NASIHAT LUKMAN HAKIM: "WAHAI ANAKKU, TIADA AMALAN SOLEH TANPA KEYAKINAN DENGAN ALLAH TAALA. SESIAPA YANG MEMPUNYAI KEYAKINAN YANG LEMAH MAKA AMALANNYA JUGA MENJADI CACAT."

Blogger Widgets Blogspot Tutorial

Tuesday, 3 March 2015

TAHUN 2015: TAHUN KAMBING @KAMBING BIRI-BIRI?



Tahun Baru Cina 2015 dirai amat meriah di daerah-daerah yang majoritinya masyarakat Cina, sebab itu ia disebut Tahun Baru Cina. Kini semua lapisan merayakannya. Ia telah melepasi kongkongan sempadan. Dari kalangan keluarga, sahabat handai dan golongan mualaf juga tidak terkecuali merayakan Tahun Baru Cina dengan meraikan di kawasan tertentu atau restoran-restoran dengan dimulai dengan makanan ‘Yee Sang’. Budaya hidup yang masih mengakar.  

Mereka merayakan tahun tersebut sebagai suatu tradisi membangkitkan keazaman dan kecemerlangan masa hadapan sama seperti mengulangi perayaan tahunan yang saban tahun dirayakan seperti mengingati Maal Hijrah, Tahun Baru Kalendar Masihi, Maulid Rasul, Aidilfitri, Aidiladha dan hari-hari Tasriq, hari pekerja, Hari Wesak, perayaan Krismas dan pelbagai perayaan yang bersifat harmonis.

Namun, Tahun Baru Cina dikenali dengan pelbagai nama-nama binatang untuk tema perayaannya. Berbeza dengan sambutan perayaan-perayaan tahunan lain menggunakan tema-tema semasa tentang suasana semasa. Jika perayaan tersebut memerlukan tema. Tema-tema binatang-binatang untuk Tahun baru Cina itu ada 12 binatang, maka ia mempunyai pusingan tahunan untuk tempoh 12 tahun, baharulah mengulangi perayaan tahunan untuk tema-tema binatang tersebut lagi.

Menurut kalendar Tahun Baru Cina, untuk tahun 2015 dikenali sebagai tahun kambing.  Selepas Tahun Kambing akan bersilih ganti dengan tahun-tahun binatang lain pula sebelum mengulangi Tahun Kambing untuk tempoh 12 tahun akan datang. Pentaksisan Tahun Baru Cina menurut tema-tema binatang yang berbeza menurut tahun-tahunnya sebelum  mengulangi tema tahunan untuk Tahun Baru Cina pada tahun yang lain. Sebagai contoh; tahun 2015 sebagai Tahun Kambing, akan mengulangi Tahun Kambing lagi pada tahun 2027, 2040, 2052 dan seterusnya.  Perulangan yang berlaku selagi dunia belum kiamat.

Perulangan Tahun Baru Cina itu jika mengikut perkiraanya mengambil kira bahawa setahun ada 365 hari tanpa tahun lompat. Maka, tema Tahun Baru Cina yang sama akan diulangi lagi selepas 12 tahun. Tema Tahun Kambing 2015 akan disambut lagi pada tahun 2027. Tahun 2015 tambah 12 tahun menjadilah pada tahun 2027. Demikianlah ditambah 12 tahun untuk mendapatkan tahun-tahun kambing seterusnya untuk tema-tema tahun-tahun akan datang.

Untuk mendapatkan jumlah hari pada Tahun Kambing pula selepas 2015 iaitu pada tahun 2027, dengan mengambil kira setahun ada 365 hari tanpa tahun lompat. Tempoh untuk bumi melengkapkan mengelilingi matahari selama 365.25 hari. Perbezaan takwim satu tahu qamariah itu sebanyak 0.25 hari (1/4 hari setahun) selepas 4 tahun melengkap matahari untuk tahun lompat berbanding takwim Gregory: 365 + (12 X 365) + 3 hari tahun lompat = 4,383 hari untuk menemui Tahun Kambing pada tahun 2027.

Untuk mendapatkan kiraan menurut jam, sehari ada 24 jam. Maka untuk mendapatkan tempoh jam untuk sampai kepada Tahun Kambing tahun 2027 adalah seperti berikut:

4,383 hari X 24 jam = 105,192 jam.

Jika dinisbahkan kepada makanan; kambing adalah sejenis binatang yang amat digemari oleh mereka yang mengetahui khiasatnya.

