NASIHAT LUKMAN HAKIM: "WAHAI ANAKKU, TIADA AMALAN SOLEH TANPA KEYAKINAN DENGAN ALLAH TAALA. SESIAPA YANG MEMPUNYAI KEYAKINAN YANG LEMAH MAKA AMALANNYA JUGA MENJADI CACAT."

Blogger Widgets Blogspot Tutorial

Saturday 7 February 2015

MH370 PERSOALANNYA BELUM TERJAWAB



Pemerintah tergesa-gesa mengguna pakai Deklarasi Chicago. Sepatutnya Malaysia mengarahkan Amerika Syarikat mencari MH370, jika Amerika Syarikat enggan, minta bantuan Rusia pula, jika Rusia tidak boleh minta dengan Australia kerana menterinya memberitahu terperosok didasar laut selatan Lautan Hindi. Jika mereka tidak mampu minta pejuang-pejuang Daulah Islamiyah bagaimana cara-cara yang tepat mengajar golongan-golongan dajal terutama yang bersekutu melakukan kedajalan di muka bumi termasuk menyorok MH370.

Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) dalam tempoh empat bulan dikejutkan oleh dua kecelakaan kepada pesawat-pesawatnya yang senentiasa dipantau arah pergerakannya dan isyarat-isyarat awalnya memberitahu setiap minit supaya pusat kawalan mengetahui perkembangan-perkembangan penerbangannya sehinggalah memasuki ruang udara pihak lain terutama kawasan yang akan didaratkan pesawat tersebut. Oleh kerana pesawat berlepas beberapa minit dan hilang dari pengawasan radar, selepas 6 jam baharulah dihebahkan tentang aktiviti pesawat tersebut.

Walaupun pesawat itu menghasilkan sensor sebagai ciri-ciri keselamatan ia langsung tidak berfungsi kerana disedut oleh golongan dajal.

Suatu yang membanggakan kepada MAS ialah perkhidmatan yang ditawarkannya mengatasi pesaing-pesaing diperingkat antarabangsa kerana rekod-rekod terbaiknya, ketepatan penerbangannya, sumber tenaga mahirnya dan keprihatinan kepada keselamatan-keselamatan pesawatnya. Barangkali kerana ia dipimpin oleh anak-anak watan yang ingin melihat bangsanya dijulang martabatnya. Tetapi yang menjadi masalah kepada MAS, ada tangan-tangan ghaib; seperti tangan ghaib merosotkan MAS, menyorok MH370, TNB bergelap semalaman, Peristiwa Memali, Kem tentera dirompak 5 minit dan Pengganasan Lahad Datu.

Di samping pesawat MAS, dibawa juga perbandingan kepada pesawat lain sebagai memenuhi contoh perbandingan bagi memudahkan penelitian, bukan untuk mendungu-dungu golongan cerdik. Manusia yang hidup era mellinium maklumatnya mudah dicapai, bukan lagi hidup di zaman 60an. Tidak pastilah sama ada Amerika Syarikat masih perfikiran era 60an atau tahun 40an dimana ia mengetuai peperangan dan memenanginya. Tetapi kini Amerika Syarikat sukar memenangi peperangan walaupun ia membawa konco-konconya, ada banyak sebabnya kenapa ia sukar memenangi peperangan. Antaranya MH370 disorok.

Zaman ini adalah era manusia-manusianya celik teknologi maklumat, termasuklah pengintipan dan pengawasan. Tolong jangan menjadi budak Belalang dan bapanya dalam filem Nujum Pak Belalang, arahan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee. Era kini, jangan kabur-kaburkan maklumat teknologinya nanti menjadi golongan dungu-dungu, kerana budak-budak sekolah rendah pun telah celik. Golongan dewasa pun dipulasnya dan ditunjuk ajar olehnya. Ia mendahului aqil balighnya. Tolong lihat persekitaran. Jangan mengikut telunjuk Amerika Syarikat yang masih berfikir dalam kepongpong ilusi-ilusinya. Amerika Syarikat wajib bertaubat dari kedajalannya jika ingin mengekakalkan kekuasaannya. Tolong dengar. Tolong jangan mendajal.

Perbezaan-perbezaan sepintas lalu adalah seperti berikut:

Perkara
Pesawat 1
Pesawat 2
Pesawat 3
Penerbangan
MH370
MH17
QZ8501
Tarikh 
8 Mac 2014
17 Julai 2014
28 Disember 2014
Masa berlepas 
12.41 AM
12.14 PM (Belanda)
05.36 AM
Suasana laluan
Baik, malam kelam
Pusat perang, ditembak
Cuaca buruk, berawan
Destinasi 
KLIA-PEK
KLM-KLIA
SURABAYA-SIN
Jumlah penumpang 
239 orang
298 orang
162 orang
Situasi penumpang
Tidak pasti
Mati semuanya
Mati semuanya
Masa nahas 
Tidak pasti
10.15 PM (Malaysia)
06.18 AM 
Isyarat awal
Tidak pasti
Ditembak
Cuaca buruk
Puncanya
Nahas
Ditembak
Nahas
Pencariannya
Diteruskan walapun diisytiharkan nahas
Selesai
Melengkapkan carian saki baki pesawat dan mayat
Tempoh diketahui
Selepas 6 jam
Terputus radar diketahui serta merta
Terputus radar diketahui serta merta
Media menteri 
02.40 PM
04.30 AM

Bukti-buktinya
Tidak pasti
Serpihan di daratan
Serpihan di lautan
Situasi semasa
Tidak pasti
Nyata
Nyata
Pengisytiharan
Berpandukan Deklarasi Chicago
Nyata
Nyata
Tindakan pemerintah
Isytihar nahas
Senyap
Nahas
Reaksi waris
Desak pemerintah cari
Akur
Akur
Pandangan umum
Komplot dajal
Ditembak oleh MIG-29 milik Ukraine
Nahas
Ulasan keseluruhan
Minta Amerika Syarikat membantu
Amerika Syarikat mesti bertanggungjawab, ia proksi Ukraine
Nahas







No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Nasihat Lukman Al-Hakim: “Anakku, apabila sesiapa datang kepada kamu dengan aduan bahawa si anu telah mencabut kedua-dua biji matanya dan kamu lihat dengan mata kepala sendiri bahawa kedua-dua biji matanya tercabut, namun janganlah kamu sampai kepada sesuatu kesimpulan sebelum kamu mendengar pihak yang lain. Tidak mustahil orang membuat aduan itulah yang mula-mula mencabut mata orang lain, boleh jadi sebelum kehilangan kedua-dua biji matanya dia telah mencabutkan empat biji mata orang lain.”