NASIHAT LUKMAN HAKIM: "WAHAI ANAKKU, TIADA AMALAN SOLEH TANPA KEYAKINAN DENGAN ALLAH TAALA. SESIAPA YANG MEMPUNYAI KEYAKINAN YANG LEMAH MAKA AMALANNYA JUGA MENJADI CACAT."

Blogger Widgets Blogspot Tutorial

Thursday, 19 February 2015

TAKLIF KEPADA YANG TELAH DIBERI PERINGATAN


Iman dan takwa, asalnya adalah keimanan kepada rasul-rasul Allah s.w.t. Secara keseluruhannya beriman kepada penutup sekalian rasul-rasul a.s.; Nabi Muhammad s.a.w.. Keimanan kepadanya itu meliputi keimanan kepada Allah s.w.t., kitab-kitabnya, rasul-rasulnya, malaikat-malaikatnya, hari pembalasannya, qada dan qadarnya.

Kekufuran dan kemunafikan, asalnya adalah keingkaran-keingkaran kepada rasul-rasul a.s. tentang perkara-perkara yang datang bersama mereka yang dibawa dan didakwahnya kepada manusia. Maka keingkaran mematuhi perkara-perkara itu mengkufurinya menyebabkan pelaku-pelakunya layak mendapat azab di akhirat. Kepada golongan yang belum diperingatkan dan risalah dakwah belum sampai kepadanya maka ia terlepas daripada azab tersebut.

Al-Quran memperingatkan dalam surah Al-Isra ayat 15:


A015


“Sesiapa yang beroleh hidayah petunjuk (menurut panduan Al-Quran), maka sesungguhnya faedah petunjuk yang didapatinya itu hanya terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang sesat maka sesungguhnya kesan buruk kesesatannya hanya ditanggung oleh dirinya juga. Dan seseorang yang boleh memikul, tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain (bahkan dosa usahanya sahaja). Dan tiadalah Kami mengazabkan sesiapapun sebelum Kami mengutuskan seorang Rasul (untuk menerangkan yang benar dan yang salah).”


A163
A164


“Sungguhnya Kami telah memberikan wahyu kepadamu (wahai Muhammad), sebagaimana Kami telah memberikan wahyu kepada Nabi Nuh, dan Nabi-nabi yang diutus kemudian daripadanya; dan Kami juga telah memberikan wahyu kepada Nabi Ibrahim, dan Nabi Ismail, dan Nabi Ishak, dan Nabi Yaakub, serta Nabi-nabi keturunannya, dan Nabi Isa, dan Nabi Ayub, dan Nabi Yunus, dan Nabi Harun, dan Nabi Sulaiman; dan juga Kami telah memberikan kepada Nabi Daud: Kitab Zabur.


Dan (Kami telah mengutuskan) beberapa orang Rasul yang telah Kami ceritakan kepadamu dahulu sebelum ini, dan Rasul-rasul yang tidak Kami ceritakan hal mereka kepadamu. Dan Allah telah berkata-kata kepada Nabi Musa dengan kata-kata (secara langsung, tidak ada perantaraan).” ( Al-Quran, surah An-Nisa 163-164 )


A008
A009


“Hampir-hampir ia pecah berkecai-kecai kerana kuat marahnya. Tiap-tiap kali dicampakkan ke dalamnya sekumpulan besar (dari orang kafir), bertanyalah penjaga-penjaga neraka itu kepada mereka: "Tidakkah kamu pernah didatangi seorang Rasul pemberi ingatan dan amaran (di dunia dahulu)?"

Mereka menjawab: "Ada! Sebenarnya telah datang kepada kami seorang Rasul pemberi ingatan dan amaran, lalu kami dustakan serta kami katakan (kepadanya): Allah tidak menurunkan sesuatupun, kamu (wahai orang yang mendakwa menjadi Rasul) hanyalah berada dalam kesesatan yang besar! " ( Al-Quran, surah Al-Mulk 8-9 )


A085


" Demi sesungguhnya! Aku akan memenuhi neraka Jahannam dengan jenismu dan dengan orang-orang yang menurutmu di antara zuriat-zuriat Adam (yang derhaka) semuanya ". ( Al-Quran, surah As-Shad 85 )


Neraka akan dipenuhi oleh Iblis dan mereka yang mengikutnya sehingga ke hari kiamat. Apabila Neraka telah dipenuhi maka ia dipenuhi oleh Iblis dan golongannya. Melalui ayat tersebut dapat difahami bahawa tidak seorang pun akan mengikuti dan memasuki neraka melainkan mereka yang mengikuti syaitan. Ia menjadi dalil bahawa orang yang tidak berdosa tidak akan memasuki neraka. Perkara itu disebabkan mereka tidak mengikuti syaitan sudah tentu mereka bukan golongan pendusta dan berdosa. Neraka tidak akan dimasuki oleh manusia kecuali setelah datangnya hujah kepada mereka melalui rasul dan perantaranya; golongan yang mengikutinya menyampaikan dakwah sebagai penyambung risalah kenabian.

Sesungguhnya ajaklah orang-orang kafir masuk Islam.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Nasihat Lukman Al-Hakim: “Anakku, apabila sesiapa datang kepada kamu dengan aduan bahawa si anu telah mencabut kedua-dua biji matanya dan kamu lihat dengan mata kepala sendiri bahawa kedua-dua biji matanya tercabut, namun janganlah kamu sampai kepada sesuatu kesimpulan sebelum kamu mendengar pihak yang lain. Tidak mustahil orang membuat aduan itulah yang mula-mula mencabut mata orang lain, boleh jadi sebelum kehilangan kedua-dua biji matanya dia telah mencabutkan empat biji mata orang lain.”