Lambang adalah pengenalan diri untuk menjelaskan sesuatu maksud kepada umum. Melalui lambang-lambang atau simbol-simbol itu ia memudahkan orang awam mengenali mereka
atau sebagai suatu pernyataan bahawa lambang itu adalah mereka.
Perlambangan itu pula akan dipegang teguh dengan ikrar-ikrar yang telah dilafazkan untuk menjunjung kalimah-kalimah suci menjulang martabat umat.
Mereka tetap menjunjung ikrar-ikrar yang telah dilafazkan itu sebagai seorang insan yang bergelar manusia, makhluk yang dicipta oleh Allah s.w.t.. Setelah akil baligh, seruan-seruan kearah hikmah dan keharmonian itu terbeban kepadanya sebagai pembawa amanah dan rahmat kepada semua manusia dan alam. Kerana ia adalah janji yang benar.
Lambang Amerika Syarikat dikenali melalui benderanya
berjalur tiga belas menandakan bahawa tiga belas koloni semasa penubuhannya dan 50
bintang menunjukkan bahawa Amerika Syarikat dibentuk melalui persefahaman 50 buah negeri-negeri bersekutu membentuk gabungan negara Amerika Syarikat.
Lambang Malaysia pula mempunyai bendera dikenali sebagai Jalur Gemilang. Jalur
Gemilang ada 14 jalur menandakan bahawa
ada 13 negeri dan sebuah kerajaan pusat. Bintang pecah 14 pula menunjukkan
bahawa ada 13 negeri dan sebuah
persekutuan yang rakyatnya berpadu akrab, setia kepada negara dan mengelar diri mereka sebagai rakyat Malaysia. Anak bulan tandanya Islam sebagai agama rasmi negara. Warna kuning pada anak bulan dan bintang pecah
itu adalah warna diraja kepada sultan-sultan di negeri-negeri yang bersultan
dan Yang Dipertuan Negeri yang dilantik
oleh Yang DiPertuan Agung bagi negeri-negeri yang tiada sultan.
Lambang Daulah Khilafah Islamiyah menggunakan lambang bendera hitam putih dengan tulisan Arab. Tulisan dibahagian atas itu adalah kalimah
tauhid: ‘Laa Ilaahah illallah’,
maksudnya: Tiada tuhan yang disembah
kecuali Allah s.w.t.. Bulatan dibawah kalimah tauhid itu adalah perkataan Arab. Apabila dibaca dari atas ke bawah maksudnya: Allah, Rasul, Muhammad. Tetapi sewajarnya hendaklah di baca dari bawah ke atas, maksudnya: Muhammad, Rasul, Allah. Apabila dicantumkan bacaan kalimah Arab itu ketika dibaca, maka akan berbunyilah kalimat thaiyybah itu: ‘Laa Ilaahah illallah Muhammaddur Rasulullah’, maksudnya: Tiada Tuhan yang disembah kecuali Allah dan sesungguhnya Nabi Muhammad itu Rasulullah'.
Daulah Khalifah atau Khilafah Daulah Islamiyah menggunakan lambang tulisan memanjang di atas sebagai kalimah thaiyybah yang dibaca serentak dengan tulisan dalam bulatan. Tulisan pada bulatan di bawah kalimah tauhid itu mengambil sempena cop mohor Rasulullah s.a.w. dari cincin Baginda s.a.w.
Daulah Khalifah atau Khilafah Daulah Islamiyah menggunakan lambang tulisan memanjang di atas sebagai kalimah thaiyybah yang dibaca serentak dengan tulisan dalam bulatan. Tulisan pada bulatan di bawah kalimah tauhid itu mengambil sempena cop mohor Rasulullah s.a.w. dari cincin Baginda s.a.w.
Sesungguhnya lambang-lambang, simbol-simbol atau apa sahaja
yang membawa maksud tersendiri adalah pengenalan
diri kepada pembawanya.
Oleh itu perlambangan-perlambangan tersebut akan diabadikan
selama-lamanya kecuali jika berlaku perubahan-perubahan ke atasnya sebagaimana
seorang muslim akan menjadi seorang muslim beriman, memegang teguh agamanya sehinga
hari kiamat. Orang-orang beriman tidak akan berkomplot melakukan kedajalan dan
menyorok MH370 termasuk menjadi penampan-penampan kepada golongan dajal.
Allahu Akhbar.
Persoalanya, benarkah lambang-lambang itu sebagai jati diri kepada
pembawanya?
No comments:
Post a Comment