasar-dasar perluasan penjajahan dengan kuasa teknologi terutamanya dalam bidang bedilan telah dimiliki oleh mereka di samping konsesi perebutan dan pembahagian kawasan direncanakan disepakati. Kuasa yang dimiliki oleh kesultanan Sulu telah dilumpuhkan, kini mercunya hanya tinggal saki baki kesultan Sulu adalah pemerintah Brunei ketika ini. Suatu ketika dahulu kesultanan Sulu memanjang penguasaannya dari Filipina sehinggalah ke Borneo.


  1. Negara Bangsa Malaysia

Malaysia
Malaya pada asalnya berada dalam suasana kampong tradisi  Melayu. Apabila terdapatnya hasil-hasil bumi yang kaya dan tanah-tanihnya pula subur, maka untuk mengatasi masalah buruh mengusahakan galian-galian bumi dan tanah-tanih subur itu, diimportlah secara berbondong-bondong bangsa-bangsa dari tanah besar India dan China untuk membantu mengeluarkan hasil-hasil yang terperap itu dan memanfaatkan buminya yang subur. Kawasannya pula strategik, menjadi persinggahan kapal-kapal dagang antara Timur dan Barat. Makmurlah tanah Melayu dengan berlakunya entrepot berpusat di Singapura. Beberapa kali pertempuran berlaku di antara anak-anak pribumi dengan penjajah yang angkuh untuk merebut kawasan yang strategik. Perlakuan-perlakauan tersebut berlaku sehinggalah bangsa Malaysia terbentuk hasil daripada persefahaman yang ditunjuk oleh pihak penjajah.


  1. Negara Bangsa Daulah Islamiyah


Daulah Islamiyah
Terbentuknya Daulah Islamiyah adalah hasil daripada siri-siri pembunuhan yang dilakukan oleh golongan-golongan dajal yang bersifat angkuh, sombong dan bangga dengan kehebatan teknologi-teknologi mereka seperti yang mereka tunjukkan kepada negara Jepun pada 6 dan 9 Ogos 1945 sehingga meranapkan Hiroshima dan Nagasaki; membunuh ratusan ribu penduduk wilayah tersebut kerana dihentam oleh bom atom Amerika Syarikat. Daripada pengalaman pembunuhan yang berterusan yang dilakukan oleh dajal-dajal di Palestin, Afghanistan dan Iraq sehingga membunuh jutaan warga negera-negara tersebut, barangkali kemunculan pejuang-pejuang Daulah Islamiyah akan menghukum golongan-golongan tersebut kerana bebas menghukum, membunuh dan merencanakan sesuatu kepalsuan untuk disogokkan kepada umum bahawa apa yang mereka lakukan adalah suatu kepalsuan untuk dibenarkan. Igauan-igauan akan menanti dajal-dajal nanti. Pejuang-pejuang Daulah Islamiyah pula adalah pendatang-pendatang dari pelbagai negara dari seluruh pelusuk dunia yang identiti mereka sukar dikenal pasti. Mereka akan memenangi peperangan berhadapan dengan dajal-dajal yang mendajal kerana kesukaran mengenal pasti identiti mereka. Dajal-dajal wajar berwaspada kerana mereka bergerak bebas di muka bumi ini.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Nasihat Lukman Al-Hakim: “Anakku, apabila sesiapa datang kepada kamu dengan aduan bahawa si anu telah mencabut kedua-dua biji matanya dan kamu lihat dengan mata kepala sendiri bahawa kedua-dua biji matanya tercabut, namun janganlah kamu sampai kepada sesuatu kesimpulan sebelum kamu mendengar pihak yang lain. Tidak mustahil orang membuat aduan itulah yang mula-mula mencabut mata orang lain, boleh jadi sebelum kehilangan kedua-dua biji matanya dia telah mencabutkan empat biji mata orang lain.”