Dalam suasana dunia yang dikawal oleh manusia penyembah harta maka
wajar masyarakatnya berhati-hati dengan gelagat-gelagat manusia tersebut. Dikhuatiri
harta-hartanya itu digunakan untuk
menyesat manusia, mengkontaminasikan akal yang suci akhirnya ia membawa
kepada kesyirikan yang sukar dipulihkan. Jika ia bersifat kedekut untuk
kepentingan diri, keluarga dan rakan-taulan masih lagi boleh dimaafkan tetapi
jika penyembah harta untuk tujuan
kesesatan maka hukuman akan disabitkan kepada mereka tanpa disedari seperti
pemerintah Iraq pasca pencerobohan Amerika Syarikat, harta-harta awam digunakan
membayar hutang-hutang kepada
golongan yang tidak melakukan kerja-kerja mereka.
Barangkali sebagai pertukaran membayar balik ganti rugi yang telah
dilaburkan untuk membunuh Presiden Iraq Saddam Hussein dan pemerintahannya ditumbangkan,
membunuh manusia tidak berdosa serta kehidupan
rakyat awam masih ditakuk lama kerana duit-duit awam disedut oleh pemerintah
yang korup.
Manakala hakim yang menetapkan jatuh hukum kepada Presiden Iraq
Saddam Huseein telah pun menerima hukumannya, dihukum oleh pejuang-pejuang
Daulah Islamiyah. Hakim-hakim yang amanah disayangi manakala hakim-hakim
bersekongkol dengan dajal akan dihukum.
Harta awam dilabur untuk
mengukuhkan pendajalan
Di Asia Tengah ada negara membayar gaji dengan harta-harta negara
tetapi bayaran-bayaran kepada nama-nama yang tidak wujud. Sifatnya kosong-kosong
tetapi harta negara menyusut kerana membayar kepada nama kosong-kosong itu. Ia dilakukan oleh golongan dajal yang
mengambil peluang kerana pakatan kedajalan kepada masyarakatnya. Kini negara
tersebut sedang mencari identiti mereka kerana kedajalan itu mengubah
gelagat-gelagat manusia akibat perbuatan-perbuatan tersebut.
Ia sebagai bayaran-bayaran kepada tuntutan-tuntutan oleh mereka yang
menuntutnya yang diketahui oleh mereka yang mengetahuinya tetapi disembunyikan
dari pengetahuan awam. Dalam dunia yang menggunakan bayaran-bayaran melalui pemindahan
talian tidaklah sesukar menggunakan secara manual. Jika menggunakan manual
banyak berlaku ketirisan sehingga teguran demi teguran dilakukan oleh
pengurusan audit tetapi ia tetap berlaku. Puncanya kerana tangan-tangan ghaib
berbisik-bisik di bilik-bilik makmal. Jika bayaran melalui elektronik lagi
bagus, masuk.
Demikian juga dalam proses lain. Ia dikehendaki melakukan
penghantaran barangan, maka akan dihantarnya barangan terbaik bagi penghantar
pertama kalinya dan seterusnya diselang-selinya penghantaran barangan itu, selepas
itu pakatan kedajalan pun berlaku. Harta-harta membelalakkan mata. Mata
kedajalan itu akan dibakar dengan api.
Doa-doa golongan teraniaya
di dengar oleh Allah s.w.t.
Apabila kedajalan berleluasa dan pihak yang mengawal urusan-urusan
tersebut juga mengambil peluang seperti pakatan kedajalan maka manusia yang
teraniaya pun mengangkat tangan kearah langit lalu mengumat-gamitkan mulutnya dan
mengeluarkan hembusan angin kedahsyatan. Maka kumatannya itu merentasi awan
membelah langit sampai di Arasy di dengar oleh Allah s.w.t.
Sebagai peringatan maka dihantarlah manusia yang diredhai oleh umat manusia supaya menguatkuasakan undang-undang Allah s.w.t di muka bumi ini. Permohonan mereka diredhai dan mereka juga meredhai golongan yang meredhai mereka. Akhirnya kombinasi permohonan makhluk di langit dan di bumi bercantum menghasilkan suatu tenaga luar biasa.
Makhluk-makhluk di bumi dan di langit yang diciptakan itu adalah
suatu manifestasi dari penciptaan Allah s.w.t. supaya difahami bahawa mereka
adalah makhluk Allah s.w.t. yang terikat
dengan ikrar kehidupan. Maka hidup itu adalah suatu kurniaan.
Allah s.w.t. mendengar permohonan-permohonan mereka itu.
Beberapa tanda kedajalan itu seperti dimanfaatkan oleh golongan
dajal yang berkomplot melakukan kedajalan bukan sahaja berlaku di negara-negara
merdeka tetapi juga berlaku di negara-negara rampasan kuasa dan
pemimpin-pemimpin korup yang bersekongkol dengan musuh-musuh keamanan.
Aktiviti kedajalan
disaluti dengan kerja-kerja amal kebajikan
Suatu yang sukar untuk menuduh golongan dajal itu kerana mereka
licik. Apabila mendajal ditampalnya kedajalan itu dengan kerja-kerja amal
kebajikan. Ketika umat manusia bersuara
mengeluh tentang kedajalan lalu dilakukannya, dilipat gandanya kerja-kerja amal
kebajikan itu, mengubah pelbagai corak aktivitinya. Apabila orang awam
melakukan kompelin lagi di media sosial, ia sensitif lalu tergesa-gesa
melakukan pembaharuan pula. Masyarakat bersuara lagi meluahkan pandangan mereka,
maka diubahnya lagi program-program tersebut supaya kedajalan yang dilakukan
itu tidak samar-samar dalam penglihatan golongan-golongan pengidap katarak
kerana ia menyamarkan untuk dirinya sendiri. Ia menutup matanya dengan tapak
tangannya tetapi dilihat oleh orang ramai tingkah lakunya.
Mereka pula membisik-bisik tentang kedamaian pantai, lalu
diperdengarkan kepada golongan pekak dan bisu alunan ombak membadai pantai. Tidak
cukup tentang bisikan-bisikan tersebut dihadirkan pula lagu-lagu keasyikan
sebagai suatu kerinduan dalam kehidupan, mendayu-dayu dalam khayalan, kicauan
burung-burung pelbagai jenis, paparan wanita ayu jelita dan lagu-lagu
menggetarkan jiwa mengusik kalbu. Menjadilah ia damai sentosa kerana melakukan
konsentrasi kepada kerja-kerja mendajal
itu yang akan mengena diri mereka sendiri.
Sesungguhnya sumpahan itu jika mengena tiada ampunan bagimu.
Sesungguhnya sumpahan itu jika mengena tiada ampunan bagimu.
Maka nikamt Tuhan kamu yang manakah
yang kamu dustakan?
No comments:
Post a Comment