Syariah Perlu Berdiri Di Luar Kerangka Perlembagaan Persekutuan
Posted on Friday, March 27 @
14:32:55 MYT
Dilulus untuk paparan oleh
PenorehGetah
"Tak boleh buat, bertentangan dengan Perlembagaan."
Begitulah sekian banyak hujah dan
alasan "teknikal" yang
diberikan "pakar-pakar"
sains politik berkenaan rang undang-undang berhubung hudud dan syariah. Kalau
Perlembagaan bermasalah, maka kita harus ikhtiyar untuk merubah Perlembagaan
Penjajahan (Occupation Constitution) ini.
Sudahlah ianya disediakan oleh
orang asing yang mana tiada SATU PUN wakil daripada orang Melayu - baik
pemimpin dan sarjana - yang menyiapkan draf seterusnya Perlembagaan Persekutuan
itu sendiri. Tiada beza dengan Perlembagaan Jepun pasca Perang Dunia Kedua yang
dibuat oleh Amerika Syarikat! Hendaknya lagi ianya banyak disadur daripada
undang-undang India yang
merupakan "Jewel Crown of British Empire ".
Kebodohan apakah ini wahai orang
Melayu, urusan rumah tangga kita yang menentukan adalah orang-orang asing yang
tiada memahami adat, agama dan budaya kita?
Perlembagaan Persekutuan seperti
kata Martin Rudner adalah satu dokumen yang berdiri BUKAN kerana ianya sesuatu
yang paling diterima (not because of its most acceptable to all) sebaliknya
kerana ianya adalah sesuatu yang paling kurang ketidak terimaan (it was based
on the least unacceptability of all).
Perlembagaan Persekutuan adalah
dokumen kompromi (compromises) yang mana paling-paling banyak kena kompromi dan
rugi adalah MELAYU.
Daripada sebuah peradaban kita
dikecilkan menjadi bangsa (from a "civilization"
we have been reduced into a "race")
HANYA kerana mahu membuka ruang untuk bangsa lain menjadi warganegara di Tanah
Melayu ini.
Pelik, hudud atau lebih tepat
Undang-Undang Syariah adalah sesuatu yang bersifat "peribumi" (indigenous) yang mana seperti kata RO
Winstedt kalau bukan kerana penjajahan British, sudah tentu Syariah akan
berdiri tegak di atas muka bumi Tanah Melayu ini!
Adakah orang Melayu boleh hidup
tanpa Perlembagaan? Sudah tentu! Kita ada Sultan kita yang merupakan PUNCA
KUASA (hakikat RESIDUAL POWER) ke atas segala kuasa politik yang ada kini: baik
Perdana Menteri, Panglima Angkatan Tentera, Hakim semuanya adalah LANTIKAN Yang
Dipertuan Agong.
Perlembagan Persekutuan ditulis
BUKAN untuk orang Melayu tetapi untuk bangsa lain yang baru nak kenal apa itu
Tanah Melayu.
Perlukah orang Melayu
mentakrifkan dirinya sendiri seperti dalam Artikel 153? Buat apa?!! Kita kenal
siapa kita! Yang tak kenal adalah bangsa lain!
Kalau kita ke India atau Tanah Besar China , apakah mereka perlu
mentakrifkan Siapa itu Indian dan Siapa itu Chinese dalam Perlembagaan
mereka??? Sudah tentu tidak!!!
Maka kembalilah kita kepada
Institusi Kesultanan Melayu selaku punca kuasa tertinggi Tanah Melayu kerana
merekalah yang mampu melangkaui kelemahan-kelemahan sistem tinggalan penjajah
British ini.
Seperti kata al-Mawardi, Syariah
hanya tertegak bilamana selepas kefahamannya diberi kepada rakyat, dengan
adanya "al-Sultan al-Qahir"
(A Forceful Leader). Dan kita tahu sampai kiamat melalui Demokrasi ala
Westminster di Malaysia ini sosok "al-Sultan al-Qahir" itu tidak akan
mampu dicapai melalui Parlimen maka hendaklah kita orang Melayu melakukan
Revolusi Politik dengan menaikkan semula Majlis Raja-Raja pada tempat asal
mereka dan rendahkah Demokrasi hanya sebagai pemudah cara (mean) seperti mana
Sukarno kata bahawa "di Indonesia
demokrasi yang ada bukanlah demokrasi liberal, ianya juga bukan versi Montaigne
dan Voltaire apatah lagi America atau Soviet ianya adalah demokrasi yang
tertanam dalam sanubari rakyat Indonesia...Demokrasi hanyalah pengantara BUKAN
matlamat! Matlamat ialah masyarakat yang adil dan makmur!"
Orang Melayu sampai bila kita
dihalang "keadilan" untuk menuntut semula HAK PERADABAN kita yang
telah diragut British dan kini demokrasi liberal. Mana mungkin "Baldatun
Toyyibatu wa Rabbun Ghafur" dapat dicapai bilamana Islam hanyalah
perhiasan dalam sistem politik mereka kerana DIKEKANG oleh tafsiran dan dokumen
kompromi bernama Perlembagaan Persekutuan.
Kembali kepada Majlis Raja-Raja
Melayu bersama perantara Demokrasi Terpimpin; perjuangkan Perlembagaan Beraja
BUKAN Raja Berpelembagaan!
Kita tiada Cromwell, tiada
Charles I dalam sejarah Melayu. Raja-Raja kita berdaulat dan tidak terputus
sampai la ni!
No comments:
Post a Comment