Ibu bapa berpesan kepada
anak-anaknya apabila besar nanti menjadilah seorang pembela Islam. Anak-anak
yang masih kecil itu hanya mendiamkan diri, mendengar sahaja. Tetapi ia tetap
diingatkan sebagaimana Al-Quran dan As-Sunnah mengingatkan umat Islam setiap
detik. Ibu bapa berterusan membimbing anak-anaknya sehingga dewasa walaupun
dalam tempoh tersebut terpaksa bergolok-bergandai demi untuk kejayaan
anak-anaknya. Mereka kurang mengeluh tentang masalah-masalah kehidupan pembesaran
anak-anaknya.
Tetapi anak-anak kurang merasakan
kehebatan ibu bapa mereka kerana ia membesar dengan pengorbanan yang dibawa
oleh mereka tanpa memberi perincian asam garam dan pahit maung yang diharungi
bersama semasa tempoh pembesaran anak-anaknya sehinggalah mereka menjadi dewasa.
Kadang-kadang ibu bapa tersebut
mengharungi kehidupan bersama adik-beradiknya membesar bersama, dengan
pembesaran dan didikan daripada ibu bapa supaya anak-anak membesar berkasih sayang,
bermuafakat dan memegang erat Islam seperti menggenggam bara api.
Demikian juga sanak-saudara dan
rakan-rakan anak-anak sebaya diberi pesanan oleh orang tua-tua akan nasihat
yang berharga itu.
Termasuk juga, suami isteri
sebelum diijabkabulkan dinasihatkan dan didoakan supaya jodoh mereka berkekalan
dan dirahmati sepanjang kehidupan seperti: ‘Islam
membawa rahmat kepada semua’.
Walau bagaimanapun, kadang-kadang
manusia merancang tetapi perancang Allah s.w.t. lagi hebat. Al-Quran
menjelaskan dalam surah Ali Imran ayat 54:
“Dan orang-orang (Yahudi yang
kafir) itupun merancangkan tipu daya (hendak membunuh Nabi Isa), dan Allah pula
membalas tipu daya (mereka); dan (ingatlah), Allah sebijak-bijak yang membalas
(dan menggagalkan segala jenis) tipu daya.”
Kenapakah anak-anak tersebut
melupai nasihat ibu bapa mereka? Dimanakah silapnya nasihat-nasihat tersebut?
Nasihat-nasihat tersebut
sebenarnya masih mengakar dalam fikiran anak-anak, cumanya bisikan-bisikan
mengkhayalkan terpasak dalam akal mereka oleh angka-angka,
percambahan-percambahan minda dan pembentangan-pembentangan perancangan yang
dipautkan kepada asas mendatangkan keuntungan tetapi masih merangka dalam
percaturan mencari peluang-peluang bersaing dalam dunia perniagaan yang
digenggam erat oleh pihak lain.
Akhirnya bisikan-bisikan mengkhayalkan
dicengkam oleh proksi-proksi yang memberi keuntungan kepada dirinya dan mensedekahkan
“keuntungan” melalui persetujuan oleh rakan-rakan perniagaan yang berpakat
kerana ketawadukannya diambil kesempatan oleh rakan-rakan yang beranggapan kelibat-kelibat mereka tidak difahami. Ketawadukan ibu bapa itu dapat melihat secara tepat pembesaran anak-anaknya terutama dibawa pengawasan ibu bapa tersebut.
Sesungguhnya tindakan Tuan Guru
Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang adalah benar dalam menyentuh kepentingan Islam dan masyarakat sejagat. Allah s.w.t. dan orang-orang beriman meredhainya sebagaimana Tuan Guru meredhai mereka.
Saya ingin berkongsi kesaksian mengenai bagaimana perkhidmatan pendanaan Le_Meridian membantu saya dengan pinjaman sebanyak 2,000,000.00 USD untuk membiayai projek ladang ganja saya, saya sangat berterima kasih dan saya berjanji untuk berkongsi syarikat pembiayaan ini kepada sesiapa yang mencari jalan untuk mengembangkan perniagaannya project.the syarikat adalah syarikat pembiayaan. Sesiapa yang mencari sokongan kewangan perlu menghubungi mereka di lfdsloans@outlook.com Atau lfdsloans@lemeridianfds.com Encik Benjamin juga pada WhatsApp 1-989-394-3740 untuk membuat perkara mudah bagi mana-mana pemohon.
ReplyDelete