NASIHAT LUKMAN HAKIM: "WAHAI ANAKKU, TIADA AMALAN SOLEH TANPA KEYAKINAN DENGAN ALLAH TAALA. SESIAPA YANG MEMPUNYAI KEYAKINAN YANG LEMAH MAKA AMALANNYA JUGA MENJADI CACAT."

Blogger Widgets Blogspot Tutorial

Thursday, 5 February 2015

MH370 KERAP TUKAR NAMA



MH370 ditukar namanya daripada MH370 kepada MH318, kemudian diubah pula kepada Tragedi MH370 dan pada tahun 2015 ditukar lagi kepada Nahas MH370 atau MH370 Nahas, selepas itu dipaparkan Mengenang MH370 dan terkini Deklarasi MH370. 

Sebagaimana mualaf menukar nama-namanya daripada nama asal kepada nama baru atau apabila tidak sefahaman dengan pasangannya/waris tentang nama-nama terdahulu, ditukarnya pula nama tersebut kepada nama lain. Maka wujudlah nama-nama bertukar ganti dalam tempoh singkat itu. Ia bertukar-tukar seperti mualaf menukar-nukar namanya, contohnya:

  1. MH370
  2. MH318
  3. Tragedi MH370
  4. Nahas MH370 atau MH370 Nahas
  5. Mengenang MH370
  6. Deklarasi MH370

Ini menunjukkan bahawa dalam tempoh sepuluh bulan MH370 memiliki enam nama. Bagai tahun 2014 tiga nama dan untuk tahun 2015 dalam sebulan tiga nama. Maknanya seimbang nama-nama itu menurut tahunnya. Sayugia diingatkan berpeganglah dengan dahan yang kukuh, jangan berpegang dengan dahan yang rapuh. Berkiblatlah kepada Allah s.w.t. jangan berkiblat kepada Amerika Syarikat.

Perancang-perancang yang hebat adalah golongan-golongan yang diberkati oleh Allah s.w.t.. ia membawa Islam merahmati semua golongan. Akalnya, tindakannya, ucapan-ucapannya dan apa juga gelagat-gelagatnya akan diakuri oleh pendengar-pendengarnya atau mereka yang terlibat dalam kenyataan-kenyataan yang berkaitan dengan insan-insan yang terlibat dan melibatkan keluarga yang tersayang.

Golongan dajal tidak berfikir proaktif tetapi berfikiran songsang.

Perancang yang berkesan tidak mengubah kenyataan-kenyataan mereka menurut perubahan-perubahan yang sebenarnya; perubahan-perubahan masa dan keadaan. Ia berbuat dahulu sebagai bukti kemudian diuar-uarkan sebagai sifatnya hujahan atau penjelasan. Bukan memberi hujahan dahulu kemudian bukti akan menyusul kemudian, bukti pula berubah-ubah menurut kekerdilan yang mengubah bukti-bukti kemudian itu. Bukti atas bukti berubah-ubah kerana sukarnya membuktikan kedajalan untuk dijadikan kebenaran. Islam mengajar buktikan dahulu kebenaran/keikhlasan baharulah nasihat itu berkesan. Seperti Ia tidak mengubah waktu malam kepada waktu pagi, waktu pagi kepada waktu petang, waktu petang kepada waktu malam dan begitulah urutannya mengikut pergerakan jam. Ia hanya mengubahnya setelah dimakmalkan dalam bilik-bilik tertutup berhawa dingin, kawasan terpencil, jauh dari makhluk-makhluk yang mengganggu tumpuan kerja-kerja perancangan perbincangan insan-insan kerdil. Dalam urusan pentadbiran diistilahkan sebagai: ‘back dated – mengensot undurkan tariknya.’ Sedap bunyinya tetapi mendajal.

Tetapi dajal akan mengubahnya secara total/mutlak kerana ia perkara yang direka-reka. Rekod-rekod yang tidak menguntungkan diubahnya. Dipadamnya. Dibuangnya. Jika perlu dikoyak-koyakkannya atau dibakarnya rekod-rekod itu dan diwujudkan rekod baru; cantik mata memandang sifatnya, menarik perhatian susunan ayatnya dan sedap telinga mendengarnya kerana yang menyediakan ulasan-ulasan, bukti-bukti dan rumusan-rumusan itu bukan budak-budak sekolah rendah atau pelajar-pelajar sekolah menengah, mereka adalah pakar-pakar berpendidikan, terpelajar. Tetapi sayang mereka adalah pakar-pakar bersifat dajal.

