Posted on Thursday, March 26 @ 09:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
Menurutnya, beliau menghadiri tiga daripada keseluruhan
pertemuan untuk menjelaskan hudud.
"Untuk makluman semua, tanggapan mengatakan pimpinan
Pas tidak membuat penjelasan kepada pimpinan PR tentang Rang Undang-undang
Mahkamah Syariah atau hudud adalah tidak betul.
"Saya sendiri sudah tiga kali bersama dengan pimpinan
Pas Pusat dan pimpinan kerajaan negeri (Kelantan) berjumpa pimpinan PR
menjelaskan tentang hudud.
"Sekali di ibu pejabat DAP di Cheras di mana semua
pimpinan tertinggi PR hadir dan dipengerusikan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim
(Ketua Umum PKR). Kemudian di ibu pejabat Pas di Kuala Lumpur dan akhir sekali
di bangunan Parlimen baru-baru ini," katanya dalam satu kenyataan.
Pada Rabu lalu, Dun Kelantan membentangkan Enakmen Kanun
Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) dan diluluskan keesokan harinya.
Namun, tindakan membentangkan enakmen itu menerima reaksi
negatif daripada rakan komponennya, DAP dan PKR.
Sementara itu, Dr Mohd Fazli turut mendedahkan bahawa
pimpinan PR meminta Pas menyebut perkataan pindaan untuk pembentangan di Dun
Kelantan tersebut yang membuatkan pihaknya serba salah.
"Mereka (pimpinan PR) sudah jelas tentang hudud dan
pendirian kita. Di perjumpaan terakhir di Parlimen baru-baru ini tidak ada pun
keputusan dibuat supaya Pas jangan bentangkan hudud di Dun Kelantan.
"Sebaliknya kita tegaskan kita mesti kena bawa (ke Dun)
sebab telah diluluskan oleh Majlis Ulama Maik (Majlis Agama Islam dan Adat
Istiadat Melayu Kelantan) dan mendapat perkenan dari Baginda Sultan (Sultan
Muhammad V).
"Mereka minta kita ubah dengan menyebut perkataan
pindaan. Pada awalnya kita agak keberatan kerana kita terpaksa sebut satu
persatu pindaan yang kita buat apabila Menteri Besar Kelantan buat pembentangan
dalam Dun," katanya.
Namun menurutnya, Pas akhirnya bersetuju menurut cadangan PR
dan membuat pembetulan dalam pembentangan rang undang-undang itu.
"Tetapi mesyuarat Jawatankuasa Pas Pusat esoknya
bersetuju sebagaimana yang mereka cadangkan. Terpaksalah kita pinda banyak
perkara. Itu yang terpaksa buat pembetulan dalam enakmen itu.
"Tiba-tiba apabila diluluskan dalam Dun keluar
kenyataan kita tikam PR dari belakang dengan meneruskan pindaan tersebut dengan
alasan mesyuarat PR memutuskan tidak teruskan sidang Dun. Tidak ada langsung
keputusan begitu," katanya.
Katanya lagi, sikap pemimpin PR juga sangat keras dalam
setiap perjumpaan yang dihadirinya sebelum ini.
"Untuk pengetahuan semua, tiga kali ana (saya)
berhadapan dengan mereka, sikap mereka sangat keras dalam setiap kali
perjumpaan.
"Dalam perjumpaan terakhir baru ni, mula saja
mesyuarat, mereka terus mahu mesyuarat majlis PR buat keputusan supaya hudud
dikeluarkan dari agenda parti gabungan PR," katanya.
No comments:
Post a Comment