Allah s.w.t. memberi ilham kepada individu-ibndividu yang ikhlas, prihatin kepada kehidupan, membina keharmonian, menyahut keluhan-keluhan masyarakat teraniaya lantas menanamkan di dalam akal dan perasaan mereka sifat-sifat kenabian mengakar sepanjang kehidupan yang tidak putus-putus sepanjang zaman yang generasinya silih berganti.
Sifat-sifat tersebut berantaian sehingga akhir kehidupan kerana Nabi
Muhammad s.a.w. mengingatkan melalui al-Quran, surah Ali-Imran ayat 102-106:
“Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dengan
sebenar-benar taqwa, dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan
Islam.
Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam),
dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu
ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan
di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka
menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Dan
kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu
semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan
nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat
keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya.
Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah)
kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara
yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan
mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.
Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang (Yahudi dan Nasrani)
yang telah berceri-berai dan berselisihan (dalam agama mereka) sesudah datang
kepada mereka keterangan-keterangan yang jelas nyata (yang dibawa oleh
Nabi-nabi Allah), Dan mereka yang bersifat demikian, akan beroleh azab seksa
yang besar.
(Ingatlah akan) hari (kiamat yang padanya) ada muka (orang-orang)
menjadi putih berseri, dan ada muka (orang-orang) menjadi hitam legam. Adapun
orang-orang yang telah hitam legam mukanya, (mereka akan ditanya secara
menempelak): "Patutkah kamu kufur ingkar sesudah kamu beriman? Oleh itu
rasalah azab seksa neraka disebabkan kekufuran kamu itu."
Pelopor-pelopor sifat-sifat kenabian itu yang memegang konsep ‘amar
maaruf nahi munkar’ berkekalan di muka bumi sama ada ia dipelopori oleh
orang-orang Amerika, Eropah, Asia , Timur Tengah atau di mana-mana sahaja yang
pentuing mereka adalah golongan yang mengikuti pengajaran Nabi Muhammad s.a.w..
Mereka pula akan kekal berdakwah di kawasan masing-masing mengajak
manusia kepada roh-roh kesucian dengan menyembah Allah s.w.t. dan menyingkirkan
kesyirikan yang penuh dengan kesesatan.
Mereka akan mempelopori keharmonian-keharmonian wilayah, negeri atau negara
masing-masing kerana ia saling berinteraksi antara pembawa kebenaran dengan
masyarakat yang mengimpikan keharmonian. Mereka memahami kawasan dan suasana
budaya setempat kerana Nabi s.a.w. mengingatkan bahawa kamu lebih memahami
budaya setempat dan suasana semasa berbanding dengan mereka yang berada di
kawasan lain.
Hiduplah sebagai manusia jangan mendajal.
Allahu Akhbar
No comments:
Post a Comment