Mulai tahun 2014, selepas nahas MH370 seperti ada suatu trend pihak menteri tidak lagi mengadakan sidang media tentang isu-isu berbangkit termasuklah isu pendatang Asing di Sabah. Adakah mereka tidak lagi mesra media atau media mencari-cari ruang ingin menemui mereka berhubung isu-isu besar tentang kedajalan?
Jika sebelum ini, selepas gotong-royong, melawat tapak, menghadiri program atau aktiviti, atau apa juga situasi jika ada peluang akan dipanggilnya media untuk berbisik-bisik supaya diuar-uarkan oleh media perkara-perkara yang perlu diberitahu. Media pula suka kerana selepas itu ada buah tangan. Tetapi para media bukanlah berhajat sangat dengan ole-ole itu, yang penting sumber beritanya dinyatakan oleh mereka yang berautoriti.
Barangkali nahas MH370 itu adalah angkara dajal yang suka mendajal maka wajarlah menteri mengelak dipalit kerana beliau diserap masuk mengetuai kementerian tersebut selepas diasak oleh dajal menyorok MH370 yang nahas itu. Amerika Syarikat tentu terbelalak matanya apabila membaca istilah dajal.
PM, TPM, Menteri Pengangkutan dan bekas Pemangku Menteri Pengankutan tidak lagi/kurang bersuara tentang penyorokan MH370 dan kini nahas MH370. Jika mereka bersuara akan adalah ulasan-ulasan selepas itu, terutamanya halaman ini akan mengulas jika logiknya kurang daripada mendajalnya.
Banyak sebabnya. Antaranya; halaman ini pernah mengingatkan jangan mengangkat bahasa asing sehingga bahasa jiwa bangsa semacam merajuk. Bahasa asing itu menjadi syarat kepada anak-anak bangsa wajib mengambil kertasnya, jika tidak, denda dan mereka tidak layak digelar graduan pengajian tinggi; sepatutnya anak-anak bangsa itu termasuk pelajar-pelajar luar diwajibkan oleh Kementerian Pendidkan Malaysia mengambil Bahasa Malaysia sebagai syarat kelayakan dianugerahkan graduasi.
Jika diperingkat SPM anak-anak bangsa mendapat kepujian Bahasa Malaysia maka mereka dikecualikan mengambil kertas khas kepujian Bahasa Malaysia itu sebagaimana pelajar-pelajar yang telah mengambil Diploma dikecualikan mengambil kertas-kertasnya apabila mengambil kertas diperingkat Ijazah.
Bangsa lain tidak akan menghormati jasa-jasamu sebagaimana abang-abang Yusuf tidak menghormati bapa mereka dan menyorok adik mereka. Engkau dihormati kerana berkuasa memegang pemerintahan ketika ini. Cuba tengok apabila bersara.
Agak-agaknya jika pilihanraya umum diadakan, undi menterikah atau undi pegawai awam yang akan dipangkah jika trend mendajal berterusan?
Bagi Amerika Syarikat menyorok MH370 perkara kecil sahaja. Ia pernah membunuh jutaan nyawa manusia tidak berdosa termasuk rakyatnya sendiri. Takkanlah perkara-perkara mendajal itu kerap diulang-ulang. Faham-fahamlah ya.
Islam mengingatkan supaya jangan bersekongkol dengan dajal. Hiduplah sebagai manusia yang dirahmati.
No comments:
Post a Comment