Perancang yang menjulang martabat umat sentiasa diikuti perkembangan-perkembangannya, tertonjol kebaikan-kebaikannya, izzahnya melangit walaupun ia bersifat zuhud kerana ia relevan sepanjang zaman. Idea-ideanya membina dan tindakan-tindakan dilakukannya disahkan setelah berbincang dengan pasukan-pasukan pemikirnya. Nada ucapan dan tindakannya memperlihatkan kehebatannya, selari dengan kehendak masyarakatnya kerana ia berpaut kepada dahan kukuh; kuat dan benar. Ia bukan suatu tautan berpaut daripada dahan-dahan yang rapuh; busuk dan merosak. Dahan-dahan mereput itu apabila disentuh boleh memudaratkan diri dan melencong dari disiplin Islam.

Perancang-perancang bersifat kontemporari memahami kehendak masyarakatnya, bertindak pantas menangani permasalahan mereka, berusaha memenuhi keperluan masyarakatnya menurut keupayaan dan mengutamakan perancangan-perancangannya, menguntungkan rakyat bukan membuncitkan perut-perut dengan kroni dan sanak saudara. Berselindung dengan lesen-lesen kerja-kerja amal kebajikan mengorek harta-harta awam disalurkan kepada anak bini.

Mereka pula tidak bersifat mengelak apabila diajak berbincang-bincang, bermuzakarah, berbisik-bisik dan berdialog tentang masalah-masalah berbangkit. Bukan sifatnya pelbagai alasan dalih dikemukakan menolaknya, lari dari kenyataan, menyorok seperti MH370 disorok, enggan bertemu klien, tetamu yang ada hubungkait dengan perniagaan diperlekehkan, mereka yang dikenal pasti sebagai waris-waris wajar diberi penjelasan tentang hak-hak mereka dinafikan, langkah-langkah dan tindakan-tindakan wajaran berkaitan isu-isu berbangkit tentang perniagaan mereka didiamkan. Semuanya dipandang rendah dan remeh. Itu bukan sifat perancang-perancang kontemporari.

Apakah jenis manusia yang tidak peka dengan luahan rakan-rakan untuk kebaikan?

Perancang yang menjadi idola masyarakatnya, ia tidak akan mengada-adakan cerita-cerita diluar dari sifat dirinya sebagai manusia dan mencari-cari alasan untuk menganiayai dan membenarkan cerita-cerita awang-awangan untuk mengukuhkan tempat duduknya seperti cerita-cerita Memali, Rompakan kem tentera 5 minit, Altantuya Shaaribbu, Pengganasan Lahad Datu, ATM digodam dan terkini sukarnya dimuktamadkan MH370 disorok kerana nahas.

Jangan jadikan cerita-cerita terawang-awang itu sebagai hujahan pengesahan, tetapi kemukakan bukti-bukti spesifik sebagai pembuktian yang mutlak. Bukan suatu ilusi-ilusi buatan, cakap dahulu dibuktikan kemudian. Datangkan dan kemukakan dalil dan bukti. Seperti komplot abang-abang Yusuf menyorok Yusuf dan membawakan bukti kepada ayah mereka sehelai baju yang mereka carik-carikkan kemudian dilumurkan dengan darah binatang. Persoalanya, siapakah licik antara abang-abang Yusuf yang mendajal itu membawa bukti-bukti palsu, atau bercakap tentang ilusi-ilusi belitan dajal tanpa membawa bukti-bukti hanya menggunakan air liur? Walaupun bukti abang-abang Yusuf lemah tetapi ada bahan buktinya. Dajallah katakan. Dihalaman ini pernah diperingatkan, jangan menyanjung bahasa asing melebihi bahasa jiwa bangsa. Ingat! Masyarakat luar tidak akan menghormati sesuatu bangsa mengangkat bahasa asing tetapi mereka akan menghormati bangsa itu kerana menjulang martabat umatnya (bangsanya). Bangkitlah dari tidur. Berwuduklah dan salat sunat dua rakaat. Taubat kepada Allah s.w.t.. Moga-moga dosa-dosamu diampuni.

Sepatutnya buktikan dahulu kemudian baharulah jelaskan perinciannya. Sebagaimana pelajar-pelajar mengemukkan bukti-bukti dan dalil-dalil dalam kertas-kertas tesis mereka sama ada pelajar-pelajar peringkat sijil Pelajaran Malaysia, Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia, diploma, sarjana muda, sarjana atau sarjana tinggi. Mereka adalah graduan-graduan SPM, STPM, Diploma, Ijazah, Master atau Phd.

