Penyiasatan tragedi pesawat penerbangan
4U 9525 Airbus A320 yang dikendalikan oleh Perancis membuat kesimpulan bahawa pesawat milik
Germanwings itu telah mengalami kecelakaan akibat tindakan pembantu juruterbang
pesawat yang menyendiri di kokpit dengan mengunci dari dalam.
Barangkali ia melakukan meditasi di
dalam. Ia suatu tindakan yang memerlukan analisis secara konkrit.
Merujuk kepada senario yang
berlaku itu, seperti ada makhluk yang bertopengkan manusia tetapi berperangai
dajal melakukan kecelakan kepada pesawat-pesawat awan di pelbagai tempat.
Penumpang-penumpangnya pula tidak menyedari perlakuan-perlakuan tersebut kerana dajal merancang tragedinya. Bukan sahaja penumpang-penumpangnya tidak menyedari tetapi waris-waris yang menghantar dan menunggu-nunggu di lapangan terbang langsung tidak mengetahuinya.
Penumpang-penumpangnya pula tidak menyedari perlakuan-perlakuan tersebut kerana dajal merancang tragedinya. Bukan sahaja penumpang-penumpangnya tidak menyedari tetapi waris-waris yang menghantar dan menunggu-nunggu di lapangan terbang langsung tidak mengetahuinya.
Rentetan daripada peristiwa-peristiwa
yang berlaku itu seperti pesawat penerbangan 4U 9525, MH17 dan MH370, memberi
petunjuk bahawa dajal berperanan di sana . Buktinya; 4U 9525 pintu kokpit ditutup dari
dalam, MH17 ditembak oleh pesawat MIG-29 oleh Ukraine dan MH370 disorok diperosokkan
di selatan Lautan Hindi di kawasan yang paling dalam sehingga jin-jin kabur
melihatnya. Germanwings 4U 9525 cepat ditemui, MH370 kabur mendajal. Kesian dajal-dajal
buta dalam kecelikan.
Barangkali kemalangan-kemalangan
yang berlaku itu ada isyarat-isyarat kerana doa-doa orang yang teraniaya dalam
MH370 sedang berligar-ligar bermunajat kepada Tuhan supaya dikenakan bala
kepada dajal-dajal yang menyeksa kebebasan mereka untuk terus hidup bersama keluarga.
Amerika Syarikat wajar membantu
mencari dajal yang membawa lari MH370 menyembunyikannya. Jika Amerika Syarikat
enggan membantu, doa-doa mereka yang teraniaya itu akan menghalang dan menahan kemenangan kepada Amerika Syarikat melakukan provokosi di Iraq ,
Syria , Ukraine dan
kini di Yaman. Semakin lama Amerika Syarikat menyeksa jiwa penumpang-penumpang
MH370 semakin mempercepatkan kekalahan Amerika Syarikat.
Amerika Syarikat mesti ingat
bahawa Yaman telah mula bangkit melakukan penentangan apabila Amerika Syarikat bersama
sekutunya, Arab Saudi menyerang Yaman, suatu peperangan yang tidak
diisytiharkan.
Amerika Syarikat juga
bersungguh-sungguh membantu tentera Haidar
di Tikrit , Iraq
dengan mengebom Tikrit dari udara. Sampai suatu peringkat Amerika Syarikat akan
terkepong kerana ilusi-ilusi kedajalan.
Sampai saatnya pejuang-pejuang
akan sampai di Baghdad , Ukraine akan melambai-lambai, Israel dihidu oleh pejuang-pejuang dan Libya terus
dicengkam.
Akhirnya, apabila Amerika
Syarikat tidak menggambil peduli tentang MH370, membiarkan MH17 lambat
diselesaikan sedangkan Germanwings 4U 9525 beberapa hari sahaja dapat dikenal
pasti masalah teknikalnya walaupun pihak penyiasat seolah-olah menyalahkan
pembantu juruterbang punca segala-galanya. Biar bersikap telus. Jujurlah kepada Tuhan.
Awas! Jangan sampai ada lagi
pesawat awam menjadi mangsa kerakusan dajal kerana Amerika Syarikat melarikan diri
dari tanggungjawabnya melakukan kerja-kerja amal kebajikan membantu
menyelesaikan MH370 dan MH17.
No comments:
Post a Comment