NASIHAT LUKMAN HAKIM: "WAHAI ANAKKU, TIADA AMALAN SOLEH TANPA KEYAKINAN DENGAN ALLAH TAALA. SESIAPA YANG MEMPUNYAI KEYAKINAN YANG LEMAH MAKA AMALANNYA JUGA MENJADI CACAT."

Blogger Widgets Blogspot Tutorial

Sunday, 8 February 2015

MH370 ISYARATNYA SUKAR DIFAHAMI TETAPI DIRASAI




Peringatan kepada golongan dajal supaya bertaubat dari dosa-dosa dan membebaskan insan-insan mulia yang tidak berdosa kerana menjadi mangsa keadaan.



Allah s.w.t. menjadikan manusia berakal mengatasi makhluk-makhluk yang diciptakanNya, sama ada makhluk di langit atau di bumi. Daripada jenis makhluk sebesar-besarnya seperti ikan paus atau sehalus-halus makhluk seperti zarah.

Melalui akal yang Allah s.w.t. anugerahkan itu menjadikan manusia dapat membezakan nilai-nilai kebaikan dan menolak sifat-sifat kedajalan. Dengan akal tersebut, manusia adalah makhluk yang terbaik diciptakan di antara makhluk-makhluk yang lain di alam ini.


Walaupun manusia makhluk berakal, tetapi akal manusia terbatas dan dibataskan dalam merancang, memahami, menjangkakan atau mendajal sesuatu perkara; yang akan, sedang dan telah berlaku sama ada dari saat ke saat, atau yang akan berlaku pada hari esok, minggu, bulan dan tahun mendatang. Disebabkan manusia tidak memahami perkara-perkara ghaib yang akan berlaku itu, maka adalah diperingatkan dan diberi amaran kepada makhluk bernama manusia supaya senentiasa melakukan muhasabah diri, menginsafi dosa-dosa yang lalu, mempertingkatkan amalan-amalan hasanah, melakukan kerja-kerja kebajikan dan jangan mendajal.

Kepada mereka; individu-individu yang telah diperingatkan dan diberi amaran tetapi berterusan melakukan kedajalan juga maka hukuman menanti mereka. Hukuman-hukman itu akan jatuh hukum di dunia lagi dan berterusan selepas kematian kerana dajal belum dan tidak bertaubat, semasa hayat ketika nyawa berada dihujung halkum.

Peringatan-peringatan dan amaran-amaran itu tersurat dalam al-Quran dan As-Sunnah serta dibahas oleh para ulama yang terlibat di medan lapangan di samping senentiasa diuar-uarkan oleh para ulama kontemporari yang mewakafkan diri mereka untuk menjulang ketinggian umat. Mereka tidak menggunakan peluang-peluang dan ruang-ruang terbentang di hadapan mereka untuk membuncitkan perut-perut mereka. Manakala gelagat-gelagat mereka itu difahami oleh golongan-golongan yang memahami dan dirasai kehadiran mereka oleh masyarakat.




A044
A045


“Dan sesiapa yang disesatkan oleh Allah, maka tidak ada baginya sesudah itu sesiapapun yang dapat menolongnya. Dan engkau akan melihat orang-orang yang zalim semasa mereka menyaksikan azab (pada hari kiamat) berkata: "Adakah sebarang jalan untuk kami kembali ke dunia?"

Dan engkau juga akan melihat mereka didedahkan kepada neraka dalam keadaan tunduk membisu dengan sebab kehinaan (yang mereka rasai) sambil memandang (ke neraka itu) hanya dengan mengerling (kerana gerun takut). Dan orang-orang yang beriman pula berkata: "Sesungguhnya orang-orang yang rugi (dengan sebenar-benarnya) ialah mereka yang merugikan dirinya sendiri dan pengikut-pengikutnya pada hari kiamat (dengan sebab mereka memilih perbuatan derhaka di dunia). Ingatlah! Sesungguhnya orang-orang yang zalim itu berada dalam azab seksa yang kekal.” ( Al-Quran, Surah Asy Syura ayat 44-45 )