Kepada individu yang mengidap kencing manis dan darah tinggi tidak digalakkan makan daging tersebut khususnya di negara ini kerana ada kes-kes pemakannya mendapat implikasi yang memudaratkan.

Tetapi ada pula kes-kes pengidap penyakit tersebut apabila memakan daging kambing di tanah Arab yang beriklim panas kering, tidak pula memudaratkan bahkan menjadi ubatan kepadanya. Segar bugar tenaganya. Sihat badannya.

Adalah dicadangkan kepada mereka yang mengidap penyakit tersebut memanfaatkan amalan tradisional  seperti memakan makan madu asli, minum air zam-zam, makan buah-buahan ketika musimnya di kawasam tersebut, sayur-sayuran segar dan mandi secara terkawal seperti:-


  1. Mandi air terjun.
  2. Mandi air laut/pantai.
  3. Mandi air panas.

PERINGATAN! Tolong jangan mandi pada waktu tengah malam. Seperti masa nahas MH370 disyorok dibawa lari. Kerana masa tersebut akan memudaratkan badan.

Sebagai contoh, sekiranya seseorang pesakit lumpuh atau separuh lumpuh, jika berpeluang mandi air terjun, berendam menghadang aliran arus air terjun mengenai badan yang lumpuh itu dengan menggerak-gerakkan badan seperti sifatnya mengurut badan yang lumpuh itu.

Walau bagaimanapun, petua tersebut bergantung kepada semangat kekuatan badan pesakit dengan pengawasan saudara-mara. Jangan lakukan jika ragu-ragu dalam perubatan tersebut.

Pandangan ini dilontarkan  bagi mengurangi kos-kos perubatan yang menggunakan alat-alat eletronik, mendapatkan perkhidmatan spa dan urutan-urutan tradisional yang mengasyikkan terutamanya kepada golongan dewasa yang memiliki ‘semangat hidup sihat’.

Ada di kalangan perkhidmatan spa mengaplikasikan konsep-konsep mandian tersebut dengan menghadirkan rekacipta menyerupai aliran air terjun atau ombak pantai dan mandi air panas.

Adalah disyorkan supaya menggunakan konsep-konsep perubatan tradisional asli itu. Diingatkan sekali lagi, tolong jangan lakukan jika ragu-ragu dengan aktiviti tersebut terutamanya pesakit kencing manis.

Bagi merumuskan urutan tema-tema Tahun Baru Cina  dimulai tahun 2015, adalah seperti berikut:


Tahun
Tema Sambutan
Keistimewaanya
Nilai tambah 
Ulasan  
2015
Kambing
Tahun kelapan dalam kelendar Cina, tahun 2015 menurut Feng Shui tahun bertuah
2016
Monyet

Tahun lompat
Tahun hadapan
2017
Ayam


Tahu ke-10
2018
Anjing


Tahu ke-11
2019
Babi


Tahun ke-12
2020
Tikus
Tahun keramat: Tahun penduduk Malaysia menghampiri 70 juta orang
2021
Lembu



2022
Harimau



2023
Arnab



2024
Naga

Tahun lompat

2025
Ular



2026
Kuda



2027
Kambing



2028
Kambing

Tahun lompat

2029
Monyet



2030
Ayam



2031
Anjing



2032
Babi

Tahun lompat

2033
Tikus



2034
Lembu



2035
Harimau



2036
Arnab

Tahun lompat

2037
Naga



2038
Ular



2039
Kuda



2040
Kambing

Tahun lompat

2041
Kambing



2042
Monyet



2043
Ayam



2044
Anjing

Tahun lompat

2045
Babi



2046
Tikus



2047
Lembu



2048
Harimau

Tahun lompat

2049
Arnab



2050
Naga



2051
Ular



2052
Kuda

Tahun lompat

2053
Kambing











No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Nasihat Lukman Al-Hakim: “Anakku, apabila sesiapa datang kepada kamu dengan aduan bahawa si anu telah mencabut kedua-dua biji matanya dan kamu lihat dengan mata kepala sendiri bahawa kedua-dua biji matanya tercabut, namun janganlah kamu sampai kepada sesuatu kesimpulan sebelum kamu mendengar pihak yang lain. Tidak mustahil orang membuat aduan itulah yang mula-mula mencabut mata orang lain, boleh jadi sebelum kehilangan kedua-dua biji matanya dia telah mencabutkan empat biji mata orang lain.”