NASIHAT LUKMAN HAKIM: "WAHAI ANAKKU, TIADA AMALAN SOLEH TANPA KEYAKINAN DENGAN ALLAH TAALA. SESIAPA YANG MEMPUNYAI KEYAKINAN YANG LEMAH MAKA AMALANNYA JUGA MENJADI CACAT."

Blogger Widgets Blogspot Tutorial

Monday, 15 December 2014

ULAT-ULAT BERBICARA



ULAT-ULAT BERBICARA
Ulat sifatnya hanya memakan sesuatu untuk menggemukkan dirinya. Untuk kehidupan. Ulat-ulat pula ada yang bertasbih kepada Allah s.w.t. kerana ia diciptakan menjadi ulat bersifat haiwan bukan dijadikan sebagai manusia yang berakal, boleh berfikir dan merancang masa hadapan, mendaulatkan ajaran Islam supaya keberkatannya meratai semua lapisan masyarakat yang menduduki negara ini. Sifat kesyukuran mereka melampaui kesyukuran golongan manusia yang dungu-dungu yang hanya memikirkan untuk membuncitkan perut-perut. Menjadikan ulat-ulat itu sebagai contoh kerana setiap saat bertasbih kepada Allah s.w.t. supaya martabat semakin meningkat, makamnya diangkat dan kehidupannya diberkati sepanjang zaman.

Ulat-ulat pula tidak memikirkan tentang kehebatan Islam. Peraturan, kaedah dan matlamatnya. Mereka hanya menyokong dari belakang. Mendoakan kejayaan umat ini. Baginya biarlah ia menjadi ulat yang patuh kepada sunnatullah, tidak mendajal, mendungu-dungukan manusia dan bersekongkol dengan penceroboh-penceroboh dan pembunuh-pembunuh umat Islam yang berlaku sepanjang zaman. Kerana golongan dajal bodoh berlakun, tetapi umat Islam membantu mereka untuk memperbaiki atau menyediakan skrip-skrip pincang yang disediakan itu. Contoh: Menyorok MH370, memartabatkan Muet dan pengganas Lahad Datu dajal bertopengkan manusia mulia membunuh prajurit negara tercinta pada waktu Isyak gelap kelam.

Walau bagaimanapun, umat Islam yang bersekongkol dengan dajal itu telah diketahui dan difahami kerana Rasulullah s.a.w. memperingatkan melalui: ‘Kitabullah dan Sunnatul Rasul.’ Mereka pula tidaklah sehebat yang difikirkan. Mereka itu dungu-dungu tapi berkomplot. Yang bahayanya ialah doa-doa golongan yang teraniaya. Kini doa golongan yang teraniaya itu telah dimakbulkan terutamanya di wilayah Daulah Islamiyah. Penceroboh-penceroboh dan pembunuh-pembunuh sedang diajar dan dihukum di sana.

Ia adalah doa yang benar. Sumpahan bagi dajal.

Ulat-ulat pula berdoa kepada mereka yang akan mengangkat martabat umat. Baginya biar ia lepas dari sesuatu isu asalkan keperluan dirinya cukup kerana telah ditetapkan oleh Allah s.w.t.

Cuma ulat-ulat berbicara tentang manusia yang dipergunakan oleh golongan dajal untuk kepentingan mereka termasuklah ilmuan yang berilmu, pakar-pakar yang terpimpin, pemuda-pemuda yang cerdas, kanak-kanak yang aktif, masyarakat umum yang mengetahui imbasan-imbasan lepas yang diketahui dan difahami boleh diperguna dan ditetapkan. Mereka pula tiada pendirian.

Apabila sesuatu masyarakat telah mengamanahkan hala tuju mereka kepada individu-individu yang mereka fikirkan sesuai memimpin mereka maka ketaatan pun dicurahkan kepadanya. Ada perkara-perkara yang para pemimpin itu mengetahui tentang masyarakatnya, rahsia-rahsia sekecil-kecilnya sehingga sebesar-besarnya bukan sahaja melibatkan rakyat tetapi melibatkan harta-harta, negeri, negara dan negara luar. Ia pula boleh menyatu dan merosakkan hubungan antara negeri-negeri kerana mereka berada dibawah penguasaannya. Merancangkan kebaikan atau merosakkan keharmonian.