Beberapa contoh ditampilkan berkaitan isyarat-isyarat yang telah dan sedang berlaku; sebelumnya sukar difahami dan dirasai tetapi selepas peristiwa-peristiwa tersebut tidak sukar bagi budak-budak sekolah memahami, merasai dan menjelaskan senario gelagat-gelagat manusia yang berkait rapat dengan perniagaan-perniagaan dibawah seliaan dan kesungguhan mereka dalam menyelesaikan permasalahan tersebut. Berikut adalah contoh-contoh yang dihubungkaitkan, iaitu:


Contoh semasa isyarat difahami setelah berlaku

Hujan lebat atau hujan renyai-renyai yang turun mencurah-curah dari langit tanpa henti-henti di negeri-negeri yang terlibat di mana-mana sahaja telah mengakibatkan kemusnahan yang mengubah lanskap kawasan-kawasan tersebut sama ada disebabkan oleh banjir, tanah runtuh, perubahan iklim, angin ribut atau bah dengan pertembungan air pasang laut yang boleh meranap kawasan-kawasan direntasinya yang tidak terfikir sebelumnya tetapi difahami tentang bala atau musibah akan berlaku namun tidak difahami ruang lingkup atau kesannya akibat peristiwa-peristiwa tersebut. Ia hanya disedari setelah berlaku.

Pengalaman hidup dan catatan rekod umum di khutubkhanah-khutubkhanah menjelaskan tentang perkara-perkara yang pernah berlaku itu dan perulangan-perulangan kitaran sejarahnya.

Menyedari tentang perkara-perkara tersebut, maka manusia wajar bersabar, muhasabah diri dan mohon kerahmatan daripada Allah s.w.t.. Ia adalah suatu ujian. Moga-moga Allah s.w.t. melalui doa-doa golongan yang terlibat akan melimpah inayahNya kepada golongan-golongan yang merasainya walaupun mereka tidak terlibat ketika musibah tersebut berlaku.

Sesungguhnya Allah s.w.t. bersama orang-orang yang sabar.


Contoh semasa isyarat difahami dan dirasai ketika pemantauan

Pencerobohan dan pembunuhan berterusan yang dilakukan oleh Amerika Syarikat kepada negara-negara yang difikirkan olehnya boleh dikalahkan, dikeroyoknya negara itu walaupun ia melibatkan komplot golongan dungu-dungu dibelit akal, jasad dan tindakan mereka kerana menggunakan istilah: ‘Kemanusiaan, Keamanan sejagat dan kerja-kerja kebajikan’; negara yang diceroboh itu adalah negara miskin dan kekurangan teknologi. Negara diceroboh itu pula dikepong, maka dapat difahami dan dirasai bahawa negara-negara diceroboh itu akan berusaha mengarahkan semua tenaga, strategik, sumber dan rangkaian untuk bertindak balas bagi melumpuhkan pencerobohan tersebut.

Kezuhudan mereka berubah menjadi singa-singa yang akan menyentap mangsa-mangsa yang boleh dihidu dari pelbagai arah penjuru dengan jarak hiduan yang sukar diterjemahkan dalam bentuk tulisan tetapi dirasai oleh mereka yang terlibat. Jika golongan bersekongkol menceroboh dan membunuh dicekup, tiada ampunan bagimu lagi kerana mendajal dan mengekalkan kedajalan berterusan.

Negara-negara yang diceroboh itu bukan sahaja bangkit kerana mempertahankan diri tetapi dikenang sepanjang zaman oleh masyarakatnya dan golongan yang memahami perjalanan sejarahnya, walaupun dihapuskan rekod-rekod kedajalan golongan dajal, pencerobohan dan pembunuhan serta diangkatnya sifat-sifat kehinaan dajal-dajal itu, diterbalikkannya 360 darjah menjadi sifat-sifat sanjungan, puji-pujian, hormat, hebat, dimekapkan supaya berseri-seri sifatnya bagi mendungu-dungukan golongan dungu, tetapi ia kekal sifatnya mendajal, munafik dan berselindung dengan kerja-kerja kebajikan munafik dan berselindung dengan kerja-kerja kebajikan kerana dajalnya membatu. Termasuklah berkomplot melakukan kedajalan, menutup-nutup keburukan-keburukannya dan menuding kepada mangsanya sebagai pengganas. Memerangkap golongan tidak berdosa untuk dimangsakannya seperti MH370 disorok.

Jadilah manusia yang menetek dari puting-puting susu ibu yang merdeka. Jangan mendajal.


