NASIHAT LUKMAN HAKIM: "WAHAI ANAKKU, TIADA AMALAN SOLEH TANPA KEYAKINAN DENGAN ALLAH TAALA. SESIAPA YANG MEMPUNYAI KEYAKINAN YANG LEMAH MAKA AMALANNYA JUGA MENJADI CACAT."

Blogger Widgets Blogspot Tutorial

Wednesday, 25 March 2015

KEBERGANTUNGAN AMERIKA SYARIKAT KEPADA SEKUTU MENGHADAPI MUSUH BERSAMA



Amerika Syarikat sukar untuk menetapkan pendiriannya sama ada terlibat secara langsung di daratan dalam kompleks peperangan di Iraq sama seperti ia mengelak terlibat secara langsung bertembung dengan Rusia di Ukraine. Ia hanya melambai-lambai dan sekali sekala menyuarakan hasrat untuk bersamaan dengan sekutu-sekutunya sama ada di Syria, Iraq atau di Ukraine. Ia adalah suatu ujian kepada Amerika Syarikat kerana terlibat dalam provokasi menghadapi pejuang-pejuang di wilayah Daulah Islamiyah dan  Rusia di Ukraine.

Amerika Syarikat akan hanya berhadapan secara jantan apabila ia mengarahkan tenteranya turun di lapangan sama ada di Ukraine, Syria atau Iraq

Apabila Amerika Syarikat menurunkan tenterannya di sana nanti akan dapat dilihat impak yang akan diterima oleh Amerika Syarikat berhadapan dengan musuh-musuh yang sedang menunggu-nunggu kehadirannya.

Walau bagaimanapun Amerika Syarikat tidak akan menghantar tenterannya secara borong kerana ia mengetahui kesan akibat yang akan ditempah oleh tenteranya sebagaimana tentera Iran mengalami nasib malang di Tikrit, ramai yang bergelimpangan di sana sini. Untuk mengurangkan kerugian yang berterusan maka wajar saki baki tentera yang ada itu diundurkan bagi memikirkan kaedah-kaedah terbaik nanti, maka Tikrit menjadi hening selepas dikhabarkan akan dilanda garuda dalam tempoh 72 jam. Benarlah bahawa ilusi-ilusi kedajalan menjadi kenyataan.

Amerika Syarikat melihat pergerakan pejuang-pejuang Daulah Islamiyah melalui satelit tentang persiapan-persiapan pergerakan perkembangan-perkembangan mereka sebagaimana Amerika Syarikat memerhati tentera Iran dan Haidar Al-Arabi dikerah ke Tikrit untuk dibaham oleh pejuang-pejuang Daulah Islamiyah.

Amerika Syarikat beranggapan apabila Iran dan Haidar mengarahkan ketumbukan tentera di Tikrit maka mengurangkan aksi-aksi Amerika Syarikat di sana kerana ia telah diambil alih oleh Iran dan Haidar. Mengurangkan risiko kepadanya, tetapi sebaliknya tanggapan itu berada dalam fatamorgana. Tentera-tentera yang dikerah itu bukan sahaja kehausan memasuki Tikrit tetapi ramai rakan-rakan mereka mati ditembak kerana kabur dengan kedudukan pejuang-pejuang yang sedang menunggu untuk menghamburkan peluru-peluru mereka kearah penceroboh. Igauan-igauan itu memerlukan pemulihan dan sebagai pengubatnya Amerika Syarikat bersuara akan membantu Iraq menyerang Tikrit.

Apabila  kedua-dua puak tersebut sukar menembusi bentang Tirit maka AS bersuara bahawa ia akan menyokong Iraq menghadapi pejuang-pejuang Daulah Islamiyah di Tikrit melalui bantuan serangan jarak jauh dan teropong satelit; serangan udara, peluru berpandu dan jika ada melalui artileri.

Melihat kepada senario terkini Amerika Syarikat kekal beraksi sebagi tentera sokongan bukan sahaja kepada tentera Iraq, Iran dan mengintip-intip di Syria tetapi yang amat menakutkan ialah apabila tentera Rusia terlibat bergerak pantas di Ukraine untuk mencengkam negara tersebut. Cuma pada pada ketika ini Rusia lebih banyak menurut rentak rakan-rakan Eropah berbanding melakukan asakan kerana ia adalah strategi melumpuhkan musuh.

Berjayakah Amerika Syarikat menangani kompleks di Syria dengan melatih pejuang-pejuang kemerdekan Syria kerana di sana adalah pintu gerbang memasuki Israel, atau membantu Iraq menyerang Tikrit kerana ia adalah laluan untuk melangkah ke Baghdad dan yang penting Rusia sedang dilambai-lambai oleh masyarakat Ukraine, manakala masyarakat Eropah pula suka kepadanya kerana ia memberitahu bahawa MH17 ditembak oleh MIG-29 milik Ukraine? Maka Eropah suka kepada Rusia kerana mereka suka berterus terang sebagaimana pejuang-pejuang Daulah Islamiyah menjatuhkan hukuman akan diberi publisiti terlebih dahulu secara terbuka, tidak berselindung sebelum jatuh hukum dilakukan di kawasan terbuka.

Sesungguhnya mereka yang bersikap telus akan memenangi urusniaga walaupun lambat keuntungannya.



   

      




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Nasihat Lukman Al-Hakim: “Anakku, apabila sesiapa datang kepada kamu dengan aduan bahawa si anu telah mencabut kedua-dua biji matanya dan kamu lihat dengan mata kepala sendiri bahawa kedua-dua biji matanya tercabut, namun janganlah kamu sampai kepada sesuatu kesimpulan sebelum kamu mendengar pihak yang lain. Tidak mustahil orang membuat aduan itulah yang mula-mula mencabut mata orang lain, boleh jadi sebelum kehilangan kedua-dua biji matanya dia telah mencabutkan empat biji mata orang lain.”