NASIHAT LUKMAN HAKIM: "WAHAI ANAKKU, TIADA AMALAN SOLEH TANPA KEYAKINAN DENGAN ALLAH TAALA. SESIAPA YANG MEMPUNYAI KEYAKINAN YANG LEMAH MAKA AMALANNYA JUGA MENJADI CACAT."

Blogger Widgets Blogspot Tutorial

Wednesday, 1 April 2015

AMERIKA SYARIKAT BERTOPENG MALAM DI YAMAN


  
Siapakah yang mengetahui sasaran tentera di Yaman? Arab Saudikah atau sekutu-sekutu Arabnya? Yang pasti bagi mengumpul maklumat untuk sasaran ketenteraan sesebuah negara hanya dimiliki oleh Amerika Syarikat kerana ia memiliki semua sumber. 

Amerika Syarikat bertindak serampang dua mata. Melakukan pengeboman di Tikrit, Iraq dan bertopengkan malam menyerang Yaman. Maka sasaran-sasaran ketenteraan dan kawasan–kawasan  yang dikenal pasti sebagai pusat-pusat ketenteraan telah diplotkan sebagai ‘target’.  

Amerika Syarikat bersifat licik.

Mengapakah Yaman diserang dengan pengeboman pada waktu malam tetapi tidak dilakukan pada waktu siang? Ceritanya sama seperti golongan dajal menyorok MH370 pada waktu malam supaya CCTV tidak berfungsi menunjukkan wajah-wajah dajal kerana dajal berperanan mendajal.

Yaman dibedil oleh pesawat-pesawat pada malam hari supaya pesawat-pesawat yang berligar-ligar di udara itu tidak dikenali secara tepat kerana pesawat-pesawat milik Amerika Syarikat yang bertopengkan wajah Arab Saudi dan menamakan sekutu-sekutu Arab adalah antara yang turut serta menyerang kawasan-kawasan di Yaman.

Amerika Syarikat bertopengkan malam semasa serangan di Yaman sebagaimana Amerika Syarikat bertopeng malam semasa melakukan aksi-aksinya menyorok MH370. Walaupun Amerika Syarikat bertopengkan malam tetapi wajahnya tetap kelihatan melalui tindakan-tindakannya.

Amerika Syarikat bertopengkan Arab Saudi kerana cara-cara penyerangan, teknik-teknik penerbangan aerobatik, gaya pengeboman, penyelarasan penembakan hanya dapat dilakukan oleh suatu kordinasi yang pakar dengan selok-belok kawasan di Yaman  antara pilot-pilot dan isyarat-isyarat yang dipantulkan serta jarak sasaran dan kawasan yang ditetapkan. Perkara tersebut hanya boleh dilakukan oleh pengendali-pengendali pesawat terlatih, kordinasi yang diselaraskan, jenis-jenis bom yang digunakan, cara-cara melakukan penyerangan, waktu-wakyu pengeboman yang biasa dilakukan, landasan-landasan pelepasan dan pendaratan pesawat dan sasaran-sasaran yang dikenal pasti.

Secara teorinya pilot-pilot Arab Saudi dan sekutu-sekutu Arabnya kurang memahami serangan waktu malam kawasan-kawasan ketenteraan di Yaman.

Secara praktikalnya Amerika Syarikat mengetahui sasaran-sasaran di Yaman kerana pengintip-pengintip, satelit-satelit NATO dan Amerika Syarikat dihalakan di wilayah Daulah Isliamiyah termasuk Yaman. Jika pengintip-pengintip Amerika Syarikat itu berada di wilayah Daulah Islamiyah dan mereka tertangkap tiada ampunan bagimu. Jatuh hukum akan disabitkan kepada mereka.

Amerika Syarikat boleh mensenyapkan diri sebagaimana ia mensenyapkan diri  tentang penyorokan MH370 dan penembakan MH17.

Amerika Syarikat mendeklarasikan penyerangan di Tikrit, Iraq tetapi ia mensenyapkan penyerangan di Yaman. Ibarat baling batu sembunyi tangan.

Amerika Syarikat akan terkepong di kawasan-kawasan Daulah Islamiyah termasuk di negaranya sendiri.

Pada ketika ini Amerika Syarikat boleh berlagak sombong menyerang negara-negara Ukraine, Syria, Iraq, Yaman, Afghanistan secara membabi buta dengan pesawat-pesawat tetapi ingat Amerika Syarikat akan menerima akibatnya kerana memperbanyakkan musuh-musuhnya. Sehingga hari ini Amerika Syarikat tidak memenangi peperangan, ia hanya membunuh ramai manusia tidak berdosa.

Amerika Syarikat licik mengalihkan peperangan di negara-negara luar supaya Amerika Syarikat selamat dari kemusnahan negaranya. Trend tersebut telah dilakukannya sejak tahun 1945.

Insaflah sebelum terlambat. Jangan menggunakan topeng-topeng berselindung disebalik kedajalan sebagaimana dajal-dajal bertopengkan  malam 8 Mac 2014 menyorok MH370, penembakan MH17 yang belum dimuktamadkan dan  penyiasatan oleh Perancis dan Jerman menyalahkan orang mati tragedy 4U 9525 pesawat A320 Germanwings akhirnya Airbus senyum.

Sila bersifat objektif, jangan menokoh tambah mereka-reka cerita.








  
 


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Nasihat Lukman Al-Hakim: “Anakku, apabila sesiapa datang kepada kamu dengan aduan bahawa si anu telah mencabut kedua-dua biji matanya dan kamu lihat dengan mata kepala sendiri bahawa kedua-dua biji matanya tercabut, namun janganlah kamu sampai kepada sesuatu kesimpulan sebelum kamu mendengar pihak yang lain. Tidak mustahil orang membuat aduan itulah yang mula-mula mencabut mata orang lain, boleh jadi sebelum kehilangan kedua-dua biji matanya dia telah mencabutkan empat biji mata orang lain.”