Contoh semasa isyarat yang terhijab

Pesawat MH370 yang memulakan pelepasannya pada 8 Mac 2014 sekitar pukul 12.41 pagi dari KLIA menuju Beijing telah dibawa lari oleh komplot dajal berselindung dengan pangkat, pengaruh, melumpuhkan teknologinya, mengkabur-kaburkan maklumatnya, membodoh-bodohkan manusia dungu-dungu dalam teori-teori yang dipenuhi oleh ilusi-ilusi kedajalan dan akhirnya buntu untuk menamatkan peristiwa-peristiwa komplot itu.

Mereka masih lagi memikirkan teori-teori yang munasabah untuk dikemukakan dan dijelmakan dalam teori-teori khayalan. Dungu-duguan. Hasilnya terbinalah suatu teori yang dikenali sebagai teori dungu-dungu.

Menurut teori dungu-dungu itu ialah:

Seseorang yang waras telah meletakkan dirinya dibelit oleh ilusi-ilusi khayalan dan terpaut bersimpati kepada golongan dajal serta menjatuhkan tarafnya lebih rendah daripada budak-budak sekolah rendah. Mereka beranggapan bahawa gelagat-gelagat mereka tidak difahami oleh golongan merdeka dan orang-orang beriman. Jangan sampai disumpah menjadi kera.”

Malaysia dan Amerika Syarikat wajar berkolaborasi dalam menentang teori-teori yang dipenuhi oleh ilusi-ilusi itu.

Malaysia memahami sumber-sumber dalamannya tetapi senyap.

Amerika Syarikat mengetahui teknologinya dan mengawal pengurusan Lautan Hindi tetapi senyap.

Mengapakah mereka senyap? Kerana keadaan semasa dan suasananya yang terhijab akibat isyarat-isyarat yang sukar difahami tetapi dirasai selepas berlakunya.

Orang-orang beriman masih memberi peluang kepada komplot dajal supaya bertaubat sebelum mereka menadah tangan berdoa kepada Allah s.w.t. yang akhirnya dajal-dajal Malaysia akan merasai kepanasannya dan Amerika Syarikat beransur-ansur menerima akibatnya.



A046
A047
A048


“Dan tiadalah bagi mereka sebarang penolong - yang lain dari Allah - yang dapat memberikan pertolongan kepada mereka; dan sesiapa yang disesatkan oleh Allah (disebabkan pilihannya yang salah) maka tidak ada baginya sebarang jalan (untuk mendapat hidayah petunjuk).

Sahut dan sambutlah seruan Tuhan kamu (yang mengajak kamu beriman), sebelum datangnya dari Allah - hari yang tidak dapat ditolak; pada hari itu tidak ada bagi kamu tempat berlindung (dari azabNya), dan tidak ada pula bagi kamu sebarang alasan untuk menafikan (kesalahan yang kamu telah lakukan).

Oleh itu, jika mereka berpaling ingkar, maka Kami tidak mengutusmu (wahai Muhammad) sebagai pengawas terhadap mereka; tugasmu tidak lain hanyalah menyampaikan (apa yang diperintahkan kepadamu). Dan (ingatlah) sesungguhnya apabila Kami memberi manusia merasai sesuatu rahmat dari Kami, ia bergembira dengannya; dan (sebaliknya) jika mereka ditimpa sesuatu kesusahan disebabkan dosa-dosa yang mereka lakukan, maka (mereka segera membantah serta melupakan rahmat yang mereka telah menikmatinya, kerana) sesungguhnya manusia itu sangat tidak mengenang nikmat-nikmat Tuhannya.” ( Al-Quran, Surah Asy Syuura ayat 46-48 )


Sesungguhnya janji Allah s.w.t. adalah benar.






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Nasihat Lukman Al-Hakim: “Anakku, apabila sesiapa datang kepada kamu dengan aduan bahawa si anu telah mencabut kedua-dua biji matanya dan kamu lihat dengan mata kepala sendiri bahawa kedua-dua biji matanya tercabut, namun janganlah kamu sampai kepada sesuatu kesimpulan sebelum kamu mendengar pihak yang lain. Tidak mustahil orang membuat aduan itulah yang mula-mula mencabut mata orang lain, boleh jadi sebelum kehilangan kedua-dua biji matanya dia telah mencabutkan empat biji mata orang lain.”