Jangan jadikan ia bersifat songsang, melawan gerakan matahari seperti bergerak melawan sifat tabie matahari; dikatanya pagi dahulu kemudian malam, petang dahulu kemudian pagi, malam dahulu kemudian petang. Sifat itu bukan berfikir diluar kotak minda tetapi berfikir songsang. Pelik sifatnya.

Tidak menggunakan alasan-alasan yang terperap untuk menjustifikasikan perkara-perkara yang bersifat realiti, belum terbukti dan dibuktikan seperti menggunakan alasan rekod keramat Konvensyen Chicago. Pelajar-pelajar sekolah menengah tahu Chicago itu di Amerika Syarikat. Sepatutnya Konvensyen Chicago itu tidak wajar digunakan kerana Amerika Syarikat sendiri tidak serius membantu dalam pencarian MH370 seperti sifatnya bersekongkol.

Sifat MH370 bukan tragedi atau nahas yang berlaku diluar jangkaan fikiran manusia tetapi MH370 dijangkakan, difahami keadaannya, diketahui oleh mereka-mereka yang mengetahuinya, kenyataan-kenyataan sebelum ini menjelaskan tentang perkara-perkara yang diketahui oleh mereka yang mengetahui tetapi sukar untuk dijelaskan dengan tepat kerana melibatkan Amerika Syarikat.

Antara contoh-contoh MH370 disorok yang pernah dinyatakan dan perkara-perkara tersebut tidak akan diutarakan oleh mereka-mereka itu jika tiada alasan kukuh untuk memberitahu kepada umum, tetapi sengaja dikabur-kaburkan, dipaling-palingkan, dijuling-julingkan, dihilangkan maklumat-maklumatnya, antara kata-kata terhijab itu:

  1. Ada unsur-unsur sabotaj
  2. Hijack – rampasan
  3. Keadaan psikologi dan masalah peribadi
  4. Berlaku u-turn
  5. Melelong, turun naik
  6. Terbakar, berasap dan senyap
  7. Transponder dimatikan mengubah dikesan oleh radar
  8. Secara sengaja mengubah haluan
  9. Merentasi Banjaran Titiwangsa
  10. Tidak mustahil berada di kawasan karidor utara
  11. Menuju Lautan Hindi
  12. MH370 mengalami tragedi di Lautan Hindi
  13. Satelit Inmarat nampak objek, hilang bersama ilusi-ilusi
  14. Lautan Hindi kawasannya luas
  15. Lautan Hindi kawasan pengawasan Tentera Marin Amerika Syarikat
  16. Berada pada kedalaman yang terdalam
  17. Ombak dan aliran arus kuat
  18. Golongan dungu-dungu mendungu
  19. MH370 beraksi solo aerobatik
  20. Terdampar didasar laut yang dalam di bahagian selatan Lautan Hindi
  21. MH370 nahas
  22. Al-Fatihah kepada pejuang-pejuang untuk menambah energy mereka.

Kenapakah menggunapakai Konvensyen Chicago? Al-Quran dan As-Sunnah diletakkan diatas sebagai panduan, jika tidak, Amerika Syarikat tetap memanipulasikannya sebagaimana ia memanipulasi menceroboh Afghanistan dengan alasan ia merancangnya penyerangan WTC tetapi dituduhnya orang lain. Penyerangnya rakyat Amerika Syarikat. Kapal terbangnya milik Amerika Syarikat. Landasannya dibawah kawalan Amerika Syarikat. Negara diserangnya adalah Amerika Syarikat. Dibunuhnya rakyat Amerika Syarikat sendiri yang tidak berdosa tetapi menggunakan ilusi-ilusi itu menyerang negara miskin Afghanistan. Kenapa? Kerana ada sebabnya.

Hiduplah sebagai anak-anak merdeka, jangan mendajal.





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Nasihat Lukman Al-Hakim: “Anakku, apabila sesiapa datang kepada kamu dengan aduan bahawa si anu telah mencabut kedua-dua biji matanya dan kamu lihat dengan mata kepala sendiri bahawa kedua-dua biji matanya tercabut, namun janganlah kamu sampai kepada sesuatu kesimpulan sebelum kamu mendengar pihak yang lain. Tidak mustahil orang membuat aduan itulah yang mula-mula mencabut mata orang lain, boleh jadi sebelum kehilangan kedua-dua biji matanya dia telah mencabutkan empat biji mata orang lain.”