NASIHAT LUKMAN HAKIM: "WAHAI ANAKKU, TIADA AMALAN SOLEH TANPA KEYAKINAN DENGAN ALLAH TAALA. SESIAPA YANG MEMPUNYAI KEYAKINAN YANG LEMAH MAKA AMALANNYA JUGA MENJADI CACAT."

Blogger Widgets Blogspot Tutorial

Wednesday, 18 February 2015

KISAH GELANDANGAN MENCURI



Dalam satu pekan, beberapa tahun yang lalu datang dua orang gelandangan berurusan dengan sebuah pejabat kecil kebajikan untuk tujuan mendapatkan pertolongan wang ringgit bagi keperluan-keperluan hidup yang hanya diketahui oleh gelandangan-gelandangan terlibat.

Dalam pejabat kebajikan itu ada tiga orang tetamu manakala pegawai-pegawai pejabat itu pula ada dua orang. Ketika giliran gelandangan itu dipanggil oleh pegawai tersebut maka berlakulah dialog di antara dua orang gelandangan dan seorang pegawai petugas.


Selamat pagi encik”, ucap salah seorang gelandangan.

Selamat pagi,” sila duduk jawab pegawai itu.
Terima kasih, encik.”

Ada apa-apa yang boleh saya bantu?” Tanya pegawai itu memulakan dialog.

Kami mohon bantuan encik, dua hari sudah kami belum makan,” keluh salah seorang gelandangan itu.

Boleh saya tengok kad pengenalan,” minta pegawai itu.


Kedua-dua gelandangan itu mengeluarkan kad penganalan mereka dan menyerahkannya kepada pegawai bertugas. Setelah melalui semakan dokumentasi pegawai itu menyerahkan dua set borang berserta kad pengenalan masing-masing untuk dilengkapkan. Borang telah dilengkapkan dan diserah kembali kepada pegawai bertugas. Pegawai itu menyemak dan menandatanganinya kemudian menyerahkan kembali kad pengenalan bersama sampul berisi wang kepada gelandangan-gelandangan itu mengikut kad pengenalan masing-masing.


Terima kasih, encik,” ucap kedua-dua gelandangan itu.

Sama-sama,” jawab pegawai bertugas.

Dimana kad pengenalan saya?” Tanya seorang gelandangan kepada kawannya.

Mana saya tahu,” jawab yang seorang lagi.


Pegawai yang bertugas pula menyampuk:


Saya telah serahkan kad pengenalan masing-masingkan berserta sampul tadi?” Soal pegawai.

Ya, ya, saya tahu, saya letak di sini tadi?” jawab seorang gelandangan itu.

Jangan-jangan engkau yang ambil,” tuduh gelandangan yang kehilangan kad pengenalan kepada seorang gelandangan lagi.

Awak ni, menuduh sembarangan, prajudis sungguh!” jawab gelandangan yang dituduh itu dengan nada marah.

Awak yang ambil, kita hanya berdua sahaja di sini” tekan gelandangan yang kehilangan kad pengenalan itu.


Setelah bertekak maka berlakulah tumbuk-menumbuk di antara gelandangan itu sehingga memporak-perandakan susunan kerusi-kerusi di kaunter pejabat itu. Semasa bertumbuk itu tercampaklah kad pengenalan itu dari saku gelandangan yang dituduh itu disaksikan oleh gelandangan yang kehilangan kad pengenalan tadi dan pegawai yang bertugas. Apabila disedari oleh gelandangan yang dituduh itu, ia pun cabut lari tanpa memandang kebelakang lagi.

Maka berkatalah gelandangan yang telah kehilangan dan menemui semula kad pengenalannya itu:


Memang dasar pencuri, kawan rapat gelandangan pun dicurinya juga, saya ingatkan beliau mencuri barangan orang lain dan berbohong hanya kepada orang lain tetapi dengan saya, kawan lama ini pun ia sanggup mencuri dan berbohong, entahlah apa akan jadi,” keluh gelandangan yang telah menemui semula kad pengenalannya yang disorok oleh kenalannya itu.


Siakap sinohong gelama ikan duri, bercakap bohong lama-lama mencuri. Akhirnya menyorok MH370. Apabila ditanya kepada Amerika Syarikat dimanakah MH370 disorok? Ia akan jawab tidak tahu.

Insya Allah, pejuang-pejuang Daulah Islamiyah akan membantu golongan-golongan teraniaya. Sama ada orang Islam atau kafir merungkai masalah-masalah hidup mereka. Kita tunggu, masa akan menentukan segala-gelanya. Bersedialah.

Dajal menutup kepalsuan tetapi Islam membuka menyerlah kebenaran.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Nasihat Lukman Al-Hakim: “Anakku, apabila sesiapa datang kepada kamu dengan aduan bahawa si anu telah mencabut kedua-dua biji matanya dan kamu lihat dengan mata kepala sendiri bahawa kedua-dua biji matanya tercabut, namun janganlah kamu sampai kepada sesuatu kesimpulan sebelum kamu mendengar pihak yang lain. Tidak mustahil orang membuat aduan itulah yang mula-mula mencabut mata orang lain, boleh jadi sebelum kehilangan kedua-dua biji matanya dia telah mencabutkan empat biji mata orang lain.”