NASIHAT LUKMAN HAKIM: "WAHAI ANAKKU, TIADA AMALAN SOLEH TANPA KEYAKINAN DENGAN ALLAH TAALA. SESIAPA YANG MEMPUNYAI KEYAKINAN YANG LEMAH MAKA AMALANNYA JUGA MENJADI CACAT."

Blogger Widgets Blogspot Tutorial

Wednesday 29 April 2015

POLIS SEDANG BURU SAKI BAKI ANGGOTA KUMPULAN DITAHAN DI GUNUNG NUANG - ZAHID




PUBLISHED: Apr 27, 2015 08:39pmUPDATED: Apr 27, 2015 08:40pm

Polis sedang buru saki baki anggota kumpulan ditahan di Gunung Nuang – Zahid

PUTRAJAYA, 27 April: Polis kini memburu saki baki anggota kumpulan 12 individu yang ditahan di Hulu Langat dan Cheras semalam bagi melumpuhkan sepenuhnya gerakan kumpulan itu untuk melakukan serangan di negara ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata nama dan jumlah mereka yang dipercayai anggota kumpulan pengganas militan IS (Islamic States) itu sudah berada di tangan polis dan pasukan keselamatan sedang menjejaki mereka.

“Kami masih memburu dan sangat serius dalam menjejaki mereka…saya yakin polis boleh mengesan dan dapatkan individu terbabit walau di mana mereka berada.

“Selain memantau pintu masuk dan keluar melalui jalan udara, polis juga menjejaki ‘lorong-lorong tikus’ meliputi laluan darat dan laut termasuk mengesan perbualan atau komunikasi mereka dalam media sosial,” katanya pada sidang media hari ini.

Terdahulu, beliau menerima kunjungan hormat Pesuruhjaya Tinggi British di Malaysia, Vicky Treadell di pejabatnya di sini.

Kumpulan lelaki berusia antara 17 dan 41 tahun itu ditahan anggota Bahagian Counter Terrorism, Cawangan Khas Bukit Aman dalam satu operasi khas.

Polis turut menemui peralatan dan bahan untuk menghasilkan bahan letupan.

Siasatan lanjut mendapati kumpulan itu sedang merancang melancarkan serangan ke atas sasaran-sasaran strategik dan berkepentingan kerajaan di sekitar Lembah Klang.

Ahmad Zahid berkata walaupun kumpulan berkenaan tidak pernah ke Syria atau Iraq, namun tindakan itu menunjukkan mereka mempunyai rangkaian dan bersedia melakukan kegiatan keganasan dan aktiviti yang negatif kepada negara.


Kumpulan itu bukan sahaja berlatih membuat bom tetapi turut menjalankan uji kaji terhadap bahan letupan yang dibuat dan jika tidak dicegah, tentunya akan mendatangkan ancaman lebih besar kepada sasaran-sasaran yang telah ditentukan mereka, katanya.

Dalam perkembangan lain, Ahmad Zahid berkata Kementerian Dalam Negeri telah menerima cadangan daripada tujuh syarikat berhubung pembinaan tembok sepanjang 1,763 kilometer dari Kelantan hingga Perlis.

Katanya pembinaan itu perlu disegarakan bagi menambah elemen keselamatan kerana adalah mustahil jika ‘hanya orang atau anggota’ sahaja yang bertugas menjaga sempadan daripada dibolosi.

Bagaimanapun setakat ini kami belum mendapat kata putus daripada Kementerian Kewangan untuk penyediaan belanjawan berkenaan, katanya tanpa mendedahkan nama syarikat dan spesifikasi binaan.

Ingin menambah sesuatu pada laporan ini? Sila maklumkan melalui komen di bawah.
Tags: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Gunung Nuang, polis



APA PERASAAN ANDA MENGENAI LAPORAN INI ?
·     0%  Gembira

·     0%  Sedih
·     0%  Marah
·     0%  Terkejut
·     0%  Tidak apa
  







No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Nasihat Lukman Al-Hakim: “Anakku, apabila sesiapa datang kepada kamu dengan aduan bahawa si anu telah mencabut kedua-dua biji matanya dan kamu lihat dengan mata kepala sendiri bahawa kedua-dua biji matanya tercabut, namun janganlah kamu sampai kepada sesuatu kesimpulan sebelum kamu mendengar pihak yang lain. Tidak mustahil orang membuat aduan itulah yang mula-mula mencabut mata orang lain, boleh jadi sebelum kehilangan kedua-dua biji matanya dia telah mencabutkan empat biji mata orang lain.”