Rusia Bakal Jadi Milik
Islam-Paderi Besar Katholik Ortodok Rusia
Posted on Thursday, March 26 @
07:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh
PenorehGetah
Ini adalah satu berita yang
mengejutkan dunia. Berita yang tidak pernah berlaku sebelum ini di Rusia.
Seorang Paderi Besar Katholik
Ortodoks, Dmitri Smirnov, menyampaikan satu khutbah gereja yang menggemparkan
di depan ratusan jemaahnya.
Dia mengatakan masa depan Rusia
akan menjadi milik orang Islam. Berikut ini isi ceramah kepada jemaahnya
sebagaimana Muslimin beritakan:
Lihatlah, ketika umat Islam
merayakan hari besar keagamaannya, tidak satu pun orang yang berani melalui
mereka, kerana di seluruh dunia di masjid-masjid dan jalan-jalan kota dipadati jutaan ribu
umat Islam yang sedang bersujud kepada Tuhannya.
Lihatlah, barisan jutaan umat
manusia yang beribadah dengan sangat teratur dan mengikuti saf mereka
masing-masing, dan hal itu tidak perlu diajarkan. Mereka berbaris dengan tertib
tanpa harus di suruh.
Dimana kamu boleh melihat pemeluk
Kristian seluruh dunia, boleh beribadah bersama? Dan hal itu tidak ada dalam
Kristian, kamu tidak akan pernah melihatnya.
Lihatlah mereka, orang Muslim
kerap membantu dengan sukarela tanpa berharap ganjaran, tapi pemeluk Kristian
malah sebaliknya.
Kamu tanyakan pada wanita tua itu
(sambil menunjuk wanita yang lumpuh yang berada di gerejanya). Menurut wanita
tua itu, seorang pemandu Muslim sering menyediakan kenderaannya untuk
menghantarnya ke gereja di Moskow.
Dan setiap wanita tua itu ingin
memberinya upah, tapi pemandu Muslim selalu menolaknya dengan alasan bahwa
Islam melarang mengambil upah pada wanita lanjut usia, orang miskin, dan
anak-anak yatim.
Dengarlah pengakuannya, padahal
wanita tua itu bukan ibu atau kerabatnya, tapi pemandu Muslim mengatakan dalam
Islam wajib menghormati orang yang lebih tua, apatah lagi orang tua yang lemah
dan tak berdaya tersebut.
Keikhlasan peribadi pemandu
Muslim tersebut tidak ada ditemui dalam pemeluk Kristian yang mengajarkan
kasih, tapi pemandu Kristian dengan tanpa belas kasihan meminta upah atas tugas
menghantar wanita tua itu. Dia mengatakan layak mendapat upah kerana kerjanya
adalah sebagai pemandu.
Seorang Muslim itu lebih dekat
dengan wanita tua itu, tetapi orang Kristian hanya inginkan duit. Apakah anda
tidak merasakan ini?
Bagaimana dalam proses penebusan
dosa, semua orang perlu membayar kepada pendetamu, entah orang itu miskin atau
warga tua, wajib membayarnya sebagai ritual pengampunan dosa.
Lihatlah juga, seorang Muslim
tidak tertarik untuk mengambil upah pada orang-orang tua. Mereka begitu ikhlas
dengan sukarela membawakan barang-barang serta belanja wanita tua itu.
Sampaikan si wanita tua itu hendak berdoa ke gereja, si pemandu Muslim itu
setia menghantar dan menjemputnya.
Inilah kenapa saya mengatakan masa
depan Rusia akan menjadi milik majoriti pemeluk Islam dan negara ini akan
menjadi milik Islam. Hadirin lihat peribadi yang berbudi luhur dan santun,
mampu membuat dunia tercengang, ternyata akhlak Muslim lebih mulia daripada
jemaah Kristian.
Anda mendengar bahawa Islam
dituduhkan sebagai agama pengganas, tapi itu hanya isu belaka yang pada
kenyataannya umat Islam lebih mengutamakan adab serta kesopanan.
Walau mereka difitnah sebagai
pengganas, tetapi populasi jumlah mualaf di Eropah dan Rusia makin ramai
berkunjung ke tempat ibadah orang Muslim untuk memeluk Islam, kerana para
mualaf tahu betul bahawa Islam tidak sekejam yang dunia tuduhkan.
Sekarang dan selamanya, masa
depan Rusia akan menjadi milik umat Islam. Di masa depan adalah kembalinya
kejayaan Islam. Lihat populasi Muslim di Rusia, telah berjumlah 23 juta dan
pemeluk Kristian mengalami penurunan menjadi 18 juta, dan selebihnya adalah
komunis.
Ini sebuah fakta bahawa Islam
sekarang menjadi agama terbesar di Rusia. Di utara bekas pecahan negara SovietUnion
majoriti Muslim iaitu
Republic of Chechnya ,
Pakistan , Kazakhstan , Uzbekistan
and Dagestan . Lalu umat Islam telah merebak di
kota-kota besar Rusia termasuk Moskow.
Imam Besar mengakhiri khutbahnya
dan turun ke mimbarnya dengan mata yang berair, sementara itu para jemaahnya
masih terpaku dan haru, tidak menyangka seorang Imam Besar Katolik juga
mengagungkan orang Muslim.
Sebahagian jemaah ada yang
menangis melihat cara ajaran Islam, ternyata berbudi luhur dan tidak layak di
sebut “pengganas”.
No comments:
Post a Comment