Dalam keadaan seperti itu mereka juga menyembunyikan sesuatu perkara kerana ada hak-hak rakyat di atasnya tetapi tetap disembunyikann dari pengetahuan umum kerana ada kepentingan diri dan masa hadapan, bukan untuk kemaslahatan umat. Pada suatu peringkat masyarakat mempertikai kewajarannya memimpin dan mengendalikan urusan-urusan mereka seperti yang berlaku di negara-negara yang telah berlaku seperti di St. Louis Ferguson Missouri Amerika Syarikat, Mesir dan Syria.

Adalah diperingatkan kepada pemimpin-pemimpin yang memaling-malingkan sesuatu isu yang melibatkan kemaslahatan umat supaya menginsafi dosa-dosa yang lalu, kerana Allah s.w.t. tidak akan memberi pertolongan dan tiada kebaikan baginya. Walaupun barangkali kelihatan kemewahan-kemewahan terpampang di hadapan dipautnya. Semua fatamorgana-fatamorgana itu adalah bersifat sementara. Ia akan hilang bersama hilangnya ketibaan kematian. Kematian itu adalah peringatan yang terbaik. Ia semakin hampir sebagaimana apabila menghampiri fatamorgana ia pun hilang bersama ilusi-ilusi yang difikirkan. Kematian-kematian itu selalu terpampang di hadapan mata.

Allah s.w.t. menjanjikan suatu kebaikan dan pertolongan yang berpanjangan kepada mereka yang mentaati dan patuh dengan ajaran Allah s.w.t.. Makhluk di langit dan di bumi setiap saat mendoakan kebaikan dan menyingkirkan dosa-dosa yang telah dilakukan bagi diri dan masyarakat yang dipimpinnya. Pahala datang mencurah-curah dari pelbagai arah yang tidak disangka-sangka. Masyarakat bersyukur di atas limpah kurnia yang tidak putus-putus itu. Keyakinan umat ini kepada Allah s.w.t. dan kepada pemimpin yang diberkati melambung seratus peratus. Doa masyarakat umum mengiringi doa Allah s.w.t. kepada pemimpin-pemimpin yang didoakan keberkatannya kerana menjunjung al-Quran ajaran Islam.

Adalah suatu kedukaan apabila ramai cerdik pandai sehingga puluhan ribu lepasan pengajian tinggi setiap tahun,  ratusan ribu pemimpin-pemimpin yang beraksi dipelbagai peringkatan pekerjaan tetapi tidak  memberi manfaat kepada masyarakat umum kerana keperitan hidup yang semakin mengcengkam kehidupan mereka. Pemimpin-pemimpin peringkat atasan pula seperti tertutup ruang-ruang meringankan bebanan masyarakat umum itu dan masih mencari-cari jalan penyelesaian kearah tersebut.

Menjadi suatu yang tragis  apabila penguatkuasa dan pegawai-pegawai yang diberikan amanah sejak awal pagi-pagi lagi dalam kemurkaan Allah s.w.t. dan waktu  petang juga dalam kemurkaan Allah s.w.t.. Manakala pada masa-masa tertentu masyarakat dijadikan penampan kepada pelbagai aktiviti-aktiviti untuk kepentingan pentadbiran mereka. Kadang-kadang menggunakan istilah-istilah ‘kesukarelaan, kemanusiaan dan kebajikan/anak-anak yatim.’

Kepada masyarakat umum adalah dinasihatkan supaya berwaspada dari anasir-anasir yang apabila tulang empat  kerat mereka diperlukan maka berlakulah pujukan, senyuman kerohanian, meraih sokongan dan memanfaatkan tenaga mereka tetapi apabila tidak diperlukan lagi oleh anasir-anasir tersebut kerana berada dalam ‘zon selesa’ maka berlakulah penindasan, tekanan hidup dan keperitan yang sukar diluahkan untuk pengetahuan umum yang tidak dipedulikan juga apabila diluahkan, kerana masing-masing dalam nafsi-nafsi. 

Menjadilah ulat-ulat yang bertasbih kepada Allah s.w.t. bukan menjadi ulat-ulat yang hanya membuncitkan perut-perut mereka.






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Nasihat Lukman Al-Hakim: “Anakku, apabila sesiapa datang kepada kamu dengan aduan bahawa si anu telah mencabut kedua-dua biji matanya dan kamu lihat dengan mata kepala sendiri bahawa kedua-dua biji matanya tercabut, namun janganlah kamu sampai kepada sesuatu kesimpulan sebelum kamu mendengar pihak yang lain. Tidak mustahil orang membuat aduan itulah yang mula-mula mencabut mata orang lain, boleh jadi sebelum kehilangan kedua-dua biji matanya dia telah mencabutkan empat biji mata orang lain.”