Islam
memberi penangguhan kepada mereka yang melakukan dosa-dosa. Dosa
kecil atau dosa besar kecuali syirik kepada Allah s.w.t.. Kesan
daripada penangguhan-penangguhan itu memberi peluang kepada manusia
untuk menginsafi dosa-dosa yang pernah dilakukan. Mohonlah ampun
kepada Allah s.w.t. kerana mendajal dan kejadian-kejadian yang diluar
dari jangkaan adalah suatu yang tidak terfikir oleh akal manusia
kerana sifat-sifat kemanusiaannya menjadikan ia berubah-ubah;
melakukan dosa-dosa, meninggalkan dosa-dosa dan makamnya meningkat
mengiringi sifat-sifat orang-orang yang mendahului melakukan
kebajikan seperti yang diwahyukan oleh Allah kepada Nabi Muhammad
s.a.w. untuk pedoman orang-orang yang inginkan pedoman dan bertaubat
dari dosa-dosa yang lalu.
Menyedari
dari kesilapan-kesilapan yang lalu maka Allah s.w.t memberi ruang
untuk bertaubat. Bertaubatlah, wahai manusia. Islam senentiasa
menerima taubat golongan bertaubat.
“Dengan nama
Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Apabila
berlaku hari kiamat itu,
Tiada
sesiapapun yang dapat mendustakan kejadiannya.
Kejadian hari
kiamat itu merendahkan (golongan yang ingkar), dan meninggikan (golongan yang
taat).
(Ia berlaku)
semasa bumi bergoncang dengan sebebar-benar goncangan.
Dan
gunung-ganang dihancur leburkan dengan selebur-leburnya,
Lalu
menjadilah ia debu yang bertebaran,
Dan kamu pula
menjadi tiga puak (yang berlainan keadaannya);” (Al-Quran,
surah Al-Waaqi’ah ayat 1-7 )
Diakhirat
manusia dibahagi kepada tiga golongan
+
“Iaitu puak
pihak kanan; alangkah bahagianya keadaan puak pihak kanan itu?
Dan puak
pihak kiri; - alangkah seksanya keadaan puak pihak kiri itu?
Dan (puak
yang ketiga pula ialah) orang-orang yang telah mendahului (dalam mengerjakan
kebaikan di dunia), - yang akan mendahului (mencapai balasan yang
sebaik-baiknya di akhirat kelak);” (Al-Quran,
surah Al-Waaqi’ah ayat 8-10 )
Balasa
kepada golongan mendahului beriman
“Mereka
itulah orang-orang yang didampingkan (di sisi Allah),
(Tinggal
menetap) di dalam Syurga-syurga yang penuh nikmat.
(Di
antaranya) sekumpulan besar dari umat-umat manusia yang terdahulu;
Dan
sebilangan kecil dari orang-orang yang datang kemudian.
(Mereka duduk
di dalam Syurga itu) di atas takhta-takhta kebesaran yang bertatahkan permata;
Sambil
berbaring di atasnya dengan berhadap-hadapan.
Mereka
dilayani oleh anak-anak muda lelaki yang tetap kekal (dalam keadaan mudanya),
yang sentiasa beredar di sekitar mereka, -
Dengan
membawa piala-piala minuman dan tekoh-tekoh serta piala atau gelas yang berisi
arak (yang diambil) dari sungainya yang mengalir.
Mereka tidak
merasa pening kepala dan tidak pula mabuk dengan sebab menikmatinya.
Dan juga
(dibawakan kepada mereka) buah-buahan dari jenis-jenis yang mereka pilih,
Serta daging
burung dari jenis-jenis yang mereka ingini.
Dan (mereka
dilayani) bidadari-bidadari yang cantik parasnya,
Seperti
mutiara yang tersimpan dengan sebaik-baiknya.
(Semuanya
itu) sebagai balasan bagi (amal-amal baik) yang mereka telah kerjakan.
Mereka tidak
akan mendengar dalam Syurga itu perkataan yang sia-sia dan tiada pula sesuatu
yang menyebabkan dosa; -
Mereka hanya
mendengar ucapan: " Selamat! Selamat! " (dari satu kepada yang lain).” (Al-Quran,
surah Al-Waaqi’ah ayat 11-26 )
Balasan
kepada golongan kanan
“Dan puak kanan, - alangkah
bahagianya keadaan puak kanan itu?
Mereka bersenang-lenang di antara
pohon-pohon bidara yang tidak berduri.
Dan pokok-pokok pisang yang tersusun
rapi buahnya,
Dan naungan yang tetap terbentang,
Dan air yang sentiasa mengalir,
Serta buah-buahan yang banyak,
Yang tidak putus-putus dan tidak
pula terlarang mendapatnya,
Dan tempat-tempat tidur yang tertinggi
keadaannya.
Sesungguhnya Kami telah menciptakan
isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa,
Serta Kami jadikan mereka sentiasa
dara (yang tidak pernah disentuh),
Yang tetap mencintai jodohnya, serta
yang sebaya umurnya.
(Semuanya itu disediakan) bagi puak
kanan;
Iaitu sebilangan besar dari
orang-orang yang terdahulu,
Dan sebilangan besar dari
orang-orang yang datang kemudian.” (Al-Quran,
surah Al-Waaqi’ah ayat 27-40 )
Bersambung
No comments:
Post a Comment