NASIHAT LUKMAN HAKIM: "WAHAI ANAKKU, TIADA AMALAN SOLEH TANPA KEYAKINAN DENGAN ALLAH TAALA. SESIAPA YANG MEMPUNYAI KEYAKINAN YANG LEMAH MAKA AMALANNYA JUGA MENJADI CACAT."

Blogger Widgets Blogspot Tutorial

Sunday, 29 March 2015

GERMANWINGS CUAI



Pihak berkuasa penyiasatan menyalahkan orang mati, Andreas Lubitz, 28, kerana dinyatakan sebagai individu yang bertanggungjawab dalam tragedi 4U 9525 terhempas di selatan Perancis. Pesawat Airbus A320 milik Germanwings menerima kecelakaan itu tanpa menyelidiki secara jujur unsur-unsur lain sama ada yang bersifat teknikal atau kecuaian pengurusan sehingga mengakibatkan membunuh 150 orang penumpang-penumpang yang tidak berdosa berada di dalamnya.

Tragedi tersebut adalah kecuaian pihak Germanwings tetapi dialihkan kepada orang mati, Andreas Lubitz, yang tidak boleh menjawab tuduhan-tuduhan yang ditohmahkan kepadanya sama seperti Amerika Syarikat menekan golongan dungu-dungu menjadi penampan-penampan baginya. Ketua-ketua negara ternganga mulut mereka kerana kedajalan yang mereka lakukan sukar untuk menepisnya. Akhirnya ilusi-ilusi kedajalan memahat pemikiran golongan dajal yang saling berinteraksi.

Sepatutnya apabila pihak Germanwings mengenal pasti Lubitz bermasalah dari segi kesihatan, maka pihak pengurusan mesti peka dengan pegawai-pegawainya bukan sahaja kepada juruterbang, pembantu juruterbang, pentadbiran, ahli lembaga tetapi termasuk penghantar dokumen dan pembersih pejabat.

Jangan disebabkan oleh kecuaian pengurusan maka orang yang mati dijadikan alasan untuk dipersalahkan akhirnya pihak yang merekacipta pesawat A320 dan pengurusan Germanwings terlepas dari  dipersalahkan.

Tolongan jangan jadikan orang mati yang tidak boleh menjawab tuduhan-tuduhan, kritikan-kritikan, tohmahan-tohmahan yang ditokoh tambah untuk menjustifikasikan kecuaian-kecuaian yang dilakukan oleh manusia yang hidup.

Germanwings mesti bertanggungjawab sepenuhnya. Tolong jangan mendajal.

Jadilah manusia jujur.


--------------------


Andreas Lubitz tidak layak terbangkan pesawat – Doktor
29 Mac 2015 12:30 AM

  
DUESSELDORF 28 Mac – Pihak berkuasa Jerman semalam me­nemukan enam nota kesihatan yang telah dikoyakkan, menunjukkan pembantu juruterbang Germanwings 4U 9525, Andreas Lubitz yang didakwa sengaja menyebabkan pesawat itu terhempas, menghidap sejenis penyakit yang tidak melayakkannya melakukan penerbangan pada hari nahas berlaku.

Pegawai pendakwa raya Perancis percaya, Lubitz, 28, mengunci dirinya sendirian di dalam kokpit pesawat Airbus A320 tersebut pada Selasa lalu dan sengaja menjunamkan pesawat ke Banjaran Alps, membunuh kesemua 150 penumpang.

“Dokumen itu menunjukkan kewujudan penyakit sedia ada dan Lubitz mendapat rawatan daripada doktor,’’ kata pejabat pendakwa raya di Duesseldorf, yang merupakan kawasan tempat tinggal Lubitz dan destinasi pesawat itu sebelum terhempas.
  
Nota doktor yang dikoyakkan itu ditemukan di rumah Lubitz dan boleh menjadi surat pelepasan kepadanya daripada bertugas atas sebab kesihatan.

Penemuan itu menyokong andaian bahawa Lubitz menyembunyikan penyakitnya daripada majikan dan rakan-rakannya, kata pendakwa raya.


Sementara itu, akhbar harian Jerman, Bild melaporkan, Lubitz pernah memberitahu bekas teman wanitanya pada tahun lalu bahawa dia menjalani rawatan psikiatri dan sedang merancang sesuatu yang akan diingati ramai.

“Semasa saya dengar tentang nahas itu, saya teringat apa yang dikatakannya.

“Lubitz memberitahu, satu hari nanti dia akan melakukan sesuatu yang akan menyebabkan orang mengetahui namanya serta mengingatinya,’’ kata wanita bernama Maria W itu yang bertugas sebagai pramugari.

Maria menjelaskan, dia tidak mengetahui apa yang dimaksudkan Lubitz pada ketika itu. – REUTERS














No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Nasihat Lukman Al-Hakim: “Anakku, apabila sesiapa datang kepada kamu dengan aduan bahawa si anu telah mencabut kedua-dua biji matanya dan kamu lihat dengan mata kepala sendiri bahawa kedua-dua biji matanya tercabut, namun janganlah kamu sampai kepada sesuatu kesimpulan sebelum kamu mendengar pihak yang lain. Tidak mustahil orang membuat aduan itulah yang mula-mula mencabut mata orang lain, boleh jadi sebelum kehilangan kedua-dua biji matanya dia telah mencabutkan empat biji mata orang lain.”