NASIHAT LUKMAN HAKIM: "WAHAI ANAKKU, TIADA AMALAN SOLEH TANPA KEYAKINAN DENGAN ALLAH TAALA. SESIAPA YANG MEMPUNYAI KEYAKINAN YANG LEMAH MAKA AMALANNYA JUGA MENJADI CACAT."

Blogger Widgets Blogspot Tutorial

Tuesday, 3 February 2015

MH370: WARIS-WARIS BERSUARA



Kerajaan telah mengeluarkan kenyataan tentang nahas MH370 dan teksnya dibacakan oleh Ketua Pengarah DCA, bukan lagi dilafazkan oleh Menteri Pengangkutan yang bertanggungjawab berhubungkait dengan agensi-agensi kementerian dibawah kawalannya. 

Nampaknya menteri pun menyerahkan penyelesaian MH370 ditangani oleh pegawai-pegawai yang boleh diturun naikkan pangkat-pangkat mereka. 

Apakah tanggungjawab menteri dalam isu melibatkan penyorokan MH370 itu? 


Setelah diadakan penyelidikan, dimakmalkan, percambahan minda, dibisik-bisikkan, dirumuskan maka terhasillah suatu ‘Sinopsis tesis: Deklarasi MH370 ‘. maka diarahlah pegawai-pegawai membacakan kenyataan rumusan itu tanpa soal jawab. Ia bukan suatu perutusan sebagai ucapan-ucapan mengenang peristiwa-peristiwa yang akan diraikan beberapa hari akan datang tetapi ia adalah suatu penjelasan tentang perkara-perkara yang berbangkit yang melibatkan aset, duit-duit amanah dan nyawa orang-orang tersayang. Dinasihatkan kepada golongan dajal jangan lagi mendajal. Jangan terpalit busuk-busuknya. Tengok Amerika Syarikat senyap dan diam.

Ambil ingatan, tolong ya.

Kini waris-waris dalam negara mula bersuara tentang keintegritian menangani isu-isu nyawa orang-orang tersayang tanpa kesan. Hilang bersama pencarian-pencaraian kosong-kosong. Jangan lepas tangan. Kurang ketelusan. Memaling-malingkan isu sebagaimana Amerika Syarikat menjuling-julingkannya. 

Ia belum lagi melibatkan warganegara luar terutamanya dari negara China. Sudahlah mereka itu kekurangan waris disorok pula, lagi mengecillah keluargannya. Berbeza dengan keluarga besar yang memiliki zuriat melebihi lima orang. Walaupun mereka mempunyai keluarga besar mereka juga tidak boleh menerima ghaibnya orang-orang tersayang angkara-angkara anasir-anasir dajal. 

Samalah dengan isunya mendajal, kepada orang-orang tersayang yang diperlakukan dalam kes-kes Peristiwa Memali, Kem tentera dirompak 5 minit dan Pengganasan Lahad Datu. Ia juga ada hubungkait dengan orang-orang yang masih hidup dikeluarkan sijil-sijil kematian. Inilah yang diperkatakan sebagai sumpahan. Jangan ulangi kesilapan-kesilapan yang lalu.Tolong.

Pemerintah wajib mencari bukti-buktinya seperti abang-abang Yusuf membawa bukti-bukti palsu untuk dikemukakan kepada bapa mereka. Walaupun buktinya lemah, difahami oleh bapa mereka kerana Allah s.w.t. mengilhamkan kepadanya, Nabi Yaakub a.s. dan merasai Yusuf dalam keadaan selamat dan hidup, maka ia menerimanya sebagai suratan takdir, maka luahan bapa mereka dirakamkan dalam al-Quran, pada surah Yusuf ayat 18:




“Dan (bagi mengesahkan dakwaan itu) mereka pula melumurkan baju Yusuf dengan darah palsu. Bapa mereka berkata: “Tidak! Bahkan nafsu kamu memperelokkan kepada kamu suatu perkara (yang tidak diterima akal). Kalau demikian, bersabarlah aku dengan sebaik-baiknya, dan Allah jualah yang dipohonkan pertolonganNya, mengenai apa yang kamu katakan itu.”

18



Sebelum kehilangan Yusuf disorok oleh abang-abangnya, Nabi Yakub a.s. telah didatangi oleh Yusuf menceritakan tentang beberapa peristiwa mimpi beliau. Apabila anak-anaknya berkomplot menghaibkan Yusuf, Nabi Yakub a.s. telah memahaminya seperti yang dirakamkan oleh al-Quran, surah Yusuf ayat 4-7:




“(Ingatlah peristiwa) ketika Nabi Yusuf berkata kepada bapanya: “Wahai ayahku! Sesungguhnya aku mimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan; aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku”.

Bapanya berkata:” Wahai anakku! Janganlah engkau ceritakan mimpimu kepada saudara-saudaramu, kerana aku khuatir mereka akan menjalankan sesuatu rancangan jahat terhadapmu. Sesungguhnya syaitan adalah musuh yang nyata bagi manusia.

Dan demikianlah caranya Tuhanmu memilihmu, dan akan mengajarmu takbir mimpi, serta akan menyempurnakan nikmatNya kepadamu dan kepada keluarga Yaakub: sebagaimana Ia telah menyempurnakannya kepada datuk nenekmu dahulu: Ibrahim dan Ishak. Sesungguhnya Tuhanmu Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana”.


Demi sesungguhnya! (Kisah) Nabi Yusuf dengan saudara-saudaranya itu mengandungi beberapa pengajaran bagi orang-orang yang bertanya (tentang hal mereka untuk mengambil iktibar).”


Halaman ini tidak mengajar kepada dajal-dajal bagaimana menyatakan dan mengemukakan bukti-bukti praktikal secara palsu bagi melegakan keresahan waris-waris kerana insan tersayang tidak diketahui.

Bagaimanakah pemakanan mereka; masakan Melayukah, atau masakan Cinakah, atau masakan Western sahaja, atau dibenarkan minum arak, kopi Hang Tuah? Tempat tidur mereka; adakah selesa atau banyak kutu? Adakah mereka bahagia atau tertekan? Siapakah yang menyorok mereka? Pengawal-pengawal yang menyelia itu; bengiskah orangnya atau berprikemanusiaan? Apakah dosa-dosa mereka sehingga dijadikan mangsa keadaan? Siapakah teman tidur mereka; tidur sekatilkah, berpasangankah, atau beramai-ramaikah, atau atas lantai beralaskah? Adakah mereka merindui keluarga di rumah? Ataukah perlu sifu Amerika Syarikat diajar oleh pejuang-pejuang Daulah Islamiyah supaya tidak mendajal, menghilangkan bukti-bukti, melenyapkannya dan sembunyikan kapal terbang? Ataukah cacing-cacing berkomunikasi dengan ulat-ulat? Dan banyak lagi persoalan-persoalan yang memerlukan penjelasan.

Jadilah manusia jangan mendajal.


















No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Nasihat Lukman Al-Hakim: “Anakku, apabila sesiapa datang kepada kamu dengan aduan bahawa si anu telah mencabut kedua-dua biji matanya dan kamu lihat dengan mata kepala sendiri bahawa kedua-dua biji matanya tercabut, namun janganlah kamu sampai kepada sesuatu kesimpulan sebelum kamu mendengar pihak yang lain. Tidak mustahil orang membuat aduan itulah yang mula-mula mencabut mata orang lain, boleh jadi sebelum kehilangan kedua-dua biji matanya dia telah mencabutkan empat biji mata orang lain.”