NASIHAT LUKMAN HAKIM: "WAHAI ANAKKU, TIADA AMALAN SOLEH TANPA KEYAKINAN DENGAN ALLAH TAALA. SESIAPA YANG MEMPUNYAI KEYAKINAN YANG LEMAH MAKA AMALANNYA JUGA MENJADI CACAT."

Blogger Widgets Blogspot Tutorial

Sunday, 1 March 2015

MADRASAH MENUNJUK AJAR MELAKUKAN KEBAJIKAN



Madrasah-madrasah di negara ini ( Malaysia) diasaskan atas dasar takwa. Kos-kos pembinaan dan pembiayaan operasi madrasah-madrasah tersebut ditanggung oleh tuan pengendali dan sebahagian lagi hasil sumbangan orang ramai melalui pungutan derma yang berterusan. Ia milik persendirian.

Sebahagian derma-derma itu adalah hasil sumbangan orang ramai, dihulur oleh golongan-golongan yang prihatin dengan kewujudan madrasah-madrasah di negara ini sehingga ada penyumbang-penyumbang yang menyumbang jutaan ringgit membina prasarana  madrasah-madrasah tersebut. Sumbang-sumbang berterusan dari golongan korporat kepada madrasah-madrasah itu amat dialu-alukan. Jazakumullahu Khairan Kathira.

Ganjaran-ganjaran dari Allah s.w.t. bukan sahaja di akhirat nanti diterima oleh penyumbang-penyumbang tegar itu tetapi dapat dilihat ganjaran-ganjaran itu ketika di dunia ini lagi. Didoakan juga  semoga ganjaran-ganjaran berterusan dan berlipat ganda akan diterima oleh golongan dermawan itu bukan sahaja dari segi harta benda tetapi kesihatan; sihat tubuh badan dan akal tetapi yang utamanya ibadah mereka diterima oleh Allah s.w.t.. Ganjaran-ganjarannya pula dalam bentuk tunai.

Allah s.w.t. mengasihi golongan dermawan yang tawaduk. Mereka senentiasa mendapat magfirah dari doa-doa golongan penerima sumbangan itu terutamanya sedekah jariah dan kepada golongan fisabilillah, ‘fuqara wal masakin’.

Suatu ketika, delegasi dari negara Arab telah datang berkunjung di Kemboja untuk melihat keperluan umat Islam di sana. Semasa rombongan, menziarahi sebuah madrasah, beberapa pegawai Arab tersebut memasuki sebuah kelas, maka terdengarlah  oleh pelawat-pelawat itu laungan ‘Asmaul Husna’ dalam bahasa asalnya, bergema memecah kesunyian dan meresap di jantung lalu terpegun orang-orang Arab yang fasih dan memahami bahasa ibunda diperdengar kepada mereka.

Selang beberapa minit seorang kanak-kanak pula membaca ayat-ayat suci Al-Quran dengan alunan lagu Sheikh Mishaari Rashid Al-Aafaasee, berderau jantung mendengarnya. Lalu bercucuran air mata salah seorang pegawai  Arab itu membasahi pipinya dan menangis tersedu-sedu sepanjang mendengar bacaan kanak-kanak itu.

Setelah selesai, lalu berkatalah pegawai rombongan yang dihormati itu beberapa minit tadi menangis tersedu-sedu:


“Tidak kusangka bahawa dalam negara kafir yang menyembah patung-patung pun masih ada manusia yang mengagungkan kebesaran Allah s.w.t.. Islam melebar ditengah-tengah kesesatan.”


Allahu akhbar

Maka pengasas madrasah yang mendengar ucapan dari pegawai Arab itu tergamam mendengarnya sukar untuk berkata-kata. Ia merasakan seperti suatu energy baru menyuntik aliran darah beliau.

Adalah suatu yang tidak menjadi asing di negara ini apabila anak-anak yang dilahirkan oleh ibu-ibu tulus ikhlas yang mendodoi anak-anak kecil mereka suatu ketika dahulu, kini anak-anak yang telah dewasa itu sedang tercari-cari identiti dirinya kerana dibelenggu akal dan fikiran mereka oleh anasir-anasir penyesat dan menyesatkan umat manusia disebabkan oleh perubahan-perubahan alam yang meresap dalam diri.

Ia bukan sahaja menyesatkan dalam kehidupan tetapi disesatnya diri, kefahaman dan amalan hidup. Maka ia membawa kepada kesyirikan yang mutlak. 

Bagi individu yang menyedari kealfaan-kealfaan yang berlaku itu lalu ia mengubah laluan hidupnya daripada kegelapan kepada cahaya terang benderang, daripada kekufuran kepada takwa, daripada  mencari-cari kesalahan, kelemahan dan kesilapan pengurusan madrasah-madrasah, kini berusaha memperkasa dan menjulang madrasah-madrasah di negara ini, bukan sahaja prasarana madrasah-madrasah itu dinaik taraf tetapi kebajikan guru-guru dan pelajar-pelajarnya turut ‘dinaik taraf’. Diangkat  dan diselaraskan upah-upah mereka sebagaimana guru-guru Kementerian Pendidikan Malaysia menerima ganjaran-ganjaran untuk kelangsungan hidup.

Adalah suatu yang dangkal apabila anak-anak watan yang memimpin negara ini menjuling-julingkan madrasah-madrasah yang mempunyai nostalgia itu tanpa apa-apa tindakan proaktif untuk membantu mereka, sebaliknya ‘menjemput hormat’ mengimport anak-anak watan luar negara dengan gaji yang membelalakkan mata golongan dajal, mengisi pos-pos penting kerana dajal berperanan dibalik tabir.

Hiduplah sebagai manusia merdeka, jangan sampai disumpah oleh generasi kontemporari.

Hidup mesti berprinsip.







No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Nasihat Lukman Al-Hakim: “Anakku, apabila sesiapa datang kepada kamu dengan aduan bahawa si anu telah mencabut kedua-dua biji matanya dan kamu lihat dengan mata kepala sendiri bahawa kedua-dua biji matanya tercabut, namun janganlah kamu sampai kepada sesuatu kesimpulan sebelum kamu mendengar pihak yang lain. Tidak mustahil orang membuat aduan itulah yang mula-mula mencabut mata orang lain, boleh jadi sebelum kehilangan kedua-dua biji matanya dia telah mencabutkan empat biji mata orang lain.”