Mursyidul Am PAS ‘tanam’ DAP, PKR hidup-hidup
March 20, 2015 Berita Utama, Utama 0
haron din
Oleh Siti Fatimah Ishak
BANGI 19 Mac – DAP dan PKR hari ini ‘ditanam hidup-hidup’
apabila Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din menegaskan bahawa parti itu
meletakkan perjuangan menegakkan hukuman hudud sebagai ketetapan yang jauh
lebih penting daripada kerjasama dalam pakatan pembangkang.
Penegasan Haron Din yang menyandang antara jawatan tertinggi
dalam PAS itu merupakan satu tamparan hebat kepada DAP dan PKR yang sejak
kebelakangan ini sering memberi amaran dan kata dua kepada PAS berhubung
pembentangan undang-undang hudud oleh Kerajaan PAS Kelantan.
Mursyidul Am merupakan jawatan tertinggi dalam PAS iaitu
menjadi ketua kepada Majlis Syura Ulama, berbeza dengan jawatan Presiden yang
mengetuai Jawatankuasa Kerja PAS Pusat. Suara Mursyidul Am kerap kali menjadi
kata pemutus berkaitan sesuatu isu dan masalah yang dihadapi oleh parti itu.
“PAS tidak akan berganjak daripada prinsip asal
perjuangannya,” tegas Haron Din sebagaimana dilaporkan akhbar Utusan Malaysia , hari
ini.
Menurut beliau, agenda hukum hudud sudah sebati dengan PAS
dan parti itu akan tetap meneruskannya walaupun mendapat tentangan daripada
sekutunya dalam pakatan pembangkang.
“Seluruh ahli PAS terutamanya para pemimpin menyedari bahawa
pada satu ketika akan berlaku pertembungan di antara PAS yang hendak menegakkan
prinsipnya dengan rakan-rakan kongsinya yang mungkin beralah lalu menyokong
atau berkeras menentang.isma-slv-front-23
“Kalau PAS teragak-agak atau lebih mementingkan sekutunya
yang menentang atau terlampau sayang dengan pakatan sehingga sanggup
mengorbankan prinsipnya, maka PAS tidak akan membentangkan rang pindaan hukum
hudud yang sedang berlaku di Kelantan.
“PAS telah menyatakan kesungguhannya, PAS tidak bercakap
sahaja, PAS melaksanakannya, PAS lebih mengutamakan hukum Allah lebih daripada
hukum manusia,” katanya kepada akhbar itu, hari ini.
Hubungan antara PAS dengan DAP kini semakin tegang selepas
Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke mendakwa PAS menikam DAP dari belakang
apabila tidak menghiraukan amaran untuk tidak membentangkan pindaan enakmen itu
dalam sidang DUN Kelantan.
Haron Din , PAS tidak pernah membelakangkan DAP mahupun PKR
kerana perjuangan PAS menegakkan hukum hudud telah diterangkan berulang kali
sehingga seluruh dunia mengetahui mengenainya.
“Kalau perbuatan (membentangkan enakmen) itu dikatakan tikam
belakang, kenapa tidak kata tikam hadapan sahaja, kita sudah beritahu dan
terangkan berulang-ulang kali sampai masyarakat pun muak, PAS bukan sahaja
beritahu DAP tetapi telah beritahu seluruh Malaysia dan seluruh dunia,”
katanya.
Ketika ditanya sama ada keputusan PAS melaksanakan hukuman
hudud akan menjejaskan undi daripada bukan Islam, Haron Din berkata, PAS lebih
bimbangkan kemurkaan Allah daripada bimbang tidak mendapat sokongan manusia.
“Dengan lain perkataan, PAS lebih mengharapkan bantuan Allah
daripada bantuan manusia,” katanya.
No comments:
Post a Comment