NASIHAT LUKMAN HAKIM: "WAHAI ANAKKU, TIADA AMALAN SOLEH TANPA KEYAKINAN DENGAN ALLAH TAALA. SESIAPA YANG MEMPUNYAI KEYAKINAN YANG LEMAH MAKA AMALANNYA JUGA MENJADI CACAT."

Blogger Widgets Blogspot Tutorial

Sunday 28 December 2014

PYONGYANG MARAH, AMERIKA SYARIKAT MENGALIHKAN PERHATIAN



PYONGYANG MARAH, AMERIKA SYARIKAT
 MENGALIHKAN PERHATIAN

Peringatan kepada Amerika Syarikat, Pyongyang dan Korea-Korea (Korea Utara dan Korea Selatan).



Amerika Syarikat merangka perang saraf dengan Pyongyang kerana sukar menerima penyatuan Korea-Korea yang terpisah itu. Ia cemburu kerana Korea-Korea itu saling merujuk dan berkahwin semula, selepas itu ia ternganga. Ia hanya akan menerima perkahwinan tersebut jika cengkamannya kukuh sebagaimana kukuhnya cengkaman kepada Jerman.


Pyongyang amat marah kepada Amerika Syarikat kerana sebuah filem mereka-mereka cerita untuk menunjukkan tentang pemimpin utama negara itu berlakun.
Dan aksi-aksi yang jauh daripada sifat-sifat yang dimiliki oleh pemimpin mereka.
Seperti langit dengan bumi.

Direka-reka.
Ilusi-ilusi mendajal.
Bersifat menghina.
Bagi mengelak kemarahan Pyongyang, Amerika Syarikat menuduh pihak Pyongyang kononnya telah menggodam akses Sony Pictures sehingga mengalami kerugian jutaan dolar yang bersekongkol mengenai cerita-cerita yang direka-reka.

Maka sidajal pun meminta ganti rugi daripada Pyongyang atas alasan dungu-dungu.

Mengapakah Amerika Syarikat tidak menuduh Pyongyang melakukan penggodaman sebelum didedahkan filem yang menceritakan rekaan-rekaan pemimpin utama Korea Utara itu berlakun?

Apakah modus operandi tersebut ada kaitan untuk membangkitkan kemarahan Pyongyang lalu diberitahu kepada khalayak/PBB konon-kononya tidak berkerjasama dengan masyarakat antarabangsa?

Itukah wajah sebenar Amerika Syarikat menggunakan agensi lain, individu tertentu atau negara asing lalu menuding kesalahan kepada negara yang memang dimusuhinya dan menyatakan sokongan kepada proksinya seolah-olahnya ia tidak terlibat berpakat merancang perkara tersebut?

Atau/lalu membantutkan penyatuan Korea-Korea, kerana filem direka-reka itu, begitukah perancangannya?

Filem itu pula dpromosikan, diiklankan secara meluas supaya bukan sahaja masyarakat Amerika Syarikat mendengar dan melihatnya tetapi diberitahu kepada golongan dungu-dungu yang tinggal terpencil dipelbagai pelusuk alam agenda-agenda yang tersembunyi itu.
Suatu kelicikan untuk mengalih perhatian dari penyatuan Korea-Korea kepada kemarahan Pyongyang dengan filem direka-reka dilakunkan ditayang secara terbuka kepada umum untuk ditontoni oleh orang ramai.

Manakala penggodaman kepada Sony Pictures adalah bersifat subjektif, umum dan tidak diketahui siapa penggodamnya.
Ia tuduhan-tuduhan terbuka, melulu bukan bersifat specifik sebagaimana Amerika Syarikat membuat tuduhan-tuduhan menyatakan bahawa MH17 ditembak oleh pemisah Donetsk menggunakan peluru berpandu yang dibekalkan oleh Rusia.
Sehingga hari ini Amerika Syarikat belum membuktikan tuduhan-tuduhan yang beliau lontarkan itu, sebagai kontra kepada pendedahan-pendedahan yang dikemukakan oleh Rusia.
Kini masyarakat antarabangsa masih menunggu-nunggu pendedahan kedua daripada Amerika Syarikat tentang manusia yang menembak MH17 kerana penembak itu bukan seekor binatang.
Sila kemukakan bukti?
Barangkali tunggu setahun atau bertahun-tahun lagi kemudian baharu diputuskan, siapakah dajalnya dan proksi-proksi yang beraksi dibelakangnya?
Hebat.
Hebat.

Tuduhan-tuduhan Amerika Syarikat itu adalah ulangan-ulangan yang pernah dilakukannya kepada Afghanistan sebuah negara miskin untuk dirampasnya kerana geografinya strategik.
Selepas tuduhan-tuduhan kepada Afghanistan, dalam tempoh dua bulan selepas tuduhan-tuduhan dilakukan, Amerika Syarikat mengarahkan tenteranya bersekongkol dengan NATO menceroboh Afghanistan kawasan yang antara terindah di dunia dan strategik.
Suatu perlakuan yang dilakukan oleh Amerika Syarikat untuk merampas harta milik orang lain.

Tetapi dengan Pyongyang jangan lakukan!

Jika Amerika Syarikat ingin melakukannya juga, akan dilihat selepas ini permainan-permainan bunga-bunga api dan roket-roket dilancarkan menerangi langit menghala kawasan-kawasan strategik Amerika Syarikat.
Ia bukan sahaja kedengaran bunyi-bunyian ketika bunga-bunga api dan roket-roket itu dilancarkan tetapi lagi meriah apabila ia mendarat kedengaran bunyi-bunyian beraneka ragam dentumannya sebagaimana apabila Presiden Iraq Saddam Hussein melancarkan Scud ke Israel pada 2003 bersorak-sorak seronok kanak-kanak Palestin meraikannya.
Barangkali bunga-bunga api dan roket-roket yang dilancarkan nanti sebagai tanda meraikan: ‘Selamat datang tahun 2015, Ahlan wasahlan ya marhaban bikum’.

Amerika Syarikat sewajarnya tidak mengalihkan perhatian masalah-masalah dalaman dalam negaranya kepada negara yang dianggapnya boleh dimakan, ditelan dan ditangani seperti virus Ebola, Afghanistan, pemisah Ukraine, sekatan kepada Rusia, Daulah Islamiyah dan terkini Pyongyang.

Amerika Syarikat belum lagi menerima tindakbalas dari BRICS, EURO dan pejuang-pejuang yang bertebaran diseluruh alam. Jangan paksa mereka bertindak.

Amerika Syarikat diperingatkan dan diberi amaran bahawa negara-negara miskin boleh bertindakbalas jika mereka terdesak dan diasak bertalu-talu.

Amerika Syarikat bernasib baik kerana Rusia dan China berdiam diri, tidak mengikut rentak dan bertindak secara agresif aktif; beraksi dibelakang tabir, bermuka-muka dan bertindak kepada golongan yang tidak disukainya.
Tetapi apabila bunga-bunga api dan roket-roket telah diluncurkan sukar dipastikan sikap berkecuali mereka lagi.

Manusia lain juga ingin hidup.
Jangan mengugut orang lain.
Mereka adalah manusia-manusia merdeka.
Jangan cabar mereka.

Dalam krisis Amerika Syarikat-Pyongyang itu, ia adalah barah kepada Amerika Syarikat. Sebab itu ia sengaja memasang sensetiviti Pyongyang kerana ada imbalannya.
Ia bangkitkan isu, wujudkan perang saraf, ugut mengugut, melaga-lagakan, ia adalah pencatur yang difahami kepada Korea-Korea itu dan juga pencatur kepada negara dungu-dunga yang terbelit kerana politik dalaman, hutang-piutang, ekonomi dan strategik yang dirangkakan olehnya.

Beberapa petanda bahawa Korea-Korea itu akan bermesra dan berkahwin semula, mereka akan melangsungkan perkahwinan pada bila-bila masa untuk membina hidup baru dan melahirkan zuriat-zuriat bersurat beranak KOREA, dan jika mereka melancung memakai passport KOREA tetapi Amerika Syarikat penghalangannya dan melihat ia sebagai suatu yang wajar dilengah-lengahkan, dihalang atau dihasut bergaduh supaya percantuman Korea-Korea itu terbantut, batal dan tidak menjadi kenyataan sebagaimana Jerman Barat dan Jerman Timur dapat disatukan menjadi kesatuaan Jerman.

Sukar dibayangkan jika Korea-Korea berkahwin.
Duit akan hilang.

Dalam merangka strategik pelbagai kebarangkalian boleh berlaku dan sensitif dengan perubahan-perubahan tiupan angin apatah lagi dihadirkan agen-agen bagi mendapatkan maklumat-maklumat yang tepat untuk menangani masa hadapan.

Hari ini Amerika Syarikat bertindak melakukan kedajalan dan menuduh orang lain bersalah sebelum perbicaraan dilakukan.
Ia juga akan melakukannya kepada merka yang tidak disukainya.
Kepada golongan dungu-dungu, ambil perhatian dan berhati-hati ya.

Ia pula mengugut negara-negara yang boleh diugutnya.

Amerika Syarikat sifatnya suka mencetuskan sesuatu kes, isu atau peristiwa lalu melakukan tuduhan, mendakwa dan menghakimi mengikut kehendaknya.
Kes-kes yang dibawa dan diselia olehnya.
Isu-isu dibangkitkan olehnya.
Peristiwa-peristiwa dilakukan oleh pengganas-pengganasnya.
Ialah polis.
Ialah penuduhnya.
Ialah pendakwa.
Ialah hakim.
Ia membolot semuanya sehingga golongan dungu-dungu ternganga melilih air liur.

Amerika Syarikat mesti belajar ajaran Islam supaya kesombongan tidak melampau. Banyak negera-negara lebih hebat dari Amerika Syarikat sebelum ini tetapi semuanya telah musnah.
Musnah bersama kesombongan mereka.
Hancur.
Hanya tinggalan catatan sejarah yang sempat dicatatkan.
Amerika Syarikat jangan mengikut langkah kemusnahan itu.
Musnah ditelan oleh zaman.
Ingatlah contoh yang terbentang itu.

Wujudkan strategik membina jangan mendajal.
















No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Nasihat Lukman Al-Hakim: “Anakku, apabila sesiapa datang kepada kamu dengan aduan bahawa si anu telah mencabut kedua-dua biji matanya dan kamu lihat dengan mata kepala sendiri bahawa kedua-dua biji matanya tercabut, namun janganlah kamu sampai kepada sesuatu kesimpulan sebelum kamu mendengar pihak yang lain. Tidak mustahil orang membuat aduan itulah yang mula-mula mencabut mata orang lain, boleh jadi sebelum kehilangan kedua-dua biji matanya dia telah mencabutkan empat biji mata orang